13
May
10

Terima Kasih

Terima kasih … kenapa LB berterima kasih. Sebabnya.. Lb perhatikan walaupun Blog LB nie dah lama KOMA.. tapi masih banyak yang masih mencari idea dengan membaca Blog LB sebagai panduan kepada pemilik pemilik arnab sekalian.

Lb perhatikan juga, banyak betul soalan soalan yang diacukan dalam ruangan komen, adalah lebih kurang 200++ yang menungu diaprovekan ..heheh.. sebenarnya semua persoalan yang diacukan oleh pembaca-pembaca BLOg LB, jawapannya ada dalam posting posting Lb sebelum nie. Cuba klik di bahagian tepi tu.. kalau ada masalah kesihatan macam kurap ke, gigi ke semua ada kat tepi tuu.

Kepada yang email kat LB, LB harap jawapan LB yang tak seberapa tu dapat membantu anda semua.

Untuk makluman semua Rabittry kecil LB masih wujud cuma penghuninya Lb masih kekalkan dengan angka yang kecil, memandangkan sekarang ini musim panas.

Insyaallah kalau tak ada aral melintang akan LB postkan gambar gambar terbaru, penghuni penhuni Rabittry kecil LB.

TERIMA KASIH, Sekali lagi.

09
Nov
09

Open cecami…

Cadburry dan Bailey dan buka mata. Sebenarnya dah 3 hari dah si bebola kapas nie buka mata. Tapi Lb tak dapat nak Update kan. Bukan itu saja, bukanlah senang Lb nak snap garbar budak dua ekor nie.. tak duduk diam. Bailey pantang camera tercongok depan dia.. cepat di datang, Cadburry pulak , macam blur aje.. hehehe… comel sensangat.

PB090084

 see…. Cadburry the lazzy bunny

PB090081

Bailey…

PB090082

It’s Cadburry… so Tim… what colour??

PB090090

Mummy… oh… ya… BB is bold ..kikikiki… kesan dari sifat keibuan

PB090091

Guess who?? sit under the cages is Daddy Eclipse..

03
Nov
09

Wahh… 10 days Old..

Hari ini Bailey dan Cadburry sudah berumur 10 hari. Tapi belum ada tanda mata akan terbuka. Walaubagaimanapun dua dua pun sihat dan gebu. Inilah saat paling comel bagi semua jenis arnab. Comel dan gebu macam bola kapas. Rasa macam nak picit picit… eeeee geramnyerrr…

PB030080

Both of them… see.. fur ball

PB030078PB030079

NOw… can anyone tell me… what colour this little felow is.. I’m confuse… Black, Chococlate or Sable.

PB030075

Mochi..MOchi… see… so cute… wanna gigit… wanna gigit…

PB030076

Massive head…

Apa yang Lb tahu… Lb kena belajar cara pegang baby masa nak ambil gambar… macam mana… asyik nak cium baby kecil nie..hehehehe

01
Nov
09

I’m a Boy, and Now I’m a Daddy

Dah lama Lb tak post cerita tentang Eclipse.. Anak LbDaniial mengigatkan LB, bila Lb masuk ke Rabbitry, dia cakap..

” Mama, where is Daddy Eclipse..?”

Uik… betul juga kata Daniial. Macam mana pula Daniial boleh terlintas nak tanya macam tu.. yang mengejutkan Ln dia boleh letak gelaran DADDY untuk Eclipse. Padahal Daniial baru 3 tahun 4 bulan. Maybe sebab LB ada cakap dengan dia babies yang dalam nest box tuu.. baby BB dan Eclipse.

Jadi tampa berlengah masa lagi ini dia Daddy Eclipse..

PB010070

 Haloo… long time no seee..

PB010071

What up Doc??

PB010073

What You think about Me.. still maintaning my Body..

PB010074

Thank  You for reading our Blog.

 

30
Oct
09

6 Days already

Lb sepatutnya publish post ini semalam, tapi semalam agak sibuk sikit. Baby dalam nest box dah pun LB pilihakan nama. Dan pilih punya pilih Lb ambil keputusan untuk mengikut abjad ABC. So kalau ada rezeki the next batch LB akan teruskan dengan DEF..

Jadi Lb telah Memilih

ACORN for the Broken Black Baby – sebab dia kecil sekali

BAILEY for the Blue Baby – sebab dia paling besar antara sibling yang lain

CADBURRY for the Black or Chocolate baby

PA280068

see.. sweet pies

PA280066

Kita masih belum pasti apa warna sebenar si Cadburry, sebab kalau tengok warna dia Chocolate tapi kalau tengok Pedigree BB tak ada gene Chocolate so maybe juga dia Black. Nampaknay kena tunggu sampai buka mata nie. Yang paling nakal ialah si Acond. Tapi pagi ini, Acond seperti kalah menyusu, LB dah sediakan susu kambing, untuk substitute sebagai persedian lah. Masa duduk dalam pot ni. Si Cadburry adyik melompat lompat aje. Kalau si Bailey tak ada masalah lain selain tidur sahaja. So doakan Acond survive.

28
Oct
09

Pallet Untuk Rabbit ..yang mana satu

Terdapat begitu banyak jenis jenama, warna dan bentuk pallet untuk dipilih oleh pemilik arnab diluar sana. Dan ia juga ada dijual dimana-mana daripada kedai menjual haiwan peliharaan sehingga lah ke pasaraya pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan juga Tesco. Ada juga beberapa eshop yang menjual keperluan pemakanan ini secara online, bagi memudahkan lagi pemilik. Persoalan yang sering ditanya adalah yang mana lebih baik. Adakah yang mahal lebih baik daripada yang murah. Susah juga untuk difikirkan. Ini adalah kerana tidak semua arnab mempunyai selera dan juga keperluan nutrien yang sama.

Bagi LB apa yang penting adalah kita mengetahui keperluan asas dalam pemakanan arnab iaitu mempunya peratusan fiber atau serat yang banyak. Bagi kebanyakan penternak arnab pemakanan yang baik adalah dengan memberi hay. Tetapi bagi kebanyakan pemilik arnab sekarang pemberian pallet adalah yang termudah dan tidak bersepah sepah.

Basic yang anda perlu tahu bagi memilih pallet yang baik adalah mudah, lihat saja pada maklumat nutrien yang dicatatkan dibelakang pembungkus. Biasanya catatan tersebut memang terdapat pada pack pembungkus.

 Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan. 

PO%20Rabbit%20Feed_n  Pro Optimum Rabbit Pellets 1kg/3kg/9kg (RM22.00-RM105) For the Nutrient Fact you can

Click here ChubbyPetGarden.comoxbow-bunny-basics

OxBow Bunny Basic/T 10lbs/5lbs 9 (Rm 34.00-Rm63.00)  ProHRabbit%205lbs_n

 KAYTEE Forti Diet Pro Health Rabbit 5lbs (RM35.00)

HA%20-%201154%20Hagen%20Rabbit%20Pellets%205lbs_l

Hagen Rabbit Pallet ( ada dijual online,Giant Hypermart,TESCO dll) RM 12-RM25.00

 

 

 

 

 

27
Oct
09

Welcome To mylife….

Lb ada pinkies dalam nest box… sebenarnya semula ada 4 tapi petang pada hari ketiga salah satu dari pinkies tu mati. Lb balik dari opis terus check nest box dan didapati satu dah tak bernyawa lagi… punca tak tahu. But Lb rasa pinky ini yang Lb jumpa keluar dari nest box semalam, dan ,masa tu Lb nampak mummy dia @ Blueberry duk cium cium pinky tu. Tapi Lb masukan aje dalam nest box lepas tengok macam baby tu ok aje. Sometimes, orang cakap mummy rabbit boleh tahu yang babies tu maybe ada masalah. So, binky free little one.. Sini LB kongsi kegembiraan LB.

1St day Photo… 4 healthy cubby Pinkies ( 24/10/2009)PA240045

3rd day Photo..

PA260061

So, can we see the TRue Colours… Broken Black, Blue and Black? we shall wait

PA260053

Binky free little one.. is that BLue HL

4th day .. 

PA270062

 LB lihat BB sibuk mengumpul hay lagi… mungkin dia nak naiktaraf nest box.. but tak dapat nak snap gambar babies sebab camera habis bateri pulak.. so enjoy 1st what we have.. comel kan…

26
Oct
09

JOm kita join… MROC Rock..

mroc logo

 

Haaaa… amacam cute tak Logo tuu.. memang cute. Apa boleh Lb katakan apapun yang melibatkan Rabbit Bunny sure cute miut punya.

Ok.. perhatian dan pengumuman kepada sesiapa yang beminat untuk menjadi ahli Kelab dan Persatuan MROC – atau pun Malaysian Rabbit Owners Club atau pun juga Kelab Pencinta Dan Pemilik Arnab. Keahlian adalah dibuka sekarang. Buat masa ini pendaftaran adalah bercuma memandangkan ia masih lagi didalam perbincangan dan juga pertimbangan. Semua pertanyaan bolehlah di emailkan ke malaysianrabbitownersclub@gmail.com dengan tajuk ” I want to MROC” dan pengerusi kelab akan dengan mesra melayan dan menjawab email anda.

Untuk makluman semua juga MROC telah melancarkan newsletter  yang pertama dalam version PDF dan akan diemailkan kepada semua ahli yang mendaftar sahaja. Tujuan utama kelab adalah mengenalkan dan memberi tunjuk ajar kepada pemilik baru berkenaan penjagaan dan juga megenalkan baka baka arnab yang baik. Tujuan nya juga bagi membolehkan semua pemilik arnab mempunya satu sumber bagi mereka mengadakan pertujukan atau pertandingan Arnab sepertimana yang dicapai oleh Persatuan Pemilik haiwan lain seperti Kucing dan Anjing.

So, apa tunggu lagi.. mohonlah sekarang..

 

mroc1cover

Ini Newsletter MROC yang pertama… hanya ahli mendapat versi yang terang benderang. Terdapat banyak maklumat didalamnya. Credit kepada TLR and the geng yang bertungkuslumus. Salute youguyzz lah.. tabit ..tabit..

25
Oct
09

Busy..Busy…busyy….

Ya Allah, diam tak diam tak lama lagi dah nak sampai tahun 2010. Dan dalam diam diam tu dah dekat 1/2 tahun LB tak update blog nie. Bukan main busy lah kononnya. Tapi LB mengucapkan terima kasih kepada yang sudi setia dengan blog LB yang tak berhupdate hupdate. Tak Lb sangka juga dalam jangka waktu yang tidak lah berapa lama dan tidaklah berapa sekejap ini, bermacam macam perubahan berlaku.

Walaupun dah nak habis nie LB nak juga mengucapkan SElamat Hari Raya dan juga Selamat Deepavali. Memandangkan baru nie lah Lb dapat nak update sikit.

Buat TLR tahniah dengan kehadiran orang baru dalam NestBox… comel.. tuuu jealous LB. Dan LB harap TLR tidak lah marah dan juga berkecil hati dengan MIA LB. heheheh.. bising dia sebab LB senyap dan tak  jawab SMS atau phonecall dia.

LB juga nak ucapkan tahniah kepada TLR and the geng sebab, dengan usaha sendiri mereka dalam proses menubuhkan sebuah kelab untuk pemilik pemilik arnab di Malaysia iaitu MROC ( sebut M ROCK. So sesiapa yang berminat Boleh lah memohon untuk menjadi ahli. Ada rabbit atau tidak tidak penting, minat yang ada dalam hati dan diri itu yang penting. Yealah kan, ramai yang berminat dengan haiwan kecil ini, tapi mungkin kekurangan kewangan untuk memiliki haiwan yang comel ini, atau kurangannya pengetahuan bolehlah mendapat pendangan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengetahuan memelihara haiwan ini sebagai PET. Ohh.. yea jangan silap pulak ini bukan persatuan untuk penternak tetapi kelab untuk pemilik dan peminat arnab. Ada orang cakap ini arnab High Maintanent sebab tinggal dalam kondo, apartment dan dimanja gila-gila. Hehehehe… nanti LB cerita lebih lanjut dalam post Lb mengenai MROC nie Okies..

Buat adik Nico… akak terkejut dengan masalah yang melanda ko dik. Akak harap ko sabar banyak-banyak, sebab sebagai manusia pasti ada satu masa Allah menurunkan satu beban yang sangat sakit untuk dipikul dan juga dibuang, itu menandakan yang Allah itu sayang kepada kita. Mungkin perkataan sabar nie dah banyak ko dengar dari semua kawan kawan. Dan akak faham hanya ko yang merasa kepedihannya dan kesedihannya. Yang akak minta jangan ikut hati nanti mati, ikut rasa binasa. Banyakan bersabar dan minta petunjuk dari Allah. Dan juga jangan dibiar diri tu duduk sorang sorang, bawalah berborak dengan kekawan dan juga saudara mara mengenai perkara perkara yang meyenangkan hati dan jangan dikenangkan hal hal yang lepas. Mulakan dengan buku baru. Akak doakan ko yea dik. 

Lagi apa yea… ooohhhh yea… Rabittry kecil LB dapat babies baru semalam nanti akan Lb postkan dalam. Post yang depan.hehehehe… bukan apa barulah ada update sikit. Maklumlam kepala otak dah berkulat , so tak boleh nak perah sekali. dan juga nampak jugalah macam Blog Lb nie banyak Post..

So, sampai sini dulu.. sekali lagi terima kasih pada semua yang membaca Blog LB yang ditinggal bersawang nie. banyak betul bertanyaan tak tahu LB nak reply yang mana dulu.

Akhir kata,  majulah kereta ke depan… byeeee… vrooommmmmmm…

01
Jun
09

Yaaayyayay…. LB kembali Normal

Lb tengok calender dekat sebelah Blog tuu… dah dekat 5 hari tak ada apa-apa post yang Lb tuliskan. Dan Lb juga perhatikan hari ini adalah 1hb Jun 2009. Bagus kan macam satu permulaan baru buat Lb dengan kehidupan yang kelam kabut bulan lepas dan Lb mengharapkan segalanya teratur bulan ini dan seterusnya.

Buat Nico ..terima kasih banyak sebab menolong Lb meng “REPLY” semua comment daripada pembaca LB selama ketiadaan Lb. Lb amat menghargainya.

1hb Jun 2009 macam tahun baru lah untuk Lb…. dah macam tahun baru kita mesti ada cita cita baru kan..So, Lb nak memulakan yang baru dalam Rabittry LB..

  1. Nak menaik taraf sistem pipe dalam rabbitry LB… sekarang sudah ok tapi kalau ada banyak Hay problem sikit.
  2. memulakan “Breeding Project” yang terbengkalai dengan pelbagai masalah.
  3. Dengan musim panas yang melampau, wanna up grade water sprinkler di rabbitry LB
  4. Bekalkan arnab Lb dengan makanan yang lebih baik… lebih lebih lebih baik
  5. Beri lebih Hay..Lebih Hay..Lebih Hay…Lebih Hay…

So… mari kita mula… Dari…… Sekarangggg….




April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket