Archive for the 'Sahabat LB' Category

07
May
09

Kita satu Family.

Tadi Lb ada berchat dalam Ym dengan Ms. Daphne mengenai Tinga dan Eclipse. Siapa Ms. Daphne?, dia adalah pemilik kepada Tinga. Siapa Tinga? Tinga adalah adik beradik kepada Eclipse. Seingat LB Eclipse dilahirkan dengan 4 adik beradik daripada ibu dan bapa yang sama iaitu. Blueberry dan Skor. Adik beradiknya diberi nama Eclipce, Tinga, Luna dan Muffet.Tertarik hati Lb nak buat post ini. Dalam 4 adik beradik ini, hanya Eclipse jantan dan yang lain lain betina. Tertarik hati Lb nak buat post ini, sebab kadang kadang bila tengok gambar Tinga, terkejut juga ingatkan gambar Eclipse. So.. sama sama kita tengok…sejauh mana sama tapi tak serupanya adik beradik nie.

 p5010057

Eclipce.. the single boy

I'm Tinga.. :)

Tinga.. this girl always make confuse with Eclipse

Ms. Muffet.. hahaha.. This girl.. make good friend to Tinkerbell… Hope to see her new photo..

 

 Luna… This lovely Girl…I miss her.. binky free baby..

Ok.. 03/05/2009 lepas gelap lah umur mereka semua 10bulan. Amacam sama tak… sama tapi tak serupa.. yang pasti kita satu Family.. walau sejauh mana pun berada.

27
Apr
09

Sepetang bersama di TLR…

Semalam Lb dan keluarga jalan jauh sikit, bulan lah jauh sangat dalam 2 jam sentengah perjalanan. Tapi berbaloi. Yup.. Lb ke TruLuvRabbitry. Ini sebenarnya kali kedua LB bertandang ke TLR. Yang Lb perasan 2 kali Lb ke TLR nie.. kedua dua perjalanan, pasti mengharungi hujan lebat yang teramat dan juga jalan yang sesak atau jamp. Lb sampai agak lewat lah juga, memandangkan bertolak pun sudah lewat ditambah dengan hujan dan juga bersesak dengan kereta yang semakin banyak di Malaysia nie.

Lb disambut mesra TLR sekeluarga. Yang paling cute sekali dan buat Lb jatuh hati tentulah si kecil Beth. Kami berbual panjang berkenaan Holland Lop tentu sekali dan juga berbagai topik daripada kerja hinga kepada  anak-anak maklumlah kami berkeluarga. Dan Lb dihidangkan dengan Domino Pizza yang best.. hehehe… ini kali pertama makan Domino Pizza.. hei.. lagi best dari Pizza Hut laa.. Thumb Up lah…

Jadi, Lb dan keluarga nak ucapkan terima kasih kepada Tim and Wife. What a very lovely evening with a such a wonderful family. Anak Lb juga punyalah enjoy sampai tak nak balik. Nasib baik anak Lb makan rasuah. Untuk Beth Auntie dah fall in love with you, cute little Girl. So sweet your voice..

Lb happy dapat sahabat yang best dan Lb suka sangat buku tuuu…. besttt…

Oh ..ya, LB nak minta maaf sebab tak ada bawa apa-apa buah tangan untuk TLR. Dan juga sorry, because my son sepahkan rumah you all.

Terima kasih , sekali lagi Tim and Family. But.. once again , we lupa nak snap a few photo.. aiyahh..

22
Apr
09

Neno’s Award… warna warni Blogging

Wahhh…. satu lagi award atau anugerah dari Sahabat LB. Kali ini diterima dari TheFluffies appartment yang dipenuhi dengan 11 arnab, 2 ekor kucing, tupai dan chipmunk. Terima kasih jebat dan memon dan juga M&M adik beradik.

Thanx, Elin! You are sooooo sweet!

LB suka award nie… colourfull…

Award ini adalah bertujuan,

  • menghargai individu yang gemar menulis blog dan memberi inspirasi dan juga mengalakan rakan rakan lain menulis Blog
  • saja nak interview kenapa kita suka menulis blog.

Macam award yang sebelum nie, dah terima mesti kena menulis sepatah dua kata yang wajib seperti;

  1. award hendaklah di Publish dengan segera selepas menerimanya
  2. jangan lupa menyebut siapa yang menganugerahkan award tersebut
  3. jawab soalan ” Kenapa saya suka Bloging?”
  4. Tag dan anugerahkan pula award nie kepada sesiapa yang anda rasa Blog nya bagus
  5. Jangan lupa beritahu kepada orang yang di tag dan letak link mereka sekali

So, Lb paste juga disini versi english (ini memang Copy and Paste dari Blog budak ‘S’ tu):

The award came with these mission :

* As a dedication for those who love blogging activity and love to encourage friendships through blogging.
* To seek the reasons why we all love blogging!

And it comes with some rules!

* Put the award in one post as soon as you receive it
* Don’t forget to mention the person who gives you the award
* Answer the award’s question by writing the reason why you love blogging
* Tag and distribute the award to as many people as you like
* Don’t forget to notify the award receivers and put their links in your post

————————————————————————————————-

Kenapa LB suka Blogging …

  1. Lb penuhi masa lapang yang ada, dapat juga menambah sahabat dan rakan
  2. Dalam masa mencari isi nak menulis blog, banyak juga yang Lb tahu dan belajar
  3. semakin banyak yang dibaca rupanya masih banyak perlu dibaca
  4. berkongsi cerita, suka dan duka dengan semua , kadang2 bila mereka gembira kita akan lebih gembira bila rakan lain dalam kesedihan Lb juga merasakannya
  5. ini rumah kedua Lb sebab semua seperti keluarga

Memandangkan nak kena tag Blog lain kan… Jadi.. Lb Tag seperti yang berikut… dan Lb harap semua gembira dan enjoy teh award.

  1. TruLuv Rabbity
  2. Furfurries
  3. Blackie007
  4. VivienLim
  5. CocoJUne
  6. Bunny ChoyChoy
16
Apr
09

The ” LIve is So GRanddd” Award

Blackie007 telah memberi satu lagi award untuk Lb dan Rabbitry kecil. Blackie ini adalah seekor kucing yang mempunyai “Slave” nya sendiri. Bukan main bertuah si Blackie. Jadi mcm si Blackie Lb pun tak berapa pasti mcmana award nie berfungsi… mungkin copy dan paste lah kan ..Blackie kan… kan ..kan???
 
deep_in_thot
memperkenalkan… Blackie007.. the Bond Cat…
 
Award atau anugerah ini diberi nama The “Life is Grand” ada gambar piano.. cuma soalannya apa kena mengena piano dengan Pet kita… bukan ke award yang ada piano nie untuk Industri muzik…. LOL… macam macam …

ada pulak syarat tau untuk ambil Award nie…. kena beri kata kata alu aluan… seprti berikut
  • Give five reasons why you think life is grand
  • Pass it on to 5 more blogs

life-is-grand-award

Jadi.. Lb biarkan BlueBerry yang beritahu kenapa “Life Is Grand” dalam Rabbitry Mini

p4040002

 I have Unlimited hay and more hay and hay and hay… with Free Run Everyday

p3230004

 I have Green and more GReen.. some time orange colour and purple colour  veges as my midnight snack .. 

 p2220413

 I have a lovely sweet fruits sometime orange colour, green colour , yellow colour.. but I love orange colour… orange is my favourite colour

p30500011

Lepak with my buddy Koko… even most all the time we just enjoying siting inside and outside the Box.

p4120014

and the best Grand ever is when I have my own space… where i can call my own… I’m rules

 

Ok… bagi menyampaikan anugerah atau award ini, Lb nak penerima penerima tersebut , menerima nya…..

  1. FurFurries (even you are new D, but I know how grand you bunny are)
  2. Anggerik Bunny Scribe ( plz give me you new link to your new bunny Blog)

 

 

 

 

07
Apr
09

LazzyBunny Dapat Award!!!

Hari ni Coco dan June dari COCOJUNE.Bloqspot menganugerahkan “Friendly Award”.. hehehehe…

Mersa juga rupanya Lb punya Blog. Dan setelah berbincang dan bermesyuarat.. kami sebulat suara melantik Koko sebagai penerima award tersebut. Dan membekal beliau sugulung ucapan yang panjang untuk dibaca beliau semasa mengambil award .

Inilah dia rupa award yang tersangatlah ceria rupanya. Lb sumpah tak ada rasuah melibatkan pemberian award ini. hehehehe.. ya lah tuu kan…

Kepada Coco & June dan Mummy nya,  Auntie LB ( cakap omputih sebab bahasa melayu MAKCIK -macam tak sesuai aje -LOL) ucapkan terima kasih or Thank You.  

 

friendlyblogger1

Memandangkan award ini boleh dipas Batton chewahh…. LB nak pas pada semua sahabat yang tersenarai di Blogroll…. walaupun ramai yang tersenarai tu memang dah dapat award nie..

Siapa peduli.. kita kawan dan kita happy. Thank youuuuu.

26
Feb
09

Kami dapat …surprise!!!!

Pagi nie Lb dan arnab arnab semua dapat kejutan.. atau surprise kata orang putih… kikiki

Lb dapat hadiah, nak kata Valentine hari nie bukan 14hb Februari, nak kata Birthday ..lambat lagi nak kata April Fool (Kenapa April yang Bodoh) pun bukan juga.

Pagi pagi posmen dah bising bising depan rumah, pittt…pittt..pitt…

Eh..pelik .. ada pos berdaftar untuk Lb.. Uik dari siapa pulak… tak kisah lah… tapi memang kejutan buat Lb dan sekali gus Lb rasa terharu..

Ini lah yang Lb terima;

 p2260412

Lb terima Parcel .. pagi nie.. 

 p2260414

Cute.. little Rabbit Card 

 p2260413

 dan Lb dapat Slicker yang Lb idam -idamkan….. 

 p2260416

 Dan.. untuk anak anak kesayangan Lb…bijirin campuran…. Organic..tau..

Yup, hadiah dari TruLuvRabbitry.. terima kasih Tim …ingat kat akak. pemberian Ikhlas dari Tim ,’really made my day’ kata orang putih.

Happy sangat-sangat. Hadiah sempena persahabatan .. boleh LB cakap macam tuu. Dan yang paling happy adalah Koko, Eclipse dan Bb sebab dapat makan Oat hari nie….

Oh. untuk pembaca semua.. memandangkan Lb memberi Oat hari ini, janganlah terus aje beri oat kepada arnab. Hanya 1 sudu kecil dibenarkan dan berilah selang sehari kepada arnab anda. Ini adalah kerana Oat boleh menyebab kan masalah kepada arnab. Antara masalah yang timbul adalah kegemukan dan juga kematian mengejut. Lb masih lagi membuat bacaan mengenai masalah Oat dan arnab. Sekiranya terdapat apa apa maklumat yang Lb dapat…akan Lb kongsikan bersama disini.

Terima kasih sekali lagi kepada Timothy sekeluarga.




July 2017
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket