Archive for May, 2009

27
May
09

Missing In Action.. dan Tagged

Jika ada yang terasa pelik kenapa LB kerap MIA (Missing In action) bukan apa ada masalah yang tidak dapat dielakan. Lb juga tersangatlah penatnya. Dengan perjalanan yang jauh dan juga dengan segala urusan yang tidak juga habis habis. Lb doakan semoga minggu depan semuanya kembali normal.

Lb juga ingin berterima kasih kepada sahabat sahabat yang sudi bertanyakan khabar Lb dengan SMS. Oh.. Lb sihat sahaja, tapi orang lain yang kurang sihat. Ya lah.. kita ini kan manusia bila sampai masa sakit hanya tuhan yang tahu. Jadi LB yang sihat nie menolonglah yang mana boleh. Mana lah tahu. Hari ini hari orang.. esok esok hari Lb pula.

Setakat ini tiada berita yang menarik dapat Lb kongsikan, walaupun Lb cukuplah mengharapkan akan mendapat berita yang baik dari mana mana sekalipun. Boleh dikatakan penghujung Mei 2009 ini agak mendung sedikit keadaannya buat LB. Lb juga ingin memaklumkan disini. Bahawa LB mungkin akan MIA lagi untuk beberapa hari. 

Oh ya.. dalam pada LB MIA… Miss ‘S’ dan the Fluffies dan juga the purrr telah pun meng “TAG” Lb .. dan Lb gembira sebab TAG ini dapat mengeluarkan apa yang Lb nak katakan..

The rules are :

* Tag and link back to the person who tagged you.
* List 6 (un)important things that make you happy.
* Tag 6 bloggers and let them know they’re “it”. We all feel this blogging community to be one of inclusion and friendship.

Here’s my list of (un)important happy things:

  1. I’m happy with my loving hubby that smile at me every morning and call me went I’m far. He love me from I’m size M until I’m XXL and now M again .. he love me as I am
  2. I’m happy with my son that always call me “MAMA” even while he sleep,  so I know.. he love me very much.
  3. I’m happy with my friends that always care and miss me when I’m MIA… love you guyzzz
  4. I’m happy to see my rabbit , everytime welcome and beg me to open their cages… it’s seem like they love me very much ( even they only want food or demand for free run)
  5. I’m happy because I’m still breath just for another days. I’m still wiling to walk by myself and eat using my own hand, enjoy my life and enjoy update my blog right here at this time
  6. and beliave it or not.. If only i have pinkies… that the happines of all.

Jadi untuk itu.. LB nak tag semua yang ada dalam senarai bunny Blog Lb… bukan apa Lb pun tak pasti siapa yang belum kena Tag. Sebab kebanyakan semua dah kena Tag.

So… maybe

20
May
09

anda dalam katagori mana?

Sepanjang Lb megenali dunia arnab ini, Lb merumuskan terdapat 2 kategori pemilik arnab. Yang pertama Pembiak BAka atau BReeder dan yang kedua adalah pemilik arnab. Pada hakikatnya 2 golongan ini adalah berjalan seiringan iaitu, Pembiak Baka membiak arnab mereka adalah untuk dijual kepada penguna yang mana akan menjadi pemilik arnab.Dan pemilik arnab pulak mendapatkan arnab dari pembiak baka. Samada dibeli dari pembiak baka sendiri atau dari Pet Shop. Asalnya tentu saja di BREEDER. Cuma yang lucu, selalu kedua golongan ini mempunyau pendapat yang sama.

Baik LB nak cerita mengenai pemilik arnab yang memelihara sebagai haiwan kesayangan. Dalam kategori ini ada juga beberapa jenis pemilik. Yang pertama, pemilik yang langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam memelihara arnab dan juga golongan pemilik arnab yang mempunyai banyak pengetahuan dalam memelihara arnab. Dan sekali lagi ingin LB katakan dua golongan ini juga berada selari iaitu daripada 0 pengetahuan tetapi rajin mencari, bertanya dan membaca dan akhirnya akan menjadi seorang yang sangat pengetahuan. LB percaya semua orang bermula dengan kosong. Tapi yang sedih adayang memang tidak ada pemgetahuan dan buat buat pandai pulak. Dan inilah yang selalu LB jumpa macam junior bertekak dengan senior. Yang dapat LB katakan bukan semua orang 100% sempurna, tidak kira anda baru atau lama. Lb lebih suka berkongsi dan berbincang jika terdapat apa apa pengetahuan atau kemusykilan. Ini adalah kerana lebih senang untuk mendapat penyelesaian daripada menegakan pendirian masing masing. Yang penting ia baik untuk arnab semua.

Dalam gologan breeder juga terdapat beberapa jenis breeder. Yang Lb kelaskan disini adalah mengikut pandangan LB, dan pengalaman LB.

Yang pertama adalah Breeder yang mempunyai Ladang yang besar, yang mana pemilik pemilik nya pasti akan dianggap cukup berpengalaman dan sering dijadikan panduan. Dan setiap apa yang dikatakanya pasti akan terus diikut. Memang pengalaman mengatasi segala ilmu yang ada dalam buku. Tapi bagi LB setiap ilmu yang disampaikan hendaklah kita menilainya juga. Biasanya pemilik Rabbitry yang besar ini memelihara arnab sebagai sumber daging atau arnab pedaging. Ada juga yang memelihara untuk pasaran haiwai kesayangan. Bagi baka baka tempatan atau local atau baka kacukan.

Yang Kedua Breeder secara kecil kecilan yang mempunyai purata arnab dalam 10-20 ekor sahaja. Juga dalam golongan ini terdapat beberapa kategori. Ada yang menjadi breeder yang hanya ingin menanbah duit poket atau pun sebagai permulaan untuk membuka ladang yang lebih besar. Maklumlah macam Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pertanian adalah perniagaan. Dan gologan kedua membiak baka bagi mendapat standart yang tinggi dan hanya sekadar hobi.

Daripada apa yang Lb kategorikan tadi, apa yang Lb nampak kita semua sealiran. Maksudnya, kita bermula dari kosong dan semua bermula dengan hanya sebagai pemilik arnab, yang mana memelihara sebagai haiwan kesayangan. Dan yang memisahkan kita adalah cara, sebab dan pendapat.

Bukankah lebih baik kita semua bersatu dan terus meningkatkan kualiti arnab di Malaysia. Lb sering terusik dengan cadangan dan padangan agar mewujudkan persatuan. Seperti ARBA (American Rabbit BREEDER Assosiate) masuknya persatuan pembiak Baka Amerika. Bagaimana ingin diwujudkan persatuan seperti ini jika kita asyik bertekak dengan pendirian masing masing. Adalah lebih baik bawa perbincang dan membuat kesimpulan yang baik untuk kebaikan bersama. Jika kata sepakat tidak ada, sampai bila pun dunia arnab Malaysia setakat DiMalaysia sahaja lah.  LB pernah membaca didalam sebuah blog oleh breeder Amerika yang telahpun bersara dari dunia arnab ini, walau sehebat mana dan sebesar mana pun ladang atau Rabbity seseorang pembiak baka atau Breeder, dia masih perlu belajar tidak kira darimana datangnya ilmu tersebut. Ilmu yang berguna boleh datang dari sesiapa dan dari mana sahaja. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan tidak ada titik noktah.

Jadi jangan merendah diri hanya kerana anda mempunyai seekor dua arnab dipelihara dirumah dan jangan lah anda GAH kerana anda mempunyai ladang yang besar dan juga pasaran arnab yang besar.

Jadi dalam kategori manakah ANDA?

15
May
09

Nama Untuk Arnab

Ada topik menarik yang Lb bualkan dengan sahabat LB. mengenai nama atau gelaran yang diberikan kepada arnab oleh tuan/puan punya arnab. Kadang kadang nama yang diberikan cukup menarik dan ada juga yang lucu. Yang biasa Lb dengar orang panggil rabbit mereka BunBun atau BitBit. Dan nama yang cukup familiar dengan arnab adalah koko, fluffy, putih, snowy dan macam macam lagi.

Bagaimana anda memilih nama arnab anda adakah berpandukan fizikal , watak, makna atau hantam sajalah. Lb hanya boleh nasihatkan satu, pastikan nama yang diberikan senang disebut orang dan juga anda sendiri. Tak lupa juga nama yang mudah diingat dan juga mudah dipanggil.

Ada bermacam macam ragam memberi nama kepada arnab, dan nama nama tersebut memberi makna yang mendalam kepada arnab tersebut . Ada berbagai bagai jenis mana yang boleh anda jadikan panduan jika anda mempunyai 9 adik beradik arnab dalam satu kelahiran. Antara panduan yang biasa yang diguna.. nama nama ini diambil daripada;

  1. Nama Bunga- Daisy, Rossy, Button,
  2. Zodiac – Pisces, Virgo, Leo
  3. Warna – Whity, Blacky, Pinky
  4. Buah Buahan – Lemon, Blueberry,Corn
  5. Coklat- Eclipse, Truffle,
  6. Filem star – Bruce, Cruise, Nicole

dan banyak lagi…

Jadi boleh kongsi tak dengan LB, macamana arnab anda boleh mendapat nama.. Darma… ceritalah macamana Brownies boleh dapat nama… suka coklat kek ke???

13
May
09

Mari cerita Pasal Hay.

Sebagai pemilik arnab, adalah menjadi tanggungjawab LB bagi memberikan makanan yang terbaik kepada arnab dalam jagaan LB. Pallet yang berkualiti dan berkhasiat, air yang bersih dan ditukar kerap, sayur sayuran hijau yang segar dan dibasuh bersih, buah buahan yang tidak rosak dan juga Hay yang segar dan wangi.

Bagi mendapatkan hay yang hijau dan kurang habuk, dengan cuaca kita di Malaysia nie teramatlah susahnya nak dapat yang betul betul cantik. Biasanya Lb akan beli Hay melalui Online. Ada berbagai jenama dipasaran. Dan kebanyakan nya memang diimport dari luar negara. Ada yang memang siap dipack macam Oxbow Hay, American Pet Doc Hay, Alfalfa King dan Kaytee ( ini sahaja yang Lb tahu). Dan ada juga yang repack di Malaysia dan setakat ini LB rasa Hay yang di repack seperti Sun Cure Hay dari ChubbyPetGarden adalah yang terbaik setakat ini.

Lb mengatakan Hay yang repack terbaik adalah kerana dari pengalaman LB sendiri. Ada beberapa kali kononya LB ingin mencuba hay daripada nama nama gergasi dalam mengeluarkan Hay di seluruh negara. Macam Lb katakan Lb bertanggungjawab memberi yang terbaik. MUngkin dalam membeli Hay adalah lebih baik kita walk in shoping ini adalah kerana kita boleh melihat sendiri keadaan hay tersebut, samada berbau wangi , hijau dan kurang berhabuk. 

Tapi memandangkan Lb nie duduk dalam hutan Simpan, jadi Online lah yang termudah. Selama membeli belah dengan online nie, yang kurang puas hati hanyalah condition Hay. Kerap terjadi LB menerima hay yang kurang berkualiti, dan biasanya hay yang kurang berkualiti ini adalah hay yang telah sedia di pack seperti. Bagi Lb harganya agak tinggi berbanding dengan kualitinya. Jika dibandingkan hay siap dipack berharga RM20++ dengan hay yang di repack berharga RM11.00 , hay berharga RM11.00 dan direpack adalah lebih baik.

Maksud Lb bukan tidak boleh beli secara online. TEtapi jangan dipandangkan jenama GERGASI ketiga membeli Hay, kualiti adalah yang terbaik. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk. Bagi pengalaman LB yang membeli Hay secara online. Hay yang baik akan meghasilkan bau yang harum, sebaik kotak atau bungkusan diserahkan oleh pihak pos. Dan apabila dibuka hau harum hay tersebut akan memenuhi ruang rumah.  Jika anda nak tahu hay bagus atau tak, mintalah QC anda memeriksanya. Nak tahu siapa yang cukup arif tentang Hay, tak lain dan tak bukan arnab anda sendiri. Arnab amat bijak, dalam memilih pallet dan Hay yang bagus. Anda boleh cuba beri sedikit hay tersebut jika ia hanya menghidu dan lari, memang sah hay tersebut tidak cantik, dan jika ia memakannya terus sebaik menciumnya itu tentunya hay yang cantik.

QH%20-%20APD001%20APD%20Timothy%20High%20Fibre%20Hay%20Minibale%2010oz_nP5080009

Lb.. Order Ini…… tapi yang sampai yang sebelah tuu… nama dan jenama yang sama .. Tapi sama tapi tak serupa.. confuse..

 

P5080004 

LB tak pasti kenapa ada 1 pack repack sampai dengan Hay yang ready pack… ada harga tau RM11.00

P5080006 P5080007

Sekarang Lb faham kenapa Lb dapat Extra Repack Hay… nampak apa LB Maksudkan.. Jenama bukan segalanya.. kualiti mahu ada.. 

Satu lagi masalah dengan membeli Online adalah lain yang diorder lain pula yang sampai. Ini amatlah tidak sesuai bagi mereka yang cerewet. Bagi Lb senang saja kalau berhadapan dengan masalah ini. Black listed sahaja E-shop tersebut.

Kesimpulannya, Lb hanya menharapkan pemilik pemilik, atau tauke tauke E-shop ini lebih bertanggungjawab dengan barang yang mereka jual didalam eshop. Dan memberikan maklumat yang sebenar mengenai product yang mereka niagakan. Kerana samada pelanggan membeli secara online atau walk in kami tetap pengguna dan kami mempunyai hak kerana apa yang kami bayar adalah sama. Dan tidak kurang walau 1 sen pun. Memandangkan Lb bukanlah Cerewet tidak apa, tapi jika terdapat pelanggan yang cerewet.Bagaimana ?? ini tentu mengangu perniagaan anda.

11
May
09

E-shop mudah bagi Semua

 Dunia internet membawa berbagai bagai kemudahan kepada penguna. Selain daripada Blog, Forum, Chating, mencari panduan dan ilmu ada satu lagi yang paling cukup digemari oleh penguna termasuk LB iaitu E-shop. Ia bukan sahaja membantu bagi mereka mereka yang duduk nun jauh dari kemudahan seperti dibandar besar (macam LB) tetapi ia membawa masuk kedai untuk membeli sehingga terbelah kedalam kediaman anda. Yang paling best kedai kedai ini, dibuka 24 jam dan 7 hari seminggu.

Pada mulanya takut juga membeli belah melalui Interner teruta jika penjual adalah terdiri daripada orang persorangan atau hanya sekadar broker. Risiko duit habis barang tak dapat selalu menjadi perkara pertama dalam sesi jualbeli seperti ini. Risiko mendapat barang yang tidak berkualiti juga menjadi salah satu sebab berbelaja di internet amat menakutkan. Bagi pengalaman LB pula tidak lah ditipu sampai tak dapat barang, tetapi jika membeli dan barang yang sampai kurang berkuali atau baju dibeli tidak seindah rupa kerap juga terjadi.

Bagi LB, setiap bulan wajib dalam budget e-shop untuk Buku untuk anak, dan juga keperluan bagi arnab arnab LB. Yup.. semua tu Lb buat online. Ada begitu banyak Pet Shop di dalam internet. Tapi biasanya LB hanya memilih E-shop yang berada didalam negara. Selain itu LB juga mencari yang mana LB boleh dapat free POSTAGE… hahahaha.. yup.. bagi LB daripada membayar kos pos yang tinggi lebih baik duit itu dibelanjakan. Biasanya sesuatu E- Shop mempunyai kadar pembelian manimum bagi mendapatkan free postage.  Sebab kadang kadang postage itu boleh mencapai sehingga puluhan ringgit.

Ok.. itu bahagian cutting cost, perlu juga diingat sebagai penguna kita mempunyai hak membuat pilihan dan bersuara (hehe…walaupun LB bukan jenis cerewet sangat bagi sesetangah kes). Seperti LB pembelian makanan dan keperluan arnab LB adalah wajib setiap bulan. Kadang kadang kualiti makanan dan keperluan tersebut agak mengecewakan. MIsalnya Hay, kadang kadang cantik, kadang kadang tidak. Itulah antara risikonya. Ada juga lain yang kita order lain pulak yang sampai, kalau nak tipulangkan kos penghantaran agak rugilah, jadi nak atau tidak kita guna sajalah.  Kan LB dah cakap Lb bukan cerewet sangat, Ini kerana Ini risiko yang perlu LB tanggung. Apa yang Lb boleh buat Black Listed Sahaja lah E-Shop tersebut. Hehehehe…

Lb nak kongsi kat sini.. antara E-Shop kegemaran LB…

mphonline

Lb punya Online Bookstore… my favourite

Eng%20Banner%20LeaderLYN3haypacking

Online Hay… they got the Best Hay ever… ChubbyPetGarden

header_logo

  Here another one.. RM150.00 free postage..

 

 

 

10
May
09

Selamat Hari Ibu- Happy Mothers Day

Selamat Hari Ibu, Lb ucapkan kepada semua ibu ibu di Malaysia. Lb juga seorang Ibu. Bila tiba hari ibu nie, emosional pun datang lah bila ada anak, suami , anak saudara dan saudara mara mengucapkan ucapan selamat hari ibu. Aduh terharu rasa dan berbaloi penat lelah selama ini. Kepada yang menjadi ibu kepada haiwan haiwan kesayangan. Juga LB ucapkan selamat hari ibu. Terutama kepada ibu yang mempunyai anak bukan sahaja kepada arnab tetapi kucing, anjing, tupai dan macam macam lagi. LB bangga dengan semua pengorbanan anda semua yang menyayangi  haiwan peliharaan kalian. SElamat Hari Ibu..

 

mother day

hhehe.. gambar nie LB kebas dari TruLuvRabbity

07
May
09

Kita satu Family.

Tadi Lb ada berchat dalam Ym dengan Ms. Daphne mengenai Tinga dan Eclipse. Siapa Ms. Daphne?, dia adalah pemilik kepada Tinga. Siapa Tinga? Tinga adalah adik beradik kepada Eclipse. Seingat LB Eclipse dilahirkan dengan 4 adik beradik daripada ibu dan bapa yang sama iaitu. Blueberry dan Skor. Adik beradiknya diberi nama Eclipce, Tinga, Luna dan Muffet.Tertarik hati Lb nak buat post ini. Dalam 4 adik beradik ini, hanya Eclipse jantan dan yang lain lain betina. Tertarik hati Lb nak buat post ini, sebab kadang kadang bila tengok gambar Tinga, terkejut juga ingatkan gambar Eclipse. So.. sama sama kita tengok…sejauh mana sama tapi tak serupanya adik beradik nie.

 p5010057

Eclipce.. the single boy

I'm Tinga.. :)

Tinga.. this girl always make confuse with Eclipse

Ms. Muffet.. hahaha.. This girl.. make good friend to Tinkerbell… Hope to see her new photo..

 

 Luna… This lovely Girl…I miss her.. binky free baby..

Ok.. 03/05/2009 lepas gelap lah umur mereka semua 10bulan. Amacam sama tak… sama tapi tak serupa.. yang pasti kita satu Family.. walau sejauh mana pun berada.




May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket