13
May
09

Mari cerita Pasal Hay.

Sebagai pemilik arnab, adalah menjadi tanggungjawab LB bagi memberikan makanan yang terbaik kepada arnab dalam jagaan LB. Pallet yang berkualiti dan berkhasiat, air yang bersih dan ditukar kerap, sayur sayuran hijau yang segar dan dibasuh bersih, buah buahan yang tidak rosak dan juga Hay yang segar dan wangi.

Bagi mendapatkan hay yang hijau dan kurang habuk, dengan cuaca kita di Malaysia nie teramatlah susahnya nak dapat yang betul betul cantik. Biasanya Lb akan beli Hay melalui Online. Ada berbagai jenama dipasaran. Dan kebanyakan nya memang diimport dari luar negara. Ada yang memang siap dipack macam Oxbow Hay, American Pet Doc Hay, Alfalfa King dan Kaytee ( ini sahaja yang Lb tahu). Dan ada juga yang repack di Malaysia dan setakat ini LB rasa Hay yang di repack seperti Sun Cure Hay dari ChubbyPetGarden adalah yang terbaik setakat ini.

Lb mengatakan Hay yang repack terbaik adalah kerana dari pengalaman LB sendiri. Ada beberapa kali kononya LB ingin mencuba hay daripada nama nama gergasi dalam mengeluarkan Hay di seluruh negara. Macam Lb katakan Lb bertanggungjawab memberi yang terbaik. MUngkin dalam membeli Hay adalah lebih baik kita walk in shoping ini adalah kerana kita boleh melihat sendiri keadaan hay tersebut, samada berbau wangi , hijau dan kurang berhabuk. 

Tapi memandangkan Lb nie duduk dalam hutan Simpan, jadi Online lah yang termudah. Selama membeli belah dengan online nie, yang kurang puas hati hanyalah condition Hay. Kerap terjadi LB menerima hay yang kurang berkualiti, dan biasanya hay yang kurang berkualiti ini adalah hay yang telah sedia di pack seperti. Bagi Lb harganya agak tinggi berbanding dengan kualitinya. Jika dibandingkan hay siap dipack berharga RM20++ dengan hay yang di repack berharga RM11.00 , hay berharga RM11.00 dan direpack adalah lebih baik.

Maksud Lb bukan tidak boleh beli secara online. TEtapi jangan dipandangkan jenama GERGASI ketiga membeli Hay, kualiti adalah yang terbaik. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk. Bagi pengalaman LB yang membeli Hay secara online. Hay yang baik akan meghasilkan bau yang harum, sebaik kotak atau bungkusan diserahkan oleh pihak pos. Dan apabila dibuka hau harum hay tersebut akan memenuhi ruang rumah.  Jika anda nak tahu hay bagus atau tak, mintalah QC anda memeriksanya. Nak tahu siapa yang cukup arif tentang Hay, tak lain dan tak bukan arnab anda sendiri. Arnab amat bijak, dalam memilih pallet dan Hay yang bagus. Anda boleh cuba beri sedikit hay tersebut jika ia hanya menghidu dan lari, memang sah hay tersebut tidak cantik, dan jika ia memakannya terus sebaik menciumnya itu tentunya hay yang cantik.

QH%20-%20APD001%20APD%20Timothy%20High%20Fibre%20Hay%20Minibale%2010oz_nP5080009

Lb.. Order Ini…… tapi yang sampai yang sebelah tuu… nama dan jenama yang sama .. Tapi sama tapi tak serupa.. confuse..

 

P5080004 

LB tak pasti kenapa ada 1 pack repack sampai dengan Hay yang ready pack… ada harga tau RM11.00

P5080006 P5080007

Sekarang Lb faham kenapa Lb dapat Extra Repack Hay… nampak apa LB Maksudkan.. Jenama bukan segalanya.. kualiti mahu ada.. 

Satu lagi masalah dengan membeli Online adalah lain yang diorder lain pula yang sampai. Ini amatlah tidak sesuai bagi mereka yang cerewet. Bagi Lb senang saja kalau berhadapan dengan masalah ini. Black listed sahaja E-shop tersebut.

Kesimpulannya, Lb hanya menharapkan pemilik pemilik, atau tauke tauke E-shop ini lebih bertanggungjawab dengan barang yang mereka jual didalam eshop. Dan memberikan maklumat yang sebenar mengenai product yang mereka niagakan. Kerana samada pelanggan membeli secara online atau walk in kami tetap pengguna dan kami mempunyai hak kerana apa yang kami bayar adalah sama. Dan tidak kurang walau 1 sen pun. Memandangkan Lb bukanlah Cerewet tidak apa, tapi jika terdapat pelanggan yang cerewet.Bagaimana ?? ini tentu mengangu perniagaan anda.


10 Responses to “Mari cerita Pasal Hay.”


  1. May 13, 2009 at 12:03 pm

    Memang best membuat bisnes dengan kak LB. Tak ada masalah langsung. Baik tak baik tetap telan! LOL! Tapi saya selalu pastikan yang paling best buat LB…LOL!!!!

  2. 2 darma
    May 13, 2009 at 7:21 pm

    For Hay http://www.chubbypetsgarden.com is my choice hehehe.. and yg lain x taw lg blm try…

  3. 3 laqyooi
    May 13, 2009 at 10:31 pm

    Hi LB. Selamat berkenalan. Saya dah lama ikut blog ni tp ni first time comment. 1st time saya beli online terus dapat hay fail giler. Dah la kering kontang, berserbuk, warna kuning, banyak batang jer. Terus serik nak beli online lagi. Pegi pet shop lagi best, dah tentu pilih yang segar dan paling syok boleh cuci mata tengok binatang. Masalahnya kadang2 dari mata turun ke hati terus terpakai kredit kad dgn sengaja… he heh

  4. August 4, 2009 at 5:10 am

    Salam,
    Saya juga peminat arnab. Kami di UK lebih mudah dapat hay sebab
    memamg rumput kat sini memamg semulajadi bahan hay. Di UK, rye grass
    adalah yg terbaik dan produk tersebut bernama Readigrass. Pembuatan
    readigrass adalah yg terbaik, tiada habuk dan cuma daun rumput sahaja
    yg ada dan kering dan hijau. Timothy tidak digunakan oleh breeder di sini.

  5. June 27, 2010 at 3:15 pm

    adess aku dapat bagi rumput isreal dan ulam raja jee itu pon dah nak habis..hasil nyer Mati sekor.
    adess risau gak buat binatang mati ..huh bersalah2

    kalo tanam rumput isreal je boleh ke? aku wat kebun kecil rumput isreal dan kasi arnab makan cukup ke?

  6. April 8, 2013 at 6:23 pm

    Em,sy nak tanye boleh tak tunjuk gamba hay tu?

  7. August 13, 2013 at 10:19 am

    This is a topic which is near to my heart..

    . Thank you! Where are your contact details though?

  8. August 24, 2013 at 8:35 am

    Magnificent site. A lot of helpful information here.
    I’m sending it to some buddies ans also sharing in delicious. And of course, thank you in your sweat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: