Archive for March, 2009

29
Mar
09

Rabbitry Mini & Earth Hour 2009

 28hb Mac 2009, jam 8.30-9.30 malam, maka tiadalah satu lampu berkuasa electrik pun yang dinyalakan didalam rumah dan rabittry LB. Lb hanya menyalakan beberapa batang lilin dan melepak didalam rabittry mini dengan anak dan penghuni rabittry mini. Lampu dimatikan selama 1 jam bersempena kempen Earth Hour 2009, well , Lb dan Rabbitry mini menyokongnya bergitu juga sahabat sahabat LB. Jadi Lb tak perlu cerita banyak pasal Earth Hour 2009, sebab Lb dah cerita sebelum nie. Hari nie biar gambar cerita kan segalanya. Tapi minta maaf ler… gambar kurang memuaskan.. maklumlah.. camera pasar malam jek…

p3280012

 Eclipse.. macam confuse aje… maybe dia ingat LB tak bayar letrik

p3280010

 Ini Blueberry…. shaking gambar tuu… boleh lerr..

p3280007

 Ini pulak koko… baru LB perasan.. semua gambar Koko.. posing sama aje….

p3280002

 Inilah dia budak yang paling happy kat dalam Rabittry mini … sebab tak pernah tengok lilin…. Camp Fire kata dia…hehehe

Advertisements
28
Mar
09

Arnab Kuat Makan Ke??

Baru baru ni, Lb ada masuk satu forum. Dalam forum tu ada satu tread yang bertajuk Susah Tak Nak Jaga Pet? . Dalam tuu ada soalan , mana senang nak dijaga, Ikan atau Arnab? bagi Lb untuk soalan nie jawapanya senang aje, kalau kita suka sesuatu haiwan tuu, untuk dijaga memang senang. Kalau tak suka memang jadi susah. Dan juga kita kenalah rajin, ya lah nak mencuci najis, nak bagi makan dan sebagainya. Kalau malas dan sekadar nak cakap “EH, aku pun ada Pet juga”… tak bolehlah sebab bukan apa kesian dengan haiwan tu.

Kemudian di dalam tread itu juga timbul satu kenyataan , oleh salah seorang forumer. Kenyataan itu adalah ” saya suka dengan arnab, comel boleh dibelai belai, tapi ARNAB NIE KUAT MAKAN….”  emmm.. betul ke arnab kuat makan. Jadi Lb kat sini cuba kongsi berkenaan jumlah yang cukup untuk arnab. Sebenarnya arnab bukanlah kuat makan, tetapi kemar mengunyah. Ini adalah bertujuan mengasah giginya. Kenapa? kerana gigi arnab tidak ada tempoh matang, dan ia sentiasa membesar dan menjadi panjang. Dan jika ini berlaku ia tidak baik untuk kesihatan arnab tersebut.

Seperti manusia, kuantiti makanan yang diambil oleh arnab bergantung kepada saiz badan, jantina dan juga umur. Jika arnab berbaka besar, sedang dalam peringkat pertumbuhan, bunting atau menyusukan kuantiti makanan adalah besar. Dan kalau sebaliknya jumlah pengambilan juga sedikit. Faktor persekitaran juga adalah salah satu faktor, jika arnab yang dikurung didalam sangkar yang kecil, dipercayai arnab akan kuat makan. Jadi jika arnab anda dikurung didalam sangkar bekalkan blok kayu, hay  atau permainan untuknya. Kerana arnab yang bosan hanya akan mengabiskan masanya dengan makan, makan dan makan.

Didalam rabbitry kecil, diet yang Lb amalkan adalah Oxbow Pellet, Hay , sayuran dan sesekali Buah dan bijirin organik sebagai makanan ringan dan tambahan. Untuk mengetahui DiEt yang baik untuk arnab dah Lb catatkan didalam Page Penjagaan Asas. Didalam Rabittry mini Lb terdapat 3 ekor Arnab yang telah mencapai umur matang.

Jika mengikut pro, sukatan yang pelet yang  dicadangkan adalah seperti berikut;

 

Berat Arnab

Dalam Pounds

 

 

1 Tahun Kebawah

( Tahap Pembesaran )

 

1 Tahun keatas

( Arnab Matang)

 

1-3

Tanpa Had

1/8 cawan

4-7

Tanpa Had

¼ ke 1/3 cawan

8-10

Tanpa Had

1/3 ke ½  cawan

10+

Tanpa Had

¾  cawan

*** Jadual tersebut berdasarkan sukatan yang dicadangkan oleh OXbow Hay Company  

Bagi Lb pula, Lb memberikan lebih kurang 1/2 cawan kepada setiap arnab LB setiap hari. Ini bergantung juga kepada cuaca, jika musim hujan jumlah ini mungkin bertambah. Disamping itu Hay adalah penting didalam rabittry Lb. Lb memberikan ekses hay yang berterusan kepada arnab LB. Bagi diet sayuran segar, Celery dan Bok Choy menjadi pilihan LB. Kadar yang diberikan adalah 1/2 cawan bagi setiap arnab dan diberikan berselang hari dan berjadual. Capuran bijirin seperti Oat dan barli juga diberikan selang sehari sebanyak 1 sudu kecil juga berselang hari. Pada hujung minggu arnab arnab LB akan diberikan 1/4 buah buahan sama ada betik, nenas, apple ( dibuang tangkai biji dan dikupas kulit) atau melon.

Harus diingat sukatan diet yang Lb berikan adalah kepada arnab Lb yang matang, dan bukan untuk arnab yang sedang membesar, bunting atau menyusukan. Bagi arnab yang berumur 6 bulan kebawah Lb hanya memberikan diet pelet dan Hay Alfalfa tanpa had, dan tidak memberikan sayur sayuran, bijirin dan juga buah buahan. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih muda.

Budget.   

Sekarang Lb kongsikan BUdget atau peruntukan untuk makanan didalam rabbitry LB dalam sebulan.

Kiraan ini adalah bagi pemakanan 3 ekor arnab dalam Rabittry LB

Item

RM

Nota

Pellet

( BUnny Basic/T)

10lb ( >5kg)   

55.90

LB hanya mengunakan

> 1beg sahaja sebulan

Hay

Alfalfa/Timorty (2kg)

42.00

 

Sayur-

Sayuran

15.00

Anggaran RM4 seminggu

Buah

Buahan

4.00

Diberi pada hujung minggu anggara harga sepotong Betik RM1.00

Bijirin

Oat dan Barli

10.00

 

 

Jumlah

 

 

129.90

 

Purata RM 4.00 sehari untuk 3 ekor arnab LB

Pengambilan jumlah pelet juga berubah mengikut kualiti pelet tersebut.

Jadi, setelah di kira kira, tidak lah begitu banyak budget yang diperlukan, untuk memelihara arnab dengan memberikan makanan yang baik dan berkhasiat. Kenapa Lb mengatakan makanan yang baik dan berkhasiat. Dalam pemakanan arnab dan juga kita manusia, bukan kuantiti yang menentukan tahap kesihatan tetapi kualiti dan khasiat yang masuk kedalam tubuh badan.

26
Mar
09

Tahukah Anda ????

Ok. Anda sayangkan arnab anda. Lb sayangkan arnab Lb. Tapi tahukah anda beberapa fakta tentang arnab yang sememangnya remeh, tetapi amat menarik… mari Lb kongsikan bersama dan sekiranya, anda semua ada fakta yang menarik mengenai arnab yang ingin anda kongsikan disini,  boleh majukan kepada LB.. Lb gembira untuk berkongsi

questionmark

TAHUKAH ANDA;

1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu

2. Arnab tidak berpeluh

3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga

4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk

5.Arnab mempunyai 28 batang gigi

6.Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA

7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  – 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan

8. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown

9. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab

10. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011

11. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh

12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang

13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati

14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds

15. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor

16. Terdapat 150 jenis warna arnab- selamat megumpul warna adik adik

17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya

18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya

19. arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama

20. arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.

25
Mar
09

TruLuv Luna : Satu Kehilangan (5 Julai 2008-25 Mac 2009)

TLR dan LB menerima khabar sedih hari ini. Luna adik beradik kepada Eclipse. Dilahirkan dan dibesarkan didalam Meadow Heaven TruLuvRabbitry. Melihat Luna dan Eclipse membesar sehingga mendapat rumah dan Tuan yang baik dan sesuai adalah suatu bonus bagi kami. Bagaimanapun Luna tidak bernasib baik. Ia mengalami komplikasi semasa procedure kembiri. Kami semua didalam rabbitry mini juga turut bersedih dengan kehilangan Alicia dan keluarga serta  TLR. Binky Free sayang.

Untuk mengenang Luna dengan lebih boleh lawat  R.I.P LUNA.

 

 

df2d66eadc284282 

Candle Light For Luna… Lovely Holland Lop Bunny… 5July 2008 – 25 March 2009

25
Mar
09

Guna Mangkuk atau Botol

Lb ada banyak terima email berkenaan pengunaan botol atau mangkuk untuk mengisi air minuman arnab.

Lb menulis ini mengikut pengalaman Lb.

Bagi Lb apa yang Lb gunakan atau praktikan didalam Rabittry mini Lb bukan untuk kemudahan Lb tetapi arnab arnab Lb. Selama Lb memelihara arnab. Dah macam macam kaedah Lb gunakan untuk kemudahan Lb. Tapi setelah difikirkan apa yang mudah bagi Lb tidak semestinya mudah bagi penghuni dalam Rabbitry mini .

Ada bermacam macam jenis botol air di pasaran. Dan Lb boleh dikatakan mencuba semua jenis. Dari yang kecil hingga yang besar. Dari yang bersaiz beberapa ouns sehingga yang boleh ditekan sebesar botol coca-cola yang bersaiz 1.5 litter. Dalam pada itu bermacam macam masalah juga timbul . Memang kualiti air mengunakan botol air tuu bersih. dan juga dapat menjimatkan ruang dalam sangkar yang sempit dan juga memudahkan pemilik kerana boleh boleh letak kuantiti air yang lebih.

p3250006

Botol botol yang ada lama koleksi Lb… bagus tapi tak cukup praktik untuk Rabbitry LB

Tapi ada juga masalah lain yang Lb selalu hadapi dengan pengunaan botol air nie masalah yang kerap adalah LICKING atau bocor bukan pada botol tetapi pada menyedut besi tuu. bebola besi tu selalu aje ada masalah yang membuat ia terus mengeluarkan air. Yang mana air habis terbuang bukan diminum arnab. Masalah ini juga terjadi semasa arnab cuba minum dari botol tersebut. Yang mana pandai ok lah yang tak pandai air lebih banyak terbuang daripada diminum. Selain dari itu , air juga cepat berlumut hijau dan kadang kadang  terus tersumbat. Lb juga kesian melihat arnab Lb yang semacam tidak puas menikmati air. Dimana Lb rasa dengan mengunakan botol ini arnab hanya minum untuk menghilangkan dahaga sahaja.  Oleh sebab itu Lb telah bertukar daripada mengunakan botol kepada mengunakan mangkuk ceramic.

p3250003

Mangkuk ceramik … mengunakan ruang yang besar dan mudah diterbalikan oleh arnab

Dengan mengunakan mangkuk ceramic Lb lihat arnab Lb minum lebih banyak air, mula mula terkejut melihat kuantiti air yang diambil oleh arnab Lb dan sedih juga sebab selama ini rupanya arnab arnab Lb rupanya tidak puas minum melalui botol air tu. Dan yang paling menarik ialah apabila musim panas Eclipse akan merendamkan telinganya didalam air. Secara teorinya Lb mengandaikan bahawa itu adalah salah satu cara arnab mengimbangi suhu badanya. Tahukan anda arnab tidak berpeluh? arnab mengunakan telinganya untuk mengimbangi suhu badan.

Masalah yang dihadapi mengunakan Mangkuk ceramic ini ialah arnab gemar menterbalikannya. Maka sekali lagi Lb bertukar kepada mangkuk plastic yang mempunyai cangkuk dawai dan meyangkutnya pada jeriji sangkar. Setakat ini LB berpuas hati dengan penggunaan mangkuk plastik ini. Cuma ia memang tiada praktik untuk LB kerana, Lb terpaksa menambah air selalu (arnab minum dengan banyak) dan memeriksa air dengan kerap, kerana mungkin terdapat pellet atau najis didalamnya. Dan pada musim MOLTING terdapat bulu didalamnya. Macam yang Lb katakan tadi,  yang penting  apa yang Lb gunakan, cukup  praktik dan baik untuk arnab LB.

Begitulah daripada botol berharga hampir RM20.00 ke mangkuk seramic berharga RM 8.00 ke mangkuk plastik yang hanya berharga RM 3.00. Bukan penjimatan kos atau harga yang menjadi ukuran.Tetapi kebaikan pengunaannya. Sejauh mana ia baik untuk anda tak bermakna ia baik untuk arnab. Yang harus anda utamakan dan fikirkan siapa yang mengunakan nya, anda atau arnab . Satu soalan yang pernah LB jumpa.

Sekiranya kita arnab atau kita dahaga yang keterlaluan adakah kita memilih untuk minum dari botol atau cawan??

p3250002

 Inilah yang paling praktikal buat Lb dan Arnab Lb…  mangkuk plastic dengan cangkuk RM 3.00 sahaja.

23
Mar
09

Lb rinduuuuu semuaaaa…

Lb rindu Eclipse, BlueBerry dengan Koko. LB rindu duduk depan Pc, borak dan chat dengan kawan kawan dan adik adik. LB baru balik dari rumah saudara Lb. Sebaik sampai, terus masuk Rabittry kecil kat belakang tu, tengok anak anak LB .. yup semua sihat tapi muka masing masing macam tak puas hati aje. Diorang marah Lb agaknya. Setelah mencuci sangkar mencuci bekas air dan juga makanan. Lb dapati semua macam tak layan Lb aje. Marah lah tu..hehehe.. tapi Lb ada senjaya rahsia. Dah sedia awal awal , Lb dah tahu mesti perkara nie berlaku. Lb masuk dapur ambil celery, Bak Choy dan juga Carrot, bersihkan potong kecil kecil, dan letak dalam mangkuk ceramic untuk Eclipse, Koko dan Blueberry.  Hahaha…. LB berjaya, semua buat muka manja sebab ada bau sayur segar. Semua happy dapat makan. Koko suka dengan Bok Choy begitu juga dengan Blueberry. Eclipse macam biasa., carrot habis dulu tapi masih tak puas hati. Esok pagi pagi kena bagi diorang  rolled oat dan juga Free Run… minta minta tak hujan.

So, ini gambar yang dapat Lb ambil lewat petang tadi. Penat Lb tak hanbis lagi. Tapi tengok budak budak tu seronok makan sayur, hilang sikit penat Lb.

p3230001

 Koko ..eh… kaki dalam mangkuk.. dia nak lagi ke nie…??? 

 p3230003p3230004

Blueberry… dia nie sopan santun…. makan dengan tertib….

p3230009

Ini..lah dia Eclipse dah habis dah Carrot… tapi masih sombong dengan Lb…. sayang dia

 

 

21
Mar
09

Melatih Arnab Mengunakan “Littre Tray”

Tahukah anda arnab mudah dilatih untuk membuang najis dan kecing di tempat yang disediakan. Ataupun lebih popular disebut “Toilet Train” atau “Litter Train”. Ini adalah kerana arnab cenderung ketempat yang sama untuk melaksanakan panggilan alam ini.  

 Ini adalah langkah langkah yang diperlukan bagi mengatur arnab anda.

Jika ada baru sahaja mendapatkan atau membeli arnab, hari pertamanya hendaklah dihabiskan didalam sangkar. Ia perlu biasa dengan persekitaran dan bau tempat dan kawasan baru. Ini juga dapat membuat arnab anda berasa selamat sebelum dilepaskan bebas. Perhatikan sudut didalam sangkar tersebut dimana terdapat banyak najis atau sudut dimana arnab anda mengandaikan sebagai tandas didalam sangkarnya. Setelah mengenal pasti sudut letakan Dulang Najis ( yang boleh dibeli di Pet shop atau anda boleh DIY sendiri) di sudut tersebut. Jangan risau, arnab adalah haiwan yang pintar, anda akan dapat melihat arnab pandai mempraktikan dulang najis tersebut.  Pada permulaan meletakan beberapa biji Fecal kedalam Dulang Najis tersebut juga dapat membantu.’

Setekah arnab anda selesa dengan keadaan sangkarnya, bolehlah ada melepaskan arnab anda dalam scale yang kecil dahulu. Ini bagi memastikan arnab anda tidak hilang kemahiran mengenali kawasan untuk ia membuang najis dan juga sangkarnya. Dan setelah itu secara berangsur angsur boleh lah melebarkan lagi kawasan untuknya bergerak bebas. Harus diingatkan walau seluasmana pun kawasan anda membiarkan arnab anda bebas, tetapi mereka masih memerlukan sebuah tempat yang selamat bagi mereka untuk makan, minum dan tidor. Jadi tempatkan bekas makanan dan minuman serta dulang najis ditempat tersebut. Biasanya kita meletakan semuanya didalam sangkar. Anda juga boleh menyiapkan rumah untuk arnab anda yang mana fungsinya adalah sama seperti sangkar.

Apabila arnab anda mencapai umur tertentu atau umur matang, arnab gemar menandakan kawasan mereka dengan najis dan juga kencingnya. Menempatkan lebih dari satu dulang najis dikawasan tersebut dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh meletak bekas minuman dan juga hay disamping Dulang Najis ini.

Setelah arnab ada sempurna dengan ‘Litter Train” anda sudah boleh memberikan exis kepasa arnab anda untuk bermain disofa dan mungkin di tempat tidur anda . Sekarang giliran anda pula untuk melihat dan belajar dari arnab anda. Mereka ada lah haiwan yang sangan comel dan seronok untuk dikenali.

peepan774_up

 Pelbagai bentuk “Toilet Tray” boleh didapati  *photos taken from www.chubbypetsgarden.com




March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket