Archive for the 'Dalam Kenangan' Category

14
Apr
09

FareWell Little Pinky (11/04/2009-14/04/2009)

 

Lb tak nak cerita banyak. Sebab Lb masih terkilan dengan apa yang terjadi. Dengan dukacita kepada pengikut blog LB . The pinky tak dapat bertahan. Semalam The Pinky masih sihat seperti biasa. Dan pagi ini hanya tuhan yang tahu apa terjadi. Pinky telah pergi meninggalkan Rabbitry kecil LB. Sebab yang sebenar tidak diketahui. Tetapi Lb syak Blueberry terlampau sayang akan si pinky sehingga terpijak anak kecil ini. Memandangkan si kecil ini haya seekor dan tertimbun didalam bulu bulu BlueBerry yang banyak, mungkin dengan tidak disengajakan BlueBerry terpijak si kecil ini. Bagaimanapun, Lb bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama Si Pinky walau hanya untuk beberapa hari. Lb akan ingat Pinky selama lamanya.

p4130022p4130025

Ini diambil petang semalam… sihat dan cukup susu

p4140019p4140017

dan pagi ini… The Pinky sudah tak bernafas lagi..Binky Free sweet little pie..

25
Mar
09

TruLuv Luna : Satu Kehilangan (5 Julai 2008-25 Mac 2009)

TLR dan LB menerima khabar sedih hari ini. Luna adik beradik kepada Eclipse. Dilahirkan dan dibesarkan didalam Meadow Heaven TruLuvRabbitry. Melihat Luna dan Eclipse membesar sehingga mendapat rumah dan Tuan yang baik dan sesuai adalah suatu bonus bagi kami. Bagaimanapun Luna tidak bernasib baik. Ia mengalami komplikasi semasa procedure kembiri. Kami semua didalam rabbitry mini juga turut bersedih dengan kehilangan Alicia dan keluarga serta  TLR. Binky Free sayang.

Untuk mengenang Luna dengan lebih boleh lawat  R.I.P LUNA.

 

 

df2d66eadc284282 

Candle Light For Luna… Lovely Holland Lop Bunny… 5July 2008 – 25 March 2009

14
Mar
09

Kematian mengejut… Milo In loving memory..10/11/2008…

Kematian mengejut haiwan  kesayang memang  merobek hati dan menyedihkan. Lebih lebih lagi jika haiwan tersebut tidak menunjukan apa-apa tanda sakit dan besikap seperti biasa. Ini lah yang di lalui Lb. Milo adalah  adik beradik kepada Koko. Tidak seperti koko, Milo adalah arnab yang normal dan juga sangat manja. Ia arnab jantan yang telah siap dikembiri.

Petang 10/11/2008 macam biasa LB akak memanjakan Milo dan koko. Dia macam biasa duduk di riba Lb dan minta dibelai. Takda sebarang tanda sakit atau kurang selesa. Dia makan seperti biasa dan najis nya juga seperti biasa. Cuma petang itu memang hujan lebat dengan bunyi guruh dan juga petir. Tetapi Lb tidak menyangka apa apa akan berlaku, sebab sebelum ini pun petir dan guruh sudah biasa berlaku.

pa230271

Milo Cukup Manja dengan LB.. kat belakang tu Koko. 

Lebih kurang jam 7.00pm Lb memasukan Milo dan koko ke dalam bilik yang dikhaskan untuk mereka. Lm meneruskan urusan seperti memasak makan malam seperti biasa. Setelah selesai lebih kurang jam 8.00pm. Lb membuka pintu bilik mereka dan mendapati Milo terbaring terbujur kaku. Jantung Lb rasa tak terjatuh, Lb memangil nama Milo berulangkali tetapi sedikit pergerakan pun tiada. Lb sudah kehilangan Milo. Air mata tak dapat dibendung lagi. Rasa tak percaya dan tak mungkin berlegar legar di kepala. Sesunguhnya tuhan lebih menyayagi Milo. Lb bersyukur kerana tuhan meminjamkan Milo kepada Lb walaupun sekejap.

Begitulah, arnab adalah haiwan yang cukup sensitif, tanpa sebab yang konkrit mereka boleh mati. Jantung mereka cukup lemah. Lb cukup yakin kilat dan petir yang kuat pada malam itu membuatkan Milo ketakutan sehingga jantungnya tidak dapat bertahan. Kematian Milo cukup mudah dan bersih, tanpa sebarang luka dan setitik darah keluar dari tubuhnya yang kecil itu.

Selepas kejadian itu Lb cukup berhati hati dan berjaga jaga dengan setiap tingkah laku dan juga perubahan samaada yang ketara atau tidak dikalangan arnab jagaan Lb. Malang tidak berbau. Ajal dan maut di tangan tuhan, kita hanya perlu peka dan menjaga selagi terdaya.

new-rabbit

milo-ripMilo.. Binky Free Sayang..

Hakikat bahawa arnab adalah haiwan yang cukup sensitif adalah sesuatu yang harus diterima. Sehinggakan ketakutan yang amat sangat boleh mangancam dan boleh menyebabkan kematian. Banyak lagi sebab yang boleh disebab kan oleh kematian mengejut arnab antaranya….

  • Bacterial infections (eg Pasteurellosis**)
  • Enterotoxaemia
  • Mucoid enteropathy
  • Myocardial disease
  • Myxomatosis 
  • Neoplasia (cancer)
  • Rabbit pox
  • Retained placenta in does
  • Salmonellosis (rare)
  • Septicaemia (due to colibacillosis)
  • Toxaemia (eg clostridium following pregnancy)
  • Toxoplasmosis
  • Tularaemia
  • Urolithiasis

Kita sebagai pemilik hanya perlu peka dengan mereka.

 




May 2017
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket