Archive for the 'Pemakanan' Category

28
Oct
09

Pallet Untuk Rabbit ..yang mana satu

Terdapat begitu banyak jenis jenama, warna dan bentuk pallet untuk dipilih oleh pemilik arnab diluar sana. Dan ia juga ada dijual dimana-mana daripada kedai menjual haiwan peliharaan sehingga lah ke pasaraya pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan juga Tesco. Ada juga beberapa eshop yang menjual keperluan pemakanan ini secara online, bagi memudahkan lagi pemilik. Persoalan yang sering ditanya adalah yang mana lebih baik. Adakah yang mahal lebih baik daripada yang murah. Susah juga untuk difikirkan. Ini adalah kerana tidak semua arnab mempunyai selera dan juga keperluan nutrien yang sama.

Bagi LB apa yang penting adalah kita mengetahui keperluan asas dalam pemakanan arnab iaitu mempunya peratusan fiber atau serat yang banyak. Bagi kebanyakan penternak arnab pemakanan yang baik adalah dengan memberi hay. Tetapi bagi kebanyakan pemilik arnab sekarang pemberian pallet adalah yang termudah dan tidak bersepah sepah.

Basic yang anda perlu tahu bagi memilih pallet yang baik adalah mudah, lihat saja pada maklumat nutrien yang dicatatkan dibelakang pembungkus. Biasanya catatan tersebut memang terdapat pada pack pembungkus.

 Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan. 

PO%20Rabbit%20Feed_n  Pro Optimum Rabbit Pellets 1kg/3kg/9kg (RM22.00-RM105) For the Nutrient Fact you can

Click here ChubbyPetGarden.comoxbow-bunny-basics

OxBow Bunny Basic/T 10lbs/5lbs 9 (Rm 34.00-Rm63.00)  ProHRabbit%205lbs_n

 KAYTEE Forti Diet Pro Health Rabbit 5lbs (RM35.00)

HA%20-%201154%20Hagen%20Rabbit%20Pellets%205lbs_l

Hagen Rabbit Pallet ( ada dijual online,Giant Hypermart,TESCO dll) RM 12-RM25.00

 

 

 

 

 

13
May
09

Mari cerita Pasal Hay.

Sebagai pemilik arnab, adalah menjadi tanggungjawab LB bagi memberikan makanan yang terbaik kepada arnab dalam jagaan LB. Pallet yang berkualiti dan berkhasiat, air yang bersih dan ditukar kerap, sayur sayuran hijau yang segar dan dibasuh bersih, buah buahan yang tidak rosak dan juga Hay yang segar dan wangi.

Bagi mendapatkan hay yang hijau dan kurang habuk, dengan cuaca kita di Malaysia nie teramatlah susahnya nak dapat yang betul betul cantik. Biasanya Lb akan beli Hay melalui Online. Ada berbagai jenama dipasaran. Dan kebanyakan nya memang diimport dari luar negara. Ada yang memang siap dipack macam Oxbow Hay, American Pet Doc Hay, Alfalfa King dan Kaytee ( ini sahaja yang Lb tahu). Dan ada juga yang repack di Malaysia dan setakat ini LB rasa Hay yang di repack seperti Sun Cure Hay dari ChubbyPetGarden adalah yang terbaik setakat ini.

Lb mengatakan Hay yang repack terbaik adalah kerana dari pengalaman LB sendiri. Ada beberapa kali kononya LB ingin mencuba hay daripada nama nama gergasi dalam mengeluarkan Hay di seluruh negara. Macam Lb katakan Lb bertanggungjawab memberi yang terbaik. MUngkin dalam membeli Hay adalah lebih baik kita walk in shoping ini adalah kerana kita boleh melihat sendiri keadaan hay tersebut, samada berbau wangi , hijau dan kurang berhabuk. 

Tapi memandangkan Lb nie duduk dalam hutan Simpan, jadi Online lah yang termudah. Selama membeli belah dengan online nie, yang kurang puas hati hanyalah condition Hay. Kerap terjadi LB menerima hay yang kurang berkualiti, dan biasanya hay yang kurang berkualiti ini adalah hay yang telah sedia di pack seperti. Bagi Lb harganya agak tinggi berbanding dengan kualitinya. Jika dibandingkan hay siap dipack berharga RM20++ dengan hay yang di repack berharga RM11.00 , hay berharga RM11.00 dan direpack adalah lebih baik.

Maksud Lb bukan tidak boleh beli secara online. TEtapi jangan dipandangkan jenama GERGASI ketiga membeli Hay, kualiti adalah yang terbaik. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk. Bagi pengalaman LB yang membeli Hay secara online. Hay yang baik akan meghasilkan bau yang harum, sebaik kotak atau bungkusan diserahkan oleh pihak pos. Dan apabila dibuka hau harum hay tersebut akan memenuhi ruang rumah.  Jika anda nak tahu hay bagus atau tak, mintalah QC anda memeriksanya. Nak tahu siapa yang cukup arif tentang Hay, tak lain dan tak bukan arnab anda sendiri. Arnab amat bijak, dalam memilih pallet dan Hay yang bagus. Anda boleh cuba beri sedikit hay tersebut jika ia hanya menghidu dan lari, memang sah hay tersebut tidak cantik, dan jika ia memakannya terus sebaik menciumnya itu tentunya hay yang cantik.

QH%20-%20APD001%20APD%20Timothy%20High%20Fibre%20Hay%20Minibale%2010oz_nP5080009

Lb.. Order Ini…… tapi yang sampai yang sebelah tuu… nama dan jenama yang sama .. Tapi sama tapi tak serupa.. confuse..

 

P5080004 

LB tak pasti kenapa ada 1 pack repack sampai dengan Hay yang ready pack… ada harga tau RM11.00

P5080006 P5080007

Sekarang Lb faham kenapa Lb dapat Extra Repack Hay… nampak apa LB Maksudkan.. Jenama bukan segalanya.. kualiti mahu ada.. 

Satu lagi masalah dengan membeli Online adalah lain yang diorder lain pula yang sampai. Ini amatlah tidak sesuai bagi mereka yang cerewet. Bagi Lb senang saja kalau berhadapan dengan masalah ini. Black listed sahaja E-shop tersebut.

Kesimpulannya, Lb hanya menharapkan pemilik pemilik, atau tauke tauke E-shop ini lebih bertanggungjawab dengan barang yang mereka jual didalam eshop. Dan memberikan maklumat yang sebenar mengenai product yang mereka niagakan. Kerana samada pelanggan membeli secara online atau walk in kami tetap pengguna dan kami mempunyai hak kerana apa yang kami bayar adalah sama. Dan tidak kurang walau 1 sen pun. Memandangkan Lb bukanlah Cerewet tidak apa, tapi jika terdapat pelanggan yang cerewet.Bagaimana ?? ini tentu mengangu perniagaan anda.

21
Apr
09

We Going Organic…hehehehe

 Patutnya Lb tulis nie semalam, tapi macam tak ada mood aje. Jadi Lb kongsikan hari ini.  2hari lepas memandangkan tak banyak yang menarik di dalam dunia cyber, maka Lb pun mejelajah dunia nyata. Hahaha.. Lb sebenarnya dah lama mencari bahan bahan dan makanan Organic. Biasanya kalau ke KL baru lah Lb dapat memborong sedikit sebanyak makanan organic. Dan memandangkan bekalan sudah nak habis, Lb mencari bekalan melalui Online , tapi agak kecewa sebab tak banyak pilihan yang boleh didapati memandangkan kebanyakan hanyalah makanan tambahan organic. Jadi Lb mengabil keputusan untuk menjelajah dan survey kedai kedai organic yang ada di kawansan Lb. Wow.. agak memberangsangkan terdapat beberapa kedai menjual makanan Organic. Walaupun sederhana, tetapi bekalannya agak memberansangkan.

Sebenarnya selama ini bekalan makanan organic ini LB hanya berikan kepada arnab arnab dalam Rabbitry Lb.. tapi selepas keluar masuk kedai organic.. terasa sesuatu yang menarik untuk mencuba makanan Organic. Walaupun rupa, bentuk dan warna makanan tersebut kurang menarik, ya lah kan tampa mengunakan sebarang bahan penyubur kimia, baja kimia dan racun. Kalau Barley biasa berwarna putih , barley organic agak kekuningan. Kalau beras biasa panjang dan putih. Beras Organic agak pendek dan kekuningan. Jika sayur biasa berdaun besar dan lebar, sayur organic agak kecil saiznya dan daunnya juga terdapat lubang lubang kerana dimakan oleh siput. Yang menandakan sayuran tersebut tidak mengunakan racun kimia. Kalau ayam pulak, ayam organic jauh kecil saiznya dari ayam biasa.

Pada mulanya, Lb jangkakan  makanan organic ini mahal harganya. Rupanya tidak langsung. Harganya amat berpatutan. Jika dibezakan dengan harga dengan yang bukan organic bezanya hanya beberapa sen sahaja. Dan kita membeli belah didalam suasana kedai yang sangat mesra alam. Udara dalam kedai organic juga berlainan. Tak tahu lah orang lain . Tetapi itulah yang Lb rasakan. Lb beritahu kepada sahabat Lb, Lb seronok shopping di kedai organic Food. Dia kata Lb kelakar…. hehehehehe.. apa apa pun terima kasih kepada sahabat Lb itu. Sebab dia yang mengalakan Lb untuk beri yang organic kepada Arnab LB , dan dari situ Lb kenal dunia organic.

Jadi, Lb membuat kesimpulan , setelah Lb memelihara arnab nie, bukan saja ia mengajar erti kasih sayang dan tanggungjawab tetapi juga dalam menjaga pemakanan LB. Ya lah.. Lb berusaha memberikan hanya yang organic kepada arnab LB … apa salah jika LB dan keluarga juga mengamalkan memakan makanan organic. kalau bukan 100% , 30% ke 50% sudah ok untuk permulaan. Untuk hari itu Lb memberi beberapa jenis bijirin untuk arnab Lb dan juga keluarga.

So.. enjoy the Organic…

  p4180021

28
Mar
09

Arnab Kuat Makan Ke??

Baru baru ni, Lb ada masuk satu forum. Dalam forum tu ada satu tread yang bertajuk Susah Tak Nak Jaga Pet? . Dalam tuu ada soalan , mana senang nak dijaga, Ikan atau Arnab? bagi Lb untuk soalan nie jawapanya senang aje, kalau kita suka sesuatu haiwan tuu, untuk dijaga memang senang. Kalau tak suka memang jadi susah. Dan juga kita kenalah rajin, ya lah nak mencuci najis, nak bagi makan dan sebagainya. Kalau malas dan sekadar nak cakap “EH, aku pun ada Pet juga”… tak bolehlah sebab bukan apa kesian dengan haiwan tu.

Kemudian di dalam tread itu juga timbul satu kenyataan , oleh salah seorang forumer. Kenyataan itu adalah ” saya suka dengan arnab, comel boleh dibelai belai, tapi ARNAB NIE KUAT MAKAN….”  emmm.. betul ke arnab kuat makan. Jadi Lb kat sini cuba kongsi berkenaan jumlah yang cukup untuk arnab. Sebenarnya arnab bukanlah kuat makan, tetapi kemar mengunyah. Ini adalah bertujuan mengasah giginya. Kenapa? kerana gigi arnab tidak ada tempoh matang, dan ia sentiasa membesar dan menjadi panjang. Dan jika ini berlaku ia tidak baik untuk kesihatan arnab tersebut.

Seperti manusia, kuantiti makanan yang diambil oleh arnab bergantung kepada saiz badan, jantina dan juga umur. Jika arnab berbaka besar, sedang dalam peringkat pertumbuhan, bunting atau menyusukan kuantiti makanan adalah besar. Dan kalau sebaliknya jumlah pengambilan juga sedikit. Faktor persekitaran juga adalah salah satu faktor, jika arnab yang dikurung didalam sangkar yang kecil, dipercayai arnab akan kuat makan. Jadi jika arnab anda dikurung didalam sangkar bekalkan blok kayu, hay  atau permainan untuknya. Kerana arnab yang bosan hanya akan mengabiskan masanya dengan makan, makan dan makan.

Didalam rabbitry kecil, diet yang Lb amalkan adalah Oxbow Pellet, Hay , sayuran dan sesekali Buah dan bijirin organik sebagai makanan ringan dan tambahan. Untuk mengetahui DiEt yang baik untuk arnab dah Lb catatkan didalam Page Penjagaan Asas. Didalam Rabittry mini Lb terdapat 3 ekor Arnab yang telah mencapai umur matang.

Jika mengikut pro, sukatan yang pelet yang  dicadangkan adalah seperti berikut;

 

Berat Arnab

Dalam Pounds

 

 

1 Tahun Kebawah

( Tahap Pembesaran )

 

1 Tahun keatas

( Arnab Matang)

 

1-3

Tanpa Had

1/8 cawan

4-7

Tanpa Had

¼ ke 1/3 cawan

8-10

Tanpa Had

1/3 ke ½  cawan

10+

Tanpa Had

¾  cawan

*** Jadual tersebut berdasarkan sukatan yang dicadangkan oleh OXbow Hay Company  

Bagi Lb pula, Lb memberikan lebih kurang 1/2 cawan kepada setiap arnab LB setiap hari. Ini bergantung juga kepada cuaca, jika musim hujan jumlah ini mungkin bertambah. Disamping itu Hay adalah penting didalam rabittry Lb. Lb memberikan ekses hay yang berterusan kepada arnab LB. Bagi diet sayuran segar, Celery dan Bok Choy menjadi pilihan LB. Kadar yang diberikan adalah 1/2 cawan bagi setiap arnab dan diberikan berselang hari dan berjadual. Capuran bijirin seperti Oat dan barli juga diberikan selang sehari sebanyak 1 sudu kecil juga berselang hari. Pada hujung minggu arnab arnab LB akan diberikan 1/4 buah buahan sama ada betik, nenas, apple ( dibuang tangkai biji dan dikupas kulit) atau melon.

Harus diingat sukatan diet yang Lb berikan adalah kepada arnab Lb yang matang, dan bukan untuk arnab yang sedang membesar, bunting atau menyusukan. Bagi arnab yang berumur 6 bulan kebawah Lb hanya memberikan diet pelet dan Hay Alfalfa tanpa had, dan tidak memberikan sayur sayuran, bijirin dan juga buah buahan. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih muda.

Budget.   

Sekarang Lb kongsikan BUdget atau peruntukan untuk makanan didalam rabbitry LB dalam sebulan.

Kiraan ini adalah bagi pemakanan 3 ekor arnab dalam Rabittry LB

Item

RM

Nota

Pellet

( BUnny Basic/T)

10lb ( >5kg)   

55.90

LB hanya mengunakan

> 1beg sahaja sebulan

Hay

Alfalfa/Timorty (2kg)

42.00

 

Sayur-

Sayuran

15.00

Anggaran RM4 seminggu

Buah

Buahan

4.00

Diberi pada hujung minggu anggara harga sepotong Betik RM1.00

Bijirin

Oat dan Barli

10.00

 

 

Jumlah

 

 

129.90

 

Purata RM 4.00 sehari untuk 3 ekor arnab LB

Pengambilan jumlah pelet juga berubah mengikut kualiti pelet tersebut.

Jadi, setelah di kira kira, tidak lah begitu banyak budget yang diperlukan, untuk memelihara arnab dengan memberikan makanan yang baik dan berkhasiat. Kenapa Lb mengatakan makanan yang baik dan berkhasiat. Dalam pemakanan arnab dan juga kita manusia, bukan kuantiti yang menentukan tahap kesihatan tetapi kualiti dan khasiat yang masuk kedalam tubuh badan.

25
Feb
09

Ngum..ngum..hari Bonus

Biasanya Lb akan pastikan setiap hari minggu Lb akan berikan sepotong betik kepada setiap rabbit yang ada dalam rabbitry. Tapi memandangkan hari minggu yang lalu Lb sedikit sibuk dan tak berkesempatan untuk membeli betik. Betik pun dah naik harga, kalau dulu satu kilo hanya beberapa sen sahaja dan kalau bernasib baik boleh dapat free aje dari makcik rumah sebelah. heheh.. mungkin Lb boleh tabur biji betik yang Lb dapat dari betik yang Lb beli kat tanah sebarang jalan. Maklumlah rumah sekarang dah lah mahal tanah pun sekangkang anak kera. Jadi nak bercucuk tanam untuk makan sendiri pun takdapat. Kalau nak tanam juga boleh lah tanam dalam pasu. Tapi yang lb maksudkan pokok betik… sebesar manalah agaknya pasu Lb nak cari untuk tanam pokok betik. Jadi sebagai alternatifnya … tanah yang tepi jalan tu lah tempat Lb berjudi… campak aje biji betik tuu.. kalau menang  boleh merasa buah betik free kalau kalah kena lah beli.

ok… hari nie dapatlah Lb beli sepotong betik dari apek yang menjaja dengan menaiki  motor, sepotong RM1.00 …heheh Lb ingat dulu-dulu sepotong baru Rm0.50 , tak pe lah.. kesian juga kat apek tuu cari makan tengah panas.. jerit-jerit panggil costumer untuk beli buah potong-potong. Lb beli 2 potong.. satu untuk Lb dan satu lagi untuk Eclipse , Bb,Koko dan juga Charlyz ( LB jadi rabbit sitter untuk 2 hari).

Lb cadangkan memberi arnab buah buahan seminggu 1-2 kali. Ini bukan sahaja memberi bonus kepada arnab tetapi juga bagus untuk sistem penghadaman mereka. Tapi kalau arnab anda tak mahu makan betik… jangan lah marah .. sebab arnab nie haiwan yang memilih dan mempunyai kegemaran masing-masing. Lb cakap macam nie sebab antara 4 ekor arnab yang diberikan betik harinie…. hanya charlyz yang tak layan pun betik yang Lb berikan. Bila ditanya pada tuan dia.. katanya dia memang tak suka semua buah.

Ayoo… senang lah macam tuu.. jimat belanja kata Lb dalam hati.

Nasihat LB… cuba perkenalkan satu persatu buah-buahan yang ingin diberikan kepada arnab. Ini bukan saja dapat mengenali sikap arnab anda, tetapi juga senang mengenal punca dan sebab sekiranya berlaku cirit birit atau kemurungan yang bersabit dengan GI.
mm…. Buah-buahan dikategerikan sebagai makanan ringan kepada arnab atau pun treat. Jadi seperti kanak kanak berlebihan memberi makanan ringan adalah tidak baik begitu jugalah kepada arnab anda. Masalah seperti berat badan berlebihan adalah menjadi satu masalah yang serius kepada arnab.

Untuk makluman jenis buah buahan lain yang boleh diberikan kepada arnab boleh klik kat sini

Jadi mari mengembirakan arnab kesayangan kita dengan memberi mereka sedikit bonus. Dont you love bonus day. Sebab hari ini hari bonus di dalam rabbitry mini..

 eclipse and papaya

Ok.. stay away… me enjoying my bonus

p2220413

ngum..ngum..ngum.. this is heaven

p2220415

hehehe..not forget KOKO… i love her so much…

 




March 2017
M T W T F S S
« May    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket