12
Mar
09

KoKo ThE Splay LeG Rabbit

Koko adalah arnab pertama Lb. Lb dan keluarga sayangan kan koko. Koko adalah arnab betina yang telah dikembiri. Apa yang istimewa tentang koko adalah kerana dia  mempunyai ‘Splay Leg’.

koko-new

Ini Gambar Koko masa berumur 4 bulan , maaf gambar tak jelas.

Ia adalah kecacatan yang dialami oleh arnab yang mungkin disebabkan oleh genetik atau pun persekitaran. Sekiranya anda mempunyai arnab masalah sebegini, membiak baka adalah tidak digalakan. Ini adalah kerana arnab “splay leg’ membawa gene tersebut dan akan diwarisi generasi yang seterusnya.

pa230268

can you see… even she like that she is adoreable..

Seperti yang Lb katakan tadi masalah ini terjadi disebabkan oleh pembawakan didalam genetik atau persekitaran. Lb telah jelaskan bagaimana ia boleh dibawa melalui genetik. Bagi masalah persekiran pula “Splay Leg’ Mungkin terjadi disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh arnab pada umur yang masih muda. Kecederaan yang dialami misalnya patah atau teseliuh.. mungkin boleh menyebab kecacatan ini berlaku. Selain dari itu, arnab muda yang terdedah kepada lantai solid yang licin juga boleh menjadi punca ianya terjadi.  Dan juga arnab muda yang terlalu gemuk atau obesiti. Ini berlaku kerana kaki arnab tidak dapat menampung berat yang berlebihan tersebut. Oleh itu peka terhadap masalah arnab anda sejak awal.

Jika anda mengetahui masalah ini dihadapi oleh arnab anda sejak usia muda , ia mungkin dapat dirawat walaupun mungkin tidak mendapat kesempurnaan 100% sekurang kurangya ia memberi peluang kepada arnab anda untuk menjadi normal.

“Splay leg’ adalah dimana kaki hadapan atau belakanh atau kedua duanya sekali terbalik, atau terpusing atau tidak pada kedudukan normal seperti arnab yang lain. Seperti arnab arnab lain , arnab yang menghadapi masalah ini akan bergerak aktif dan makan seperti biasa. Walaubagaimana pun kawalan pemakanan dan juga kebersihan harus diambil kira. Ini adalah kerana, sekiranya arnab ‘Splay leg’  ini obesiti ini akan menyebabkan mereka sukar bergerak dan mungkin tidak dapat bergerak , kerana kaki mereka yang lemah tidak dapat menampung berat badan. Kawalan kebersihan juga harus diambil kira, Oleh kerana arana “splay leg” bergerak seolah olah Mop yang menyapu lantai anda tentu boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka. Sentiasa memeriksa dan membersihkan bulu dan punggung arnab anda agar ia bersih dan sihat.

Seperti yang Lb katakan tadi arnab yang megalami masalah ini tetap aktif bergerak seperti arnab lain. Lb kongsikan Koko The superbunny Girl,


2 Responses to “KoKo ThE Splay LeG Rabbit”


  1. March 12, 2009 at 10:08 pm

    Suara kak yan comel! Tapi Koko lagi comel. Especially when she tries to binky. Tapi Koko ni cam sombong plak…mummy panggil pun buat tatau.. Gigit kang baru tau! Hehehehe

  2. 2 munira
    April 21, 2013 at 9:05 pm

    salam , nak tanya saya ada juga arnab yg splay legs nih . mcm mana yer ada tak rawatan yg boleh dilakukan? Arnab saya baru berusia 1 bulan . Sedih tengok dia mcm tuu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: