Archive for the 'Panduan dan Maklumat' Category

28
Oct
09

Pallet Untuk Rabbit ..yang mana satu

Terdapat begitu banyak jenis jenama, warna dan bentuk pallet untuk dipilih oleh pemilik arnab diluar sana. Dan ia juga ada dijual dimana-mana daripada kedai menjual haiwan peliharaan sehingga lah ke pasaraya pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan juga Tesco. Ada juga beberapa eshop yang menjual keperluan pemakanan ini secara online, bagi memudahkan lagi pemilik. Persoalan yang sering ditanya adalah yang mana lebih baik. Adakah yang mahal lebih baik daripada yang murah. Susah juga untuk difikirkan. Ini adalah kerana tidak semua arnab mempunyai selera dan juga keperluan nutrien yang sama.

Bagi LB apa yang penting adalah kita mengetahui keperluan asas dalam pemakanan arnab iaitu mempunya peratusan fiber atau serat yang banyak. Bagi kebanyakan penternak arnab pemakanan yang baik adalah dengan memberi hay. Tetapi bagi kebanyakan pemilik arnab sekarang pemberian pallet adalah yang termudah dan tidak bersepah sepah.

Basic yang anda perlu tahu bagi memilih pallet yang baik adalah mudah, lihat saja pada maklumat nutrien yang dicatatkan dibelakang pembungkus. Biasanya catatan tersebut memang terdapat pada pack pembungkus.

 Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan. 

PO%20Rabbit%20Feed_n  Pro Optimum Rabbit Pellets 1kg/3kg/9kg (RM22.00-RM105) For the Nutrient Fact you can

Click here ChubbyPetGarden.comoxbow-bunny-basics

OxBow Bunny Basic/T 10lbs/5lbs 9 (Rm 34.00-Rm63.00)  ProHRabbit%205lbs_n

 KAYTEE Forti Diet Pro Health Rabbit 5lbs (RM35.00)

HA%20-%201154%20Hagen%20Rabbit%20Pellets%205lbs_l

Hagen Rabbit Pallet ( ada dijual online,Giant Hypermart,TESCO dll) RM 12-RM25.00

 

 

 

 

 

13
May
09

Mari cerita Pasal Hay.

Sebagai pemilik arnab, adalah menjadi tanggungjawab LB bagi memberikan makanan yang terbaik kepada arnab dalam jagaan LB. Pallet yang berkualiti dan berkhasiat, air yang bersih dan ditukar kerap, sayur sayuran hijau yang segar dan dibasuh bersih, buah buahan yang tidak rosak dan juga Hay yang segar dan wangi.

Bagi mendapatkan hay yang hijau dan kurang habuk, dengan cuaca kita di Malaysia nie teramatlah susahnya nak dapat yang betul betul cantik. Biasanya Lb akan beli Hay melalui Online. Ada berbagai jenama dipasaran. Dan kebanyakan nya memang diimport dari luar negara. Ada yang memang siap dipack macam Oxbow Hay, American Pet Doc Hay, Alfalfa King dan Kaytee ( ini sahaja yang Lb tahu). Dan ada juga yang repack di Malaysia dan setakat ini LB rasa Hay yang di repack seperti Sun Cure Hay dari ChubbyPetGarden adalah yang terbaik setakat ini.

Lb mengatakan Hay yang repack terbaik adalah kerana dari pengalaman LB sendiri. Ada beberapa kali kononya LB ingin mencuba hay daripada nama nama gergasi dalam mengeluarkan Hay di seluruh negara. Macam Lb katakan Lb bertanggungjawab memberi yang terbaik. MUngkin dalam membeli Hay adalah lebih baik kita walk in shoping ini adalah kerana kita boleh melihat sendiri keadaan hay tersebut, samada berbau wangi , hijau dan kurang berhabuk. 

Tapi memandangkan Lb nie duduk dalam hutan Simpan, jadi Online lah yang termudah. Selama membeli belah dengan online nie, yang kurang puas hati hanyalah condition Hay. Kerap terjadi LB menerima hay yang kurang berkualiti, dan biasanya hay yang kurang berkualiti ini adalah hay yang telah sedia di pack seperti. Bagi Lb harganya agak tinggi berbanding dengan kualitinya. Jika dibandingkan hay siap dipack berharga RM20++ dengan hay yang di repack berharga RM11.00 , hay berharga RM11.00 dan direpack adalah lebih baik.

Maksud Lb bukan tidak boleh beli secara online. TEtapi jangan dipandangkan jenama GERGASI ketiga membeli Hay, kualiti adalah yang terbaik. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk. Bagi pengalaman LB yang membeli Hay secara online. Hay yang baik akan meghasilkan bau yang harum, sebaik kotak atau bungkusan diserahkan oleh pihak pos. Dan apabila dibuka hau harum hay tersebut akan memenuhi ruang rumah.  Jika anda nak tahu hay bagus atau tak, mintalah QC anda memeriksanya. Nak tahu siapa yang cukup arif tentang Hay, tak lain dan tak bukan arnab anda sendiri. Arnab amat bijak, dalam memilih pallet dan Hay yang bagus. Anda boleh cuba beri sedikit hay tersebut jika ia hanya menghidu dan lari, memang sah hay tersebut tidak cantik, dan jika ia memakannya terus sebaik menciumnya itu tentunya hay yang cantik.

QH%20-%20APD001%20APD%20Timothy%20High%20Fibre%20Hay%20Minibale%2010oz_nP5080009

Lb.. Order Ini…… tapi yang sampai yang sebelah tuu… nama dan jenama yang sama .. Tapi sama tapi tak serupa.. confuse..

 

P5080004 

LB tak pasti kenapa ada 1 pack repack sampai dengan Hay yang ready pack… ada harga tau RM11.00

P5080006 P5080007

Sekarang Lb faham kenapa Lb dapat Extra Repack Hay… nampak apa LB Maksudkan.. Jenama bukan segalanya.. kualiti mahu ada.. 

Satu lagi masalah dengan membeli Online adalah lain yang diorder lain pula yang sampai. Ini amatlah tidak sesuai bagi mereka yang cerewet. Bagi Lb senang saja kalau berhadapan dengan masalah ini. Black listed sahaja E-shop tersebut.

Kesimpulannya, Lb hanya menharapkan pemilik pemilik, atau tauke tauke E-shop ini lebih bertanggungjawab dengan barang yang mereka jual didalam eshop. Dan memberikan maklumat yang sebenar mengenai product yang mereka niagakan. Kerana samada pelanggan membeli secara online atau walk in kami tetap pengguna dan kami mempunyai hak kerana apa yang kami bayar adalah sama. Dan tidak kurang walau 1 sen pun. Memandangkan Lb bukanlah Cerewet tidak apa, tapi jika terdapat pelanggan yang cerewet.Bagaimana ?? ini tentu mengangu perniagaan anda.

03
May
09

Bedding dan Jangkitan Pada Hati

Litter atau Bedding adalah merupakan suatu  bahan yang sering digunakan bagi menyerap cecair daripada sistem buangan arnab dan ia juga berfungsi bagi mengurangkan bau yang kurang meyenangkan yang dihasilkan daripada urine atau air kencing haiwan. Ia biasa ditempatkan didalam LittleBox , didalam talam plastik yang biasa ditelakan dibawah sangkar atau di dalam bekas pemgumpulan sisa buangan.

Bahan litter/Bedding yang digunakan biasanya bersifat mudah menyerap , mudah dikendalikan dan juga senang didapati. Beding yang biasa terdapat dipasaran biasanya dibuat daripada habuk kayu, kertas kitar semula, pasir dan juga lain lain bahan seperti pasir silikon. Dari segi harga pula ia boleh didapati daro RM 10.00 sehingga RM 150.00.  Jika ingin dikatakan yang mana lebih baik ia terpulang kepada pendapat masing masing.

Tetapi kita sebagai pemilik arnab harus mengetahui bahawa tidak semua bedding yang terdapat dipasaran adalah selamat. Ia mungkin bagus untuk anjing , kucing dan haiwan lain tetapi tidak bermakna ia selamat untuk arnab. Ini adalah kerana terdapat sesetengah bedding boleh mendatangkan masalah ganguan pada sistem hati arnab.  Ada juga yang boleh menyebabkan GI dan juga obesiti ini terjadi sekiranya arnab memakan Bedding tersebut.

Bedding dari kayu Cedar dan pine adalah yang paling popular, terutama bagi yang memelihara Hamster. Ia bukan sahaja sangat mudah didapati tetapi juga sangat murah. Ia sangat baik dari segi serapan dan pengawalan bau urine. Dengan kemajuan hari ini bedding daripada kayu cedar dan pine ini juga telah dipelbagaikan dengan haruman seperti Lavender dan apple. Malangnya, bahan ini adalah berkemungkinan besar boleh mendatangkan alahan dan juga ganguan kepada sistem hati kepada arnab. Alahan yang dialami biasanya menyebabkan arnab sering bersin, batuk dan mata berair. Dan bagi kesan jangka masa panjang, bau dan habuk yang dihasilkan oleh bedding dari bahan cedar dan pine (yang mana mengandungi phenol atau toxin apabila sering dihidu oleh arnab melalui paru paru memasuki darah dan akhirnya menyebabkan ganguan kepada hati dan  kegagalan hati. Yang mana boleh membawa kepada kematian arnab.

Bagi sesetengah arnab, ada yang gemar memakan bahan bedding terutama jika ia berasaskan kertas, kayu dan juga pasir. Ini boleh menyebabkan GI atau GastroIntestinal Stasis dan juga obesiti.

Berikut adalah Bedding yang terdiri daripada bahan bahan yang berlain,

     
 

 

  DUST ABSORPTION HEALTH HAZARDS DISPOSAL
Paper Pulp Low Good None observed Can be flushed, bagged or composted
Dry Grass Pellets Low Good None observed Can be flushed, bagged or composted
Generic Clay High Good Irritating to eyes and respiratory tract Heavy. Unsuitable for garden compost
Dustless Clay Low Good Irritating to GI tract if swallowed Heavy. Unsuitable for garden compost
Shredded Paper Low Fair Excessive ingestion may cause blockage Can be bagged for disposal service
Corn Cob Medium Fair Fungal spores may cause mold, can cause fatal blockages if ingested Can be composted for garden
Straw High Poor None (unless allowed to mold) Bulky but light. Can be composted
Pine Shavings High Good Phenols may cause liver damage Can be composted
Cedar Chips Medium Fair Phenols may cause liver damage Use as mulch around trees & shrubs
Chemical Sand Medium Good Causes deadly blockages in GI tract when ingested. Can be flushed
Peat Moss Medium Fair High in nitrogen (swallowing unlikely) Can be added directly to garden soil
Compressed sawdust pellets Low Good to Excellent None observed. Can be bagged or composted.
Silica-gel litters Medium Good Toxic if eaten; must be placed where rabbits can’t eat. Must be bagged for disposal service.
Pectin-based litters low Good will cause GI problems or obesity if eaten to excess. Will not hold down bacterial growth. Can be bagged or composted.
oat-hull litters low good will cause obesity of eaten to excess. Will not hold down bacterial growth. Can be bagged or composted.

 Walauapa pun beding yang digunakan, pastikan arnab anda tidak terlalu hampir dengannya sehingga ia boleh makan dan bermain dengan bedding tersebut. Sekiranya mengunakan beding dari bahan Cedar atau Pine pastikan ia mempunyai aliran udara yang baik, bagi mengelakan ia menjadi alahan dan juga masalah kepada arnab anda.

 

newbag_nbreedercelect-large_n1

 

 Beding… pastikan ia selamat digunakan… WoodyPet dan Breeder Celect praktikal dan selamat- ChubbyPetgarden.com

24
Apr
09

Fokus Hari Ini : Arnab DAn Cirit Birit / DiarrhoeA

Baiklah hari ini LB membuka Tajuk Fokus Hari Ini. Tajuk yang dimulakan dengan Fokus Hari Ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada LB. Harus diingat LB bukan pakat veterinar, tetapi apa yang Lb tulis berpandukan pengalaman Lb , rakan rakan Lb dan juga rujukan pembacaan. LB kumpulkan disini dan berharap agar ramai yang mendapat sedikit sebanyak panduan.

Memandangakan banyak email dan pertanyaan diruangan komen berkenaan masalah cirit birit pada arnab. LB akan fokuskan berkenaan masalah ini. Walaupun Lb ada menulis berkenaan masalah ini didalam POst Arnab Dan Masalah Najis, tetapi Lb merasakan masih ada yang kurang. Dan kepada pembaca dan juga sesiapa yang mempunyai pengalaman bagaimana menangani masalah ini boleh kongsikan di sini dengan LB dan semua.

 

Punca Punca

Seperti yang Lb sering katakan peka kepada masalah arnab anda. Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

Arnab muda

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

Diet & Pemakanan

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbihidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

Pemberian Ubat Ubatan

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding  jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

Stress

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

Jangkitan

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.  

Sintom Sintom

 

  1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

 

Mengelakan dari berlaku;

Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;

  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat  paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

 Apa Perlu Dilakukan;

  1. Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat;  atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. 
  8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. 
  9. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 
  10. Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
  11. Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.  
18
Apr
09

Malocclusion – Masalah gigi serius pada arnab

Arnab adalah dari keluarga herbivor, bermakna ia mengambil sumber makanan dan nutrien daripada tumbuh tumbuhan. Rumput, dedaun dan sesetengah tumbuhan ini berstruktur keras, untuk ini gigi arnab hendaklah kuat untuk menguyah dan mematahkan sirat keras tersebut. Seperti kuda , arnab liar menghabiskan banyak masa dengan makan, bagi mengekalkan nutrien dari tumbuhan. Dengan keadaan ini gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan tampak henti. Semasa proses pengambilan makanan, tindakan seperti mematahkan , memotong dan menguyah makanan ini dapat membentuk gigi arnab.Kadar pertumbuhan gigi arnab juga adalah berlain bagi setiap batang giginya. Jadi ia tidak sama dan sempurna, dan jika tidak dibentuk ia menimbulan masalah MALOOLUSION dimana gigi tidak sama dan tidak dalam keadaan sempurna.

Sesetengah arnab dilahirkan dengan gigi tidak sempurna, seperti gigi terlalu pendek atau panjang atau tidak sekata. Arnab ini memerlukan pemeriksaan gigi yang kerap  dan dalam sesetangah kes arnab tidak dapat hidup dengan normal. Arnab yang lahir dengan gigi normal akan menghadapi masalah ini jika terdapat trauma. Misalnya tercedera oleh gigitan anjing atau terjatuh yang menyebabkan gigi patah. Tapi bagi kebanyakan kes MALOOCLUSION terjadi akibat dari kekurang serat didalam pemakanan.

 KEDUDUKAN GIGI ARNAB YANG NORMAL

tooth_pic_12tooth_pic_2

 

MASALAH KEDUDUKAN GIGI TIDAK NORMAL

1. Malocclusion dan bertumbuhan gigi kacip yang terlalu panjang.

  tooth_pic_3

 2. Tajam pada sudut dalam atau luar gigi geraham bawah atau bawa. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada lidah arnab, boleh jika serius boleh memotong lidah. Bagi kes gigi geraham atas ia boleh mencederakan  dalam  pipi dan menyebabkan bengkak bernanah.

  tooth_pic_4

 3. Masalah gigi Maloccluded pada geraham adalah kerana gigi tidak tumbuh sempurna dan terus tumbuh panjang. Agar gigi menjadi panjang dan tirus dan jauh masuk kedalam rahang atas dan bawah, menyebabkan tulang bengkak dan bernanah.

tooth_pic_5

4. Akar gigi atas menekan terus duktus/salur air mata dan menyebabkan mata arnab sentiasa berair dan tahi mata terhasil.

tooth_pic_6

 

TANDA TANDA YANG KELIHATAN

percaya atau tidak pada peringkat awal tiada tanda tanda yang menunjukan arnab bermasalah sehinggalah arnab mengalami sintom berikut;

  • hilang selera makan, dan turun berat badan
  • terdapat air liur atau terdapat sisa makanan terlekat pada dagu, bibir dan juga kaki hadapan
  • tidak mahu memakan makan yang agak keras dan hanya memilih yang lembut, misalnya hanya mengambil sayuran dan meninggalkan Hay dan palet
  • nafas yang berbau
  • terdapat bojolan di pipi dibawah mata
  • bojolan pada rahang bawah mulanya kecil dan boleh menjadi besar
  • terdapat kotoran pada pipi atau dagu atau bahagian rahang bawah
  • gigi kacip yang tidak sekata (angkat sedikit bibir untuk periksa). Jika terdapat masalah ini, berkemungkinan gigi geraham juga tidak normal.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

bawalah berjumpa veterinar yang umum mengenai masalah arnab. Biasanya X-ray diperlukan setiap kali kerana masalah ini berlaku memandangkan arnab bukanlah haiwan yang tenang. Dan bagi merawat masalah ini arnab biasanya diarawat dalam keadaan ANESTHESIA atau tidak sedarkan diri. Dan penahan sakit juga adalah salah satu yang perlu bagi merawat masalah ini.

BIasanya jika tidak serius vet akan memotong gigi yang tidak normal tersebut. dan ini biasanya perlu diulangan setiap bulan kerana gigi akan tetap tumbuh. Dam masalah akan berterusan sepanjang hayat arnab tersebut. Rawatan seperti membuang terus gigi yang bermasalah juga mungkin akan dicadangkan oleh veterinar begantung kepada kes. Berbincanglah dengan veterinar anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk arnab anda.

Apa yang harus diingat arnab anda tidak akan menjadi 100% normal dan masih memerlukan pemeriksaan sepanjang hayatnya. Dan jika tampa rawatan akan menyebabkan masalah yang lebih buruk dan kesakitan dan kesensaraan kepada arnab anda.

trim

Trim.. rawatan yang biasa dilakukan oleh Veterinar terhadap masalah  Maloccluded

09
Apr
09

Belajar bahasa arnab

spaceball2Adakah anda tahu apa yang cuba disampaikan oleh haiwan comel ini apabila ia mengesel gesel hidungnya?  atau menghentakan kaki mereka?

sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB 

  1. Mengerik  gigi yang lembut – Bermakna arnab anda HAppy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
  2. Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
  3. Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
  4. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
  5. menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
  6. Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
  7. Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
  8. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
  9. Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
  10. mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
  11. makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
  12.  menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
  13. berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
  14. menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba – minta perhatian
  15. cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
  16. jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
  17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
  18. Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
  19. arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
  20. Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia  untuk megawan
  21. Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
  22. Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
  23. Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
  24. Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
  25. terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
  26. perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Kalau ada sesiapa yang membaca post LB nie , ada lagi yang dirasakan boleh ditambah.. jangan malu malu tulis aje kat comment kat bawah tuu….

Enjoy your Pet Bunny…

06
Apr
09

Holland Lop DQs – diqualifications

Didalam setiap pertandingan pasti terdapat beberapa syarat pertandingan yang harus diikut oleh setiap peserta. Dan jika tidak menepati syarat tersebut maka secara outomatik penyertaan dibatalkan. Dan tidak layak untuk dipertandingkan. Ia dipanggil  DISQUALIFIED. Sebelum ini Lb ada menulis berkenaan SOP ( Standard Of Perfection) didalam post bertajuk Holland Lop Standard Pertandingan. Dan disitu Lb nyakan semua ciri ciri yang perlu ada Holland Lop Show kualiti. Tapi bukan semua sempurna 100%, dan ini tidak bermakna arnab ada tidak layak atau DQ dari pertandingan. Kekurangan ini dipanggil FAULTS dimana arnab anda masih boleh dipertandingkan cuma mendapat mata yang kurang.

Didalam Holland Lop Show ada beberapa faktor yang membolehkan arnab anda mendapat DQs daripada juri juri. Setelah membuat pembacaan dan rujukan, LB kategorikan DQs kepada 2 class. Iaitu DQs asas atau Basic dan satu lagi sebagai DQs mengikut class pertandingan. Apakah faktor faktor tersebut, mari Lb ceritakan.

 

 

Holland Lop DQs Asas atau Basic – Ini adalah yang biasa dan yang pertama sekali dilihat oleh Juri diatas meja Show

  1. arnab yang mempunyai telinga  “Helicopter”  mempunyai masalah imbangan (ear control)
  2. Malocclusion ( gigi bermasalah)
  3. Cataracts ( mempunyai selaput mata)
  4. Luka ditapak dan jari kaki ( akibat dari Hutch Burn dan Sore Hock)
  5. Split Penis
  6. Lebih atau Kurang Berat badan didalam Class yang dipertandingkan
  7. Arnab yang mengalami masalah kesihatan
  8. Arnab betina yang sedang bunting
  9. Arnab yang mengalami masalah Kutu Telinga, hama dan sebagainya
  10. Mendaftarkan arnab di Class pertandingan yang salah
  11. Tattoo telinga arnab tidak  jelas ( tidak di Malaysia) 
  12. Struktur Ekor yang tidak betul ( Screw Tail)
  13. Dewlaps

Holland Lop DQs mengikut Class dan kategori ( tetapi tidak digunapakai di Malaysia)

  1. Kuku Putih dalam kategori Solid Colour
  2. Kekurangan 10%  tanda atau Tompok warna pada keliling mata, Telinga dan  hidung “Butterfly mark”  dalam kategori Broken Colour
  3. Terdapat bulu yang berlainan warna atau putih dalam kategori Solid Colour
  4.  Mempunyai mata yang yang berlainan warna mengikut Class
  5. Class Agouti DQs- Garisan warna yang tidak baik,  warna dasar putih bagi Opals
  6. Pointed White DQ – Tiada Tompok, warna putih pada tompok warna
  7.  Shaded DQ – Tort dengan bulu berwarna putih di perut

 Memandangkan DQs ini adalah ditentukan oleh juri maka, jika juri memberi DQs kepada arnab anda, tanya dan catatkan DQs tersebut.

05
Apr
09

Holland Lop Standard Pertandingan

Dalam post Lb semalam LB ada menulis berkenaan markah markah yang diberikan oleh Juri Juri dalam menilai Holland Lop. Hari ini LB akak kongsikan bagaimana Holland Lop anda boleh mencapai tahap SHOW atau pertandingan.

 Struktur Badan – 32 markah

Nilai markah struktur badan, adalah yang paling besar jumlahnya daripada markah keseluruhan. Ia mengambil 32 markah daripada 100% atau 84% daripada markah keseluruhan. Bagi mendapat markah yang baik. Susuk tubuh Holland Lop keseluruhannya seharusnya pendek, berisi atau besar. Kelebaran bahu dan dada hendaklah lebar dan kompak. Lebar bahu Holland Lop hendaklah berkedudukan rapat dengan Hindquarter. Lebar Hindquarter hendak berukuran kurang atau sama tetapi tidak lebih daripada lebar bahu. Hindquater hendaklah kelihatan bantut atau pendek yang berisi bukan gemuk. Ia kelihatan bulat jika dilihat dari belakang seperti Buah Oren  yang dilekatkan pada sebiji Tembikai susu. Holland Lop yang cantik… mempunyai badan yang kecil dan bulat, berotot . kompak dan mempunyai badan yang seimbang dari segi lebar, panjang dan tinggi.

wellfilledchestwidthofshoulder

cara melihat kelebaran Holland Lop

2to1ratio

  

 

 

 

 

 

Cara melihat panjang SHOW Holland Lop

Struktur Tulang dan Kaki – 10 markah

 Kaki hendaklah pendek, lebar, lurus dan mempunyai struktur tulang yang baik. Bagi penilaian Broken Colour, warna kuku yang biasa adalah putih. Walaubagaimana Holland Lop Broken Colour dengan warna kuku yang berbeza serta tidak sama masih layak untuk menyertai Show. Berbanding dengan Kategori Solid warna kuku yang berbeza, boleh membatalkan penyertaan secara automatik.

 hlemmitt2-375x327

 Cara paling mudah untuk melihat struktur tulang yang baik adalah dengan melihat kaki hadapan, Ia kelihatan besar dan pendek serta lurus apabila digandingkan dengan saiz Holland Lop

 Kepala – 24 markah

Apabila dilihat dari hadapan, ia mempunyai kelebaran yang baik dan sangat kecil dan berisi dan montel.Kedudukan mata dan hidung juga seimbang. Apabila dilihat dari sisi, kepala akan kelihatan agak bulat dengan muka yang terpenyek atau Flat. Mempunyai mata yang bulat dan penuh. Kepala kelihatan besar dan berisi dan terletak tinggi serta rapat dekan bahu.

equallateraltrianglecasperforheadpage

 Telinga – 10 markah

Telinga hendaklah betul betul jatuh/lop dikedua dua belah kepala. Telinga juga harus menunjukan kekuatan kepada Crown. Telinga hendaklah jatuh rapat kepipi dengan permukaan terbukanya mengadap kepala atau kedalam. Apabila dilihat dari hadapan garis luar telinga dan Crown ia kelihatan seperti ladam kuda. Telinga juga hendaklah tebal, berbulu penuh, lebar dan bulat dihujungnya. Telinga juga hendaklah rapat dengan kedudukan mata dan panjang tidak  melebihi 1inci dari rahang.

  lengthofear2

telinga hendaklah rapat dengan mata, dan tidak lebih 1 inci panjang dari rahang. Ia juga lebar dan bulat di hujung. 

Crown – 8 markah

Crown tidaklah memberi markah yang banyak kepada Holland Lop. Tetapi Crown yang tidak baik boleh mengangu penampilan Holland Lop keseluruhannya. Ini adalah kerana Crown berfungsi mengimbangi kedudukan telinga. Crown terhasil daripada kedudukan tulang lembut yang berada diatas kepala. Ini membuatkan  bulu yang tumbuh diatas kepala Holland Lop kelihatan seperti mahkota atau Crown. Crown yang cantik meliputi dari atas mata terus ke atas kepada dan berakhir di atas mata yang bersebelahan. Ia seharunya betul betul berada di atas kepala dan tidak terlalu jauh kebelakang , ini kerana ini memberi impak kepada kedudukan telinga.

crown

kedudukan Crown yang betul

 catoslipped

Kedudukan Crown yang jauh membuat kedudukan telinga dan mata jauh

Struktur Bulu – 7 markah

Bulu hendaklah bersih, sekata, berkilat dan gebu. Panjang bulu hendak lah tidak kurang dari 1 inci. Ia juga harus kembali ke keadaan asal apabila di usap kearah bertentangan. Kulit arnab juga hendaklah bersih dari sebarang jangkitan dan juga luka.

Keadaan Arnab (Kesihatan) – 5 markah

Arnab hendaklah sihat dan ceria. Tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus.

Warna – 4 markah

Warna arnab hendaklah warna yang disenaraikan oleh ARBA.

 UNTUK SANTAPAN MINDA… INI DIA  THE CHAMPION

dazzle2toplinesaynoratn1ppde768f01

 

 

 

 

 

04
Apr
09

Menilai Holland Lop… Diatas “SHOW” table

Tentu ramai yang tahu pada bulan Julai nanti akan diadakan pertujukan atau Pertandingan atau lebih glamor dikenali sebagai RABBIT SHOW yang pertama diadakan di Malaysia. Jadi Lb disini ingin berkongsi dengan semua standard markah yang selalu diadili oleh juri juri ARBA untuk arnab Holland Lop. Dan kepada semua Lb menulis ini bukan untuk memperkecil kecilkan arnab yang ada dalam simpanan masing masing tetapi hanya sebagai panduan dan pengetahuan. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Walaupun Show yang bakal diadakan tidaklah segah Show yang diadakan diluar negara, Tapi tidak bermakna kita tidak boleh mempunyai Holland Lop yang setaraf dengan standard yang dikeluarkan oleh ARBA.

Dan Lb percaya, seburuk buruk manapun pembiak baka di Malaysia, pasti mereka mahukan yang terbaik. Jadi sedikit Ilmu Lb kongsikan disini.

Mengikut standard ARBA arnab Holland Lop, dinilai dari berbagai sudut. Dan untuk pengetahuan semua, ArBA mewajibkan semua Arnab yang ingin dipertandingan didaftarkan dengan ARBA dan hanya Arnab yang mempunyai Pedigree dan Pure Breed (baka asli) sahaja yang diterima oleh ARBA. Tidak salah Lb lah… ada sesiapa yang lebih arif boleh menambah didalam petak komen ya.

Holland Lop dinilai seperti berikut;

Penilaian

Markah

Struktur Badan

32

Struktur Tulang

10

Kepala

24

Telinga

10

Crown

8

Struktur Bulu

7

Keadaan Arnab  (Kesihatan)

5

Warna

4

Semasa diatas meja Juri atau Show Table arnab Holland Lop hendak lah berposing atau duduk dalam keduduk seperti sedang duduk dan kaki hadapanya hendaklah tegak dan menampung berat badannya. Seperti berikut.

 hlemmitt2-375x327hlemmitt3-367x328

Dalam setiap pertandingan ARBA yang sebenar terdapat beberapa Class yang dipertandingkan mengikut jantina dan umur arnab, ia adalah seperti berikut;

SHOWROOM CLASSES & WEIGHTS

Senior Bucks and Does6 months of age & over, weight not over 4 pounds

Junior Bucks & DoesUnder 6 months of age.  Minimum weight 2 pounds

Dan didalam setiap class jantina dan umur terdapat  2 lagi katagori  yang dipertandingkan iaitu Solid Pattern dan juga Broken Pattern.

Dalam setiap pertandingan terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan sesuatu penyertaan itu dibatalkan dan juga tidak layak disertai. ( Ini Lb akan Tuliskan dalam Post Lb yg akan datang)

Tentu ramai diantara pembaca nak tahu, apa yang direbutkan didalam pertandingan ini. Mengikut maklumat yang LB perolehi bukan wang yang beribu ribu hadiahnya (jika ada ia hanya sekadar saguhati), tetapi hanya Trofi atau piala, Ribbon yang besar dan juga sijil yang menyatakan kemenangan yang mana direkod oleh ARBA. Dan TITTLE  ini boleh ditulis didalam Pedigree. Selain itu kejuaraan ini juga mengangkat nama sesebuah Rabbitry.

 Apakah Tittle yang dikatakan LB…. ??  ia adalah seperti berikut. Lb melampirkannya didalam Bahasa Ingeris ini adalah kerana, ia adalah bahasa Inggeris mudah, dan jika Di Alih Suara oleh Lb ia akan menjadi sukar. Jadi LB membiarkan kan mudah menjadi mudah dan senang difahami.

Definitions

BIS

Best In Show – Judged as the best rabbit in the rabbit show.  BIS may be chosen by comparing all the BOB winners.

BOB

Best of Breed – Judged the best rabbit of that breed.

BOS

Best Opposite Sex – Judged the best of the opposite sex of the BOB
rabbit. For example, if a doe wins BOB, then the judge will choose the
best buck for the BOS.

BOV

Best Of Variety – The rabbit judged best of its variety. “Variety” is the same as “color” in most breeds. Some breeds only come in one color, and BOV does not apply.  The Lop breeds are designated in two varieties – solid and broken.

BOSV

Best Opposite Sex of Variety – Judged the best rabbit of the opposite sex of the BOV rabbit.

Leg

An official certificate issued by a Show Secretary, designating a certain win. In all cases, a leg will only be issued if there are at least 5 rabbits competing for that particular win, with at least 3 breeders of those rabbits. A “Leg” may be awarded for First Place in a class, BOB, BOS, BOV, BOSV, BOG, BOSG, or BIS. A rabbit can only get one Leg per show.

Grand Champion

A rabbit who has won at least three “Leg” papers (under at least 2
different ARBA judges, and with at least one win as an intermediate or senior), is registered, and has obtained a Grand Champion Certificate, with a Grand Champion number, from ARBA.

Jadi untuk Rabbit Show yang pertama kali diadakan diMalaysia ni Tittle nya mungkin sama, tetapi tidak boleh digunapakai diatas pedigree. Yang mana tidak boleh digunakan di serata dunia. Selepas post ini nanti LB akak tuliskan pula Standard Holland Lop yang yang membolehkan mendapat markah yang tinggi.

Jadi pada semua. tepuk dada tanya selera, jika anda rasa arnab anda sudah bersedia, sertailah Rabbit Show pada bulan Julai nanti..

28
Mar
09

Arnab Kuat Makan Ke??

Baru baru ni, Lb ada masuk satu forum. Dalam forum tu ada satu tread yang bertajuk Susah Tak Nak Jaga Pet? . Dalam tuu ada soalan , mana senang nak dijaga, Ikan atau Arnab? bagi Lb untuk soalan nie jawapanya senang aje, kalau kita suka sesuatu haiwan tuu, untuk dijaga memang senang. Kalau tak suka memang jadi susah. Dan juga kita kenalah rajin, ya lah nak mencuci najis, nak bagi makan dan sebagainya. Kalau malas dan sekadar nak cakap “EH, aku pun ada Pet juga”… tak bolehlah sebab bukan apa kesian dengan haiwan tu.

Kemudian di dalam tread itu juga timbul satu kenyataan , oleh salah seorang forumer. Kenyataan itu adalah ” saya suka dengan arnab, comel boleh dibelai belai, tapi ARNAB NIE KUAT MAKAN….”  emmm.. betul ke arnab kuat makan. Jadi Lb kat sini cuba kongsi berkenaan jumlah yang cukup untuk arnab. Sebenarnya arnab bukanlah kuat makan, tetapi kemar mengunyah. Ini adalah bertujuan mengasah giginya. Kenapa? kerana gigi arnab tidak ada tempoh matang, dan ia sentiasa membesar dan menjadi panjang. Dan jika ini berlaku ia tidak baik untuk kesihatan arnab tersebut.

Seperti manusia, kuantiti makanan yang diambil oleh arnab bergantung kepada saiz badan, jantina dan juga umur. Jika arnab berbaka besar, sedang dalam peringkat pertumbuhan, bunting atau menyusukan kuantiti makanan adalah besar. Dan kalau sebaliknya jumlah pengambilan juga sedikit. Faktor persekitaran juga adalah salah satu faktor, jika arnab yang dikurung didalam sangkar yang kecil, dipercayai arnab akan kuat makan. Jadi jika arnab anda dikurung didalam sangkar bekalkan blok kayu, hay  atau permainan untuknya. Kerana arnab yang bosan hanya akan mengabiskan masanya dengan makan, makan dan makan.

Didalam rabbitry kecil, diet yang Lb amalkan adalah Oxbow Pellet, Hay , sayuran dan sesekali Buah dan bijirin organik sebagai makanan ringan dan tambahan. Untuk mengetahui DiEt yang baik untuk arnab dah Lb catatkan didalam Page Penjagaan Asas. Didalam Rabittry mini Lb terdapat 3 ekor Arnab yang telah mencapai umur matang.

Jika mengikut pro, sukatan yang pelet yang  dicadangkan adalah seperti berikut;

 

Berat Arnab

Dalam Pounds

 

 

1 Tahun Kebawah

( Tahap Pembesaran )

 

1 Tahun keatas

( Arnab Matang)

 

1-3

Tanpa Had

1/8 cawan

4-7

Tanpa Had

¼ ke 1/3 cawan

8-10

Tanpa Had

1/3 ke ½  cawan

10+

Tanpa Had

¾  cawan

*** Jadual tersebut berdasarkan sukatan yang dicadangkan oleh OXbow Hay Company  

Bagi Lb pula, Lb memberikan lebih kurang 1/2 cawan kepada setiap arnab LB setiap hari. Ini bergantung juga kepada cuaca, jika musim hujan jumlah ini mungkin bertambah. Disamping itu Hay adalah penting didalam rabittry Lb. Lb memberikan ekses hay yang berterusan kepada arnab LB. Bagi diet sayuran segar, Celery dan Bok Choy menjadi pilihan LB. Kadar yang diberikan adalah 1/2 cawan bagi setiap arnab dan diberikan berselang hari dan berjadual. Capuran bijirin seperti Oat dan barli juga diberikan selang sehari sebanyak 1 sudu kecil juga berselang hari. Pada hujung minggu arnab arnab LB akan diberikan 1/4 buah buahan sama ada betik, nenas, apple ( dibuang tangkai biji dan dikupas kulit) atau melon.

Harus diingat sukatan diet yang Lb berikan adalah kepada arnab Lb yang matang, dan bukan untuk arnab yang sedang membesar, bunting atau menyusukan. Bagi arnab yang berumur 6 bulan kebawah Lb hanya memberikan diet pelet dan Hay Alfalfa tanpa had, dan tidak memberikan sayur sayuran, bijirin dan juga buah buahan. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih muda.

Budget.   

Sekarang Lb kongsikan BUdget atau peruntukan untuk makanan didalam rabbitry LB dalam sebulan.

Kiraan ini adalah bagi pemakanan 3 ekor arnab dalam Rabittry LB

Item

RM

Nota

Pellet

( BUnny Basic/T)

10lb ( >5kg)   

55.90

LB hanya mengunakan

> 1beg sahaja sebulan

Hay

Alfalfa/Timorty (2kg)

42.00

 

Sayur-

Sayuran

15.00

Anggaran RM4 seminggu

Buah

Buahan

4.00

Diberi pada hujung minggu anggara harga sepotong Betik RM1.00

Bijirin

Oat dan Barli

10.00

 

 

Jumlah

 

 

129.90

 

Purata RM 4.00 sehari untuk 3 ekor arnab LB

Pengambilan jumlah pelet juga berubah mengikut kualiti pelet tersebut.

Jadi, setelah di kira kira, tidak lah begitu banyak budget yang diperlukan, untuk memelihara arnab dengan memberikan makanan yang baik dan berkhasiat. Kenapa Lb mengatakan makanan yang baik dan berkhasiat. Dalam pemakanan arnab dan juga kita manusia, bukan kuantiti yang menentukan tahap kesihatan tetapi kualiti dan khasiat yang masuk kedalam tubuh badan.




April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket