Baiklah, jangan terkejut, tapi sebenarnya Lb yang terkejut. Pagi nie LB bangun dengan satu projek baru dalam kepala. Tapi, tiba tiba Lb dikejutkan dengan seekor pinky diatas lantai jaring sangkar Blueberry. Yahooo… Lb have a pinky… 1st single pinky. And a very clean and nice one. Ini anak sulong LB Rabbitry dan juga Eclipse. Sebenarnya ini percubaan kedua Lb. Oleh kerana percubaan pertama agak mengecewakan, maka percubaan kedua tidaklah Lb mengharapkan apa apa daripada 1st timer Buck.. Eclipse. Memandangkan saiz Eclipse yang kecil dan comel berbanding Blueberry, dan Eclipse tidak pula menunjukan kepakaran dalam mengambil hati Blueberry.
Memandang kepada Blueberry pula. Dalam percubaan pertama dulu. BB ada juga membuat sarang dari hay tapi ternyata itu hanya False Pregnancy. Dan dalam 3-4 hari yang lepas Lb ada melihat Tingkah laku BB yang berlainan dari biasa iaitu mengumpul Hay. Tapi macam percubaan yang lalu … jadi Lb tak ambil kisah sebab bila dikira hari.. itu seakan False Pregnancy juga.
Tapi semuanya meleset… hari ini Blueberry beranak anak tunggal dan anak sulong kepada Eclipse… walaupun hanya satu… yang penting pinky ini selamat dan Marknya nampak cantik… tak sabar tunggu semua bulunya keluar. Lb bernasib baik kerana pinky ini survive dengan keadaan sejuk pagi ini. Anyway.. Lb Happy sangat… sangat…
Sekarang Enjoy the Picture;

Can you see the Broken Mark.. pinky

What the Colour ??…. can you guess .. mungkin kah Broken Blue..????

and.. now that what I call… cute little baby…..
Recent Comments