Posts Tagged ‘Club

26
Oct
09

JOm kita join… MROC Rock..

mroc logo

 

Haaaa… amacam cute tak Logo tuu.. memang cute. Apa boleh Lb katakan apapun yang melibatkan Rabbit Bunny sure cute miut punya.

Ok.. perhatian dan pengumuman kepada sesiapa yang beminat untuk menjadi ahli Kelab dan Persatuan MROC – atau pun Malaysian Rabbit Owners Club atau pun juga Kelab Pencinta Dan Pemilik Arnab. Keahlian adalah dibuka sekarang. Buat masa ini pendaftaran adalah bercuma memandangkan ia masih lagi didalam perbincangan dan juga pertimbangan. Semua pertanyaan bolehlah di emailkan ke malaysianrabbitownersclub@gmail.com dengan tajuk ” I want to MROC” dan pengerusi kelab akan dengan mesra melayan dan menjawab email anda.

Untuk makluman semua juga MROC telah melancarkan newsletter  yang pertama dalam version PDF dan akan diemailkan kepada semua ahli yang mendaftar sahaja. Tujuan utama kelab adalah mengenalkan dan memberi tunjuk ajar kepada pemilik baru berkenaan penjagaan dan juga megenalkan baka baka arnab yang baik. Tujuan nya juga bagi membolehkan semua pemilik arnab mempunya satu sumber bagi mereka mengadakan pertujukan atau pertandingan Arnab sepertimana yang dicapai oleh Persatuan Pemilik haiwan lain seperti Kucing dan Anjing.

So, apa tunggu lagi.. mohonlah sekarang..

 

mroc1cover

Ini Newsletter MROC yang pertama… hanya ahli mendapat versi yang terang benderang. Terdapat banyak maklumat didalamnya. Credit kepada TLR and the geng yang bertungkuslumus. Salute youguyzz lah.. tabit ..tabit..

24
Feb
09

Malaysia For Quality Rabbit Club (MQRC)

Yup, seperti tajuk post Lb hari nie. Lb nak bercerita tentang Malaysia For Quality Rabbit Club (MQRC)

Malaysia For Quality Rabbit Club, kewujudtan nyer masih baru, dengan bilangan ahli yang masih dibawah minima kami mengaharapkan kelab ini akan berjaya mengumpul ahli seperti kelab- kelab haiwan yang lain , misalnya kucing dan anjing. Seperti juga namanya Malaysia For Quality Rabbit Club ingin ditubuhkan sebagai titik permulaan bagi peminat peminat dan pencinta haiwan comel ini berkongsi pendapat dan juga ilmu dalam dunia arnab ini. Dan juga ingin membuka minda semua yang bertapa pentingnya mengekalkan atau meningkatkan kualiti arnab di Malaysia.

Seperti yang kita tahu dan sedia maklum, kucing dan anjing mempunyai kualiti tertentu di dalam baka terbaik masing-masing di dalam setiap pertujukkan dan pertandingan atau show mereka. Jadi adalah menjadi satu impian MQRC juga untuk mempunyai arnab yang berkualiti didalam baka masing-masing dan kita boleh mempunyai pameran dan pertandingan atau show yang berprestig. Yang mengenengahkan pakar-pakar dan juga hakim dari luar negara yang diiktiraf oleh ARBA.

Selain dari itu kelab ini juga mempromosikan pembiak pembiak baka yang beretika … yang bermaksud..mementingkan kualiti lebih dari kuantiti dan tidak melakukan pembiakan baka hanya kerana keuntungan semata-mata. Dan juga mengumpul seberapa banyak pemilik-pemilik arnab di dalam satu kumpulan dan mengadakan  aktiviti yang berfaedah kepada masyarakat dan arnab khasnya.

Sekiranya ada berminat boleh lah memdaftarkan diri anda di Malaysia For Qulaity Club (MQRC) ataupun email kan kepada LazzyBunny.




September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket