Archive for the 'semua dlm 1' Category

13
May
10

Terima Kasih

Terima kasih … kenapa LB berterima kasih. Sebabnya.. Lb perhatikan walaupun Blog LB nie dah lama KOMA.. tapi masih banyak yang masih mencari idea dengan membaca Blog LB sebagai panduan kepada pemilik pemilik arnab sekalian.

Lb perhatikan juga, banyak betul soalan soalan yang diacukan dalam ruangan komen, adalah lebih kurang 200++ yang menungu diaprovekan ..heheh.. sebenarnya semua persoalan yang diacukan oleh pembaca-pembaca BLOg LB, jawapannya ada dalam posting posting Lb sebelum nie. Cuba klik di bahagian tepi tu.. kalau ada masalah kesihatan macam kurap ke, gigi ke semua ada kat tepi tuu.

Kepada yang email kat LB, LB harap jawapan LB yang tak seberapa tu dapat membantu anda semua.

Untuk makluman semua Rabittry kecil LB masih wujud cuma penghuninya Lb masih kekalkan dengan angka yang kecil, memandangkan sekarang ini musim panas.

Insyaallah kalau tak ada aral melintang akan LB postkan gambar gambar terbaru, penghuni penhuni Rabittry kecil LB.

TERIMA KASIH, Sekali lagi.

01
Jun
09

Yaaayyayay…. LB kembali Normal

Lb tengok calender dekat sebelah Blog tuu… dah dekat 5 hari tak ada apa-apa post yang Lb tuliskan. Dan Lb juga perhatikan hari ini adalah 1hb Jun 2009. Bagus kan macam satu permulaan baru buat Lb dengan kehidupan yang kelam kabut bulan lepas dan Lb mengharapkan segalanya teratur bulan ini dan seterusnya.

Buat Nico ..terima kasih banyak sebab menolong Lb meng “REPLY” semua comment daripada pembaca LB selama ketiadaan Lb. Lb amat menghargainya.

1hb Jun 2009 macam tahun baru lah untuk Lb…. dah macam tahun baru kita mesti ada cita cita baru kan..So, Lb nak memulakan yang baru dalam Rabittry LB..

  1. Nak menaik taraf sistem pipe dalam rabbitry LB… sekarang sudah ok tapi kalau ada banyak Hay problem sikit.
  2. memulakan “Breeding Project” yang terbengkalai dengan pelbagai masalah.
  3. Dengan musim panas yang melampau, wanna up grade water sprinkler di rabbitry LB
  4. Bekalkan arnab Lb dengan makanan yang lebih baik… lebih lebih lebih baik
  5. Beri lebih Hay..Lebih Hay..Lebih Hay…Lebih Hay…

So… mari kita mula… Dari…… Sekarangggg….

06
May
09

Kering dan tandus..

2-3 hari ini Lb rasa macam kelam kabut sikit. Dengan cuaca yang panas melengit, dengan menyelesaikan beberapa akaun syarikat untuk Income Tax, dan ada lah beberapa perkara yang menjadikan hidup Lb nie kelam kabut sedikit.

Semalam cuaca panas melampau dengan keadaan kering. Suami Lb beritahu cuaca semalam 34.2 darjah celcius. Wow…  bila cuaca panas macam tu tiada lain yang LB risaukan melainkan bebudak dalam Rabbity tu. Kipas dah terpasang tapi macam tak banyak membantu. Jadi Lb pun buatlah manual Sprinkler. Lepad 5 minit, dan Lb basah kuyup… angin dalam rabbity mini tu pun sejuk sedikit. Dan Lb mengharapkan hari ini tidak sepanas semalam dan mungkin juga mengharapakan ada hujan 2-3 hari ini.

Tentang Income Tax pula, semua tahu menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk melaksanakan tugas pembayar cukai. Lb memang juruaudit di dalam syarikat suami. Dan ada juga membuat part time dengan menyiapkan beberapa akaun syarikat lain, yang mana semua client Lb sejak LB berkerja dengan sebuah syarikat akauntan dan management service. Maklumlah sejak bergelar suri rumah sepenuh masa mengadap kalkulator dan nombor jadi bertambah slow dan pening. Tapi alhamdullilah.. semua sudah beres.

Jadi sekarang satu masalah sudah selesai kerana, Income tax due date dah habis, cuma kalau ada yang dapat lanjutan masa sehingga 31 mei 2009. hahaha… ini blog untuk arnab LB. Tapi dah mengarut sampai ke Income Tax.

Next projek Lb , kalau cuaca masih teruk, Lb nak pasang sprinkler atas bumbung rabittry mini. Ikutkan hati nak aje pindah kan diorang ke dalam bilik yang ada air cond. Takut Hubby bising pulak.

Sekarang selain dari itu, Lb masih mengharapkan sesuatu yang baik datang bulan ini. Ketandusan cuaca nie, membuatkan Rabbity Mini tu pun ketandusan dan Idea Lb untuk menulis pun kering.

Jangan marah.. kalau Lb merapu hari nie. Itu tandanya Lb tengah kritical dengan Idea. Hehehehe…

21
Apr
09

We Going Organic…hehehehe

 Patutnya Lb tulis nie semalam, tapi macam tak ada mood aje. Jadi Lb kongsikan hari ini.  2hari lepas memandangkan tak banyak yang menarik di dalam dunia cyber, maka Lb pun mejelajah dunia nyata. Hahaha.. Lb sebenarnya dah lama mencari bahan bahan dan makanan Organic. Biasanya kalau ke KL baru lah Lb dapat memborong sedikit sebanyak makanan organic. Dan memandangkan bekalan sudah nak habis, Lb mencari bekalan melalui Online , tapi agak kecewa sebab tak banyak pilihan yang boleh didapati memandangkan kebanyakan hanyalah makanan tambahan organic. Jadi Lb mengabil keputusan untuk menjelajah dan survey kedai kedai organic yang ada di kawansan Lb. Wow.. agak memberangsangkan terdapat beberapa kedai menjual makanan Organic. Walaupun sederhana, tetapi bekalannya agak memberansangkan.

Sebenarnya selama ini bekalan makanan organic ini LB hanya berikan kepada arnab arnab dalam Rabbitry Lb.. tapi selepas keluar masuk kedai organic.. terasa sesuatu yang menarik untuk mencuba makanan Organic. Walaupun rupa, bentuk dan warna makanan tersebut kurang menarik, ya lah kan tampa mengunakan sebarang bahan penyubur kimia, baja kimia dan racun. Kalau Barley biasa berwarna putih , barley organic agak kekuningan. Kalau beras biasa panjang dan putih. Beras Organic agak pendek dan kekuningan. Jika sayur biasa berdaun besar dan lebar, sayur organic agak kecil saiznya dan daunnya juga terdapat lubang lubang kerana dimakan oleh siput. Yang menandakan sayuran tersebut tidak mengunakan racun kimia. Kalau ayam pulak, ayam organic jauh kecil saiznya dari ayam biasa.

Pada mulanya, Lb jangkakan  makanan organic ini mahal harganya. Rupanya tidak langsung. Harganya amat berpatutan. Jika dibezakan dengan harga dengan yang bukan organic bezanya hanya beberapa sen sahaja. Dan kita membeli belah didalam suasana kedai yang sangat mesra alam. Udara dalam kedai organic juga berlainan. Tak tahu lah orang lain . Tetapi itulah yang Lb rasakan. Lb beritahu kepada sahabat Lb, Lb seronok shopping di kedai organic Food. Dia kata Lb kelakar…. hehehehehe.. apa apa pun terima kasih kepada sahabat Lb itu. Sebab dia yang mengalakan Lb untuk beri yang organic kepada Arnab LB , dan dari situ Lb kenal dunia organic.

Jadi, Lb membuat kesimpulan , setelah Lb memelihara arnab nie, bukan saja ia mengajar erti kasih sayang dan tanggungjawab tetapi juga dalam menjaga pemakanan LB. Ya lah.. Lb berusaha memberikan hanya yang organic kepada arnab LB … apa salah jika LB dan keluarga juga mengamalkan memakan makanan organic. kalau bukan 100% , 30% ke 50% sudah ok untuk permulaan. Untuk hari itu Lb memberi beberapa jenis bijirin untuk arnab Lb dan juga keluarga.

So.. enjoy the Organic…

  p4180021

18
Apr
09

Assalamualaikum (kalau yg Muslim) Hello atau Hai.. (kalau yang Non Muslim)

Hari ini LB nak cerita sikit pasal budi bahasa orang kita orang Malaysia. Kita yang muslim dah tentu diwajibkan memberisalam kalau masuk ke rumah. Berbanding dengan yang bukan Muslim, mereka bertegur sapa dengan mengucapkan Hello atau hai. Bukan kah indah dan seronok kalau kita bertegur sapa.

Bagi Lb masa mula menulis Blog ini tak terfikir akan ada orang yang akan membaca blog Lb ini. Tetapi dengan graf yang meningkat,  blog LB boleh dikatakan tidak kurang daripada 180 klik sehari. Untuk Blog yang baru setahun jagung dan dengan tanggapan Lb sebelum ini, ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca dan menerima ilmu yang Lb cuba sampaikan.

Penulisan Lb tidak seberapa, tetapi Lb bangga kerana dapat memberikan sedikit sebanyak banduan kepada semua. Cuma yang Lb kurang senang dan kecewa dengan sikap sesetangah orang yang mencuri penulisan LB. Lb mengatakan mencuri kerana tidak ada salam dan Hello atau hai. Tiba tiba penulisan dan penat lelah Lb telah tersembul ditempat lain. Lb tidak kisah jika mereka ingin mengunakan penulisan Lb didalam Blog Blog mereka. Tetapi sekurang kurangnya berilah salam atau selamat sejahtera. Lb bukan meminta untuk dibayar, atau diberi penghargaan. Cuma fikirkan apa yang telah Lb lalui. Ya.. penulisan Lb juga berpandukan daripada blog dan web yang berlambak di dalam dunia cyber ini. Tetapi Lb masih perlu meminta izin untuk mempublishkan isi kandungan tersebut didalam Blog Lb. Segala gambar dan Link dan juga isi kandungan perlu mendapat kebenaran daripada  pemilik asal. Dan Lb juga tidak meniru bulat bulat, perterjemahan, pemahaman dan penyusunan semula dilakukan oleh LB.

Jadi Lb berbangga jika apa yang ditulis dan disusun Lb, dianggap berguna oleh semua. Blog Lb adalah terbuka dan tiada watermark atau trade mark. Jadi tidak lah menjadi masalah rasanya jika ada yang ingin COPY and PASTE didalam Blog masing masing. Cuma tidak salah hanya dengan memberi Assalamualaikum dan memberitahu niat suci , untuk mengunakan penulisan LB. Jangan risau Lb akan dengan lapang hati memberi kebenaran untuk mengunakannya. Cuba anda bayangkan jika tiba tiba Harta Kesayangan  anda digunakan dan diambil oleh orang lain tanpa pengetahuan anda. Tak perlu menulis panjang berjela untuk email LB. Cuma berikan salam dan selamat sejahtera dalam ruangan comment Lb.. Cantik juga kalau ruangan itu berisi dan tidak kosong.

Jadi biar Lb dulukan… Assalamualaimum… Selamat sejahtera…. Hello dan Hai….

Gembira berkongsi Ilmu.. dengan anda semua.

03
Apr
09

Sorry…. pada semua yang “Klik” Blog LB

Ok.. di saat Lb menaip ni, jam diding tu baru jam 10am. Lb tahu ramai pembaca dan rakan rakan sedang sibuk dengan urusan kerja masing masing. Mula mula Lb nak minta maaf pada semua pembaca dan sesiapa ajelah yang klik untuk ke blog LB. Dan kecewa seba tak ada apa apap info baru yang Lb tuliskan. Dan kepada yang sudi menulis email kepada Lb . Lb ucapkan terima kasih. Bukan apa ada sedikit masalah dengan line TM LB. 2 hari menunggu juruteknik dari Tm tak juga sampai. Ini pun masih ada masalah lagi, tapi Lb gagahi juga untuk menulis sepatah dua kata.. Cewaahhhh…
Kalau tak ada masalah, Lb akan meneruskan menulis dan memberi apa apa info yang LB dapat kongsikan dengan semua. Tapi sebenarnya Lb juga terkejut sebab graf pembaca Blog LB basih di tahap yang memberangsangkan dan diluar dugaan. Terima kasih semua kerana menyokong LB. Pada adik adik Lb, yang hantar sms, tuu… akak pun boring juga sebab mengenangkan tak dapat mengadap komputer dan mengayam ketupat dengan korang.
So, (cakap omputih tuu) kalau orang TM tu datang hari nie…. Lb akak kembali berBLOGING….
untuk Iklan… Lb saja nak post gambar yang agak terkebelakang tarikhnya….
Terima Kasih sekali lagi kepada yang menyokong LB….

p3050001

26
Mar
09

Tahukah Anda ????

Ok. Anda sayangkan arnab anda. Lb sayangkan arnab Lb. Tapi tahukah anda beberapa fakta tentang arnab yang sememangnya remeh, tetapi amat menarik… mari Lb kongsikan bersama dan sekiranya, anda semua ada fakta yang menarik mengenai arnab yang ingin anda kongsikan disini,  boleh majukan kepada LB.. Lb gembira untuk berkongsi

questionmark

TAHUKAH ANDA;

1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu

2. Arnab tidak berpeluh

3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga

4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk

5.Arnab mempunyai 28 batang gigi

6.Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA

7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  – 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan

8. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown

9. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab

10. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011

11. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh

12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang

13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati

14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds

15. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor

16. Terdapat 150 jenis warna arnab- selamat megumpul warna adik adik

17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya

18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya

19. arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama

20. arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.

23
Mar
09

Lb rinduuuuu semuaaaa…

Lb rindu Eclipse, BlueBerry dengan Koko. LB rindu duduk depan Pc, borak dan chat dengan kawan kawan dan adik adik. LB baru balik dari rumah saudara Lb. Sebaik sampai, terus masuk Rabittry kecil kat belakang tu, tengok anak anak LB .. yup semua sihat tapi muka masing masing macam tak puas hati aje. Diorang marah Lb agaknya. Setelah mencuci sangkar mencuci bekas air dan juga makanan. Lb dapati semua macam tak layan Lb aje. Marah lah tu..hehehe.. tapi Lb ada senjaya rahsia. Dah sedia awal awal , Lb dah tahu mesti perkara nie berlaku. Lb masuk dapur ambil celery, Bak Choy dan juga Carrot, bersihkan potong kecil kecil, dan letak dalam mangkuk ceramic untuk Eclipse, Koko dan Blueberry.  Hahaha…. LB berjaya, semua buat muka manja sebab ada bau sayur segar. Semua happy dapat makan. Koko suka dengan Bok Choy begitu juga dengan Blueberry. Eclipse macam biasa., carrot habis dulu tapi masih tak puas hati. Esok pagi pagi kena bagi diorang  rolled oat dan juga Free Run… minta minta tak hujan.

So, ini gambar yang dapat Lb ambil lewat petang tadi. Penat Lb tak hanbis lagi. Tapi tengok budak budak tu seronok makan sayur, hilang sikit penat Lb.

p3230001

 Koko ..eh… kaki dalam mangkuk.. dia nak lagi ke nie…??? 

 p3230003p3230004

Blueberry… dia nie sopan santun…. makan dengan tertib….

p3230009

Ini..lah dia Eclipse dah habis dah Carrot… tapi masih sombong dengan Lb…. sayang dia

 

 

21
Mar
09

Melatih Arnab Mengunakan “Littre Tray”

Tahukah anda arnab mudah dilatih untuk membuang najis dan kecing di tempat yang disediakan. Ataupun lebih popular disebut “Toilet Train” atau “Litter Train”. Ini adalah kerana arnab cenderung ketempat yang sama untuk melaksanakan panggilan alam ini.  

 Ini adalah langkah langkah yang diperlukan bagi mengatur arnab anda.

Jika ada baru sahaja mendapatkan atau membeli arnab, hari pertamanya hendaklah dihabiskan didalam sangkar. Ia perlu biasa dengan persekitaran dan bau tempat dan kawasan baru. Ini juga dapat membuat arnab anda berasa selamat sebelum dilepaskan bebas. Perhatikan sudut didalam sangkar tersebut dimana terdapat banyak najis atau sudut dimana arnab anda mengandaikan sebagai tandas didalam sangkarnya. Setelah mengenal pasti sudut letakan Dulang Najis ( yang boleh dibeli di Pet shop atau anda boleh DIY sendiri) di sudut tersebut. Jangan risau, arnab adalah haiwan yang pintar, anda akan dapat melihat arnab pandai mempraktikan dulang najis tersebut.  Pada permulaan meletakan beberapa biji Fecal kedalam Dulang Najis tersebut juga dapat membantu.’

Setekah arnab anda selesa dengan keadaan sangkarnya, bolehlah ada melepaskan arnab anda dalam scale yang kecil dahulu. Ini bagi memastikan arnab anda tidak hilang kemahiran mengenali kawasan untuk ia membuang najis dan juga sangkarnya. Dan setelah itu secara berangsur angsur boleh lah melebarkan lagi kawasan untuknya bergerak bebas. Harus diingatkan walau seluasmana pun kawasan anda membiarkan arnab anda bebas, tetapi mereka masih memerlukan sebuah tempat yang selamat bagi mereka untuk makan, minum dan tidor. Jadi tempatkan bekas makanan dan minuman serta dulang najis ditempat tersebut. Biasanya kita meletakan semuanya didalam sangkar. Anda juga boleh menyiapkan rumah untuk arnab anda yang mana fungsinya adalah sama seperti sangkar.

Apabila arnab anda mencapai umur tertentu atau umur matang, arnab gemar menandakan kawasan mereka dengan najis dan juga kencingnya. Menempatkan lebih dari satu dulang najis dikawasan tersebut dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh meletak bekas minuman dan juga hay disamping Dulang Najis ini.

Setelah arnab ada sempurna dengan ‘Litter Train” anda sudah boleh memberikan exis kepasa arnab anda untuk bermain disofa dan mungkin di tempat tidur anda . Sekarang giliran anda pula untuk melihat dan belajar dari arnab anda. Mereka ada lah haiwan yang sangan comel dan seronok untuk dikenali.

peepan774_up

 Pelbagai bentuk “Toilet Tray” boleh didapati  *photos taken from www.chubbypetsgarden.com

19
Mar
09

Extremly Into Holland Lop

Lb baru sahaja berjinak jinak untuk membiak baka arnab Holland Lop. Jangan lah silap dan cepat melatah.Lb bukan Breeder atau pembiak baka komersial. Lb membiak baka Holland Lop bukan untuk dipasarkan secara besar besaran atau ingin memonopoli pasaran Holland Lop kat Malaysia nie. Lb hanya memenuhi hobi Lb, dan minat Lb dengan arnab baka Holland Lop. Dan minat ini Lb kongsikan dengan rakan dan pencinta Holland Lop yang sebenar. Siapalah Lb kalau nak dibandingkan dengan nama nama besar dalam penternakan arnab, dan tak terlintas langsung untuk bersaing dengan mereka . Dan tidak terlibat langsung dengan mereka. Apa yang Lb tahu bagi hobi ini, Lb mahukan yang terbaik.

Sebelum nie Lb hanya membuat bacaan, carian dan rujukan mengenai Holland Lop. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dibaca didalam dunia Holland Lop. Yang seronoknya, semakin dibaca semakin banyak pula yang Lb perlu baca dah ketahui. Atau dalam kata lain terlalu banyak specifikasi dan juga pegetahuan mengenai Holland Lop dan juga arnab.Walaupun semua yang Lb baca mengenai Holland Lop adalah mengenai Show Standart dan tidak salah rasanya kalau LB nak kan Holland Lop berkualiti tinggi macam tu. Dan memandangkan kebanyakan pembacaan dan maklumat yang diberikan  hampir kesemuanya didalam bahasa Inggeris maka Lb ingin berkongsi maklumat tersebut dengan yang ingin mengetahuinya. Maka terhasilah Blog Lb ini.  Penulisan blog Lb ini bukan sahaja ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan tetapi juga membuatkan Lb lebih memahami apa yang Lb baca. Dan sebagai bonus Lb mendapat sahabat dan kenalan baru dari jauh dan dekat di seluruh Malaysia. Nak kata dunia tidak lah kan, memandangkan Blog Lb berbahasa Malaysia.

Seperti yang  Lb katakan tadi ini adalah semata mata hobi, jadi jangan lah bertanyakan Lb macamana nak mengawankan arnab dengan arnab, sebab Lb bukan breeder. Kalau Lb breeder bukan 3 arnab tapi dah serata malaysia dah perginya. Walaubagaimana pun Lb sedia menjawab setiap soalan yang ditanya, kalau bukan dari pembacaan , Lb cuba menjawab dari pengalaman yang LB dapat dari sahabat yang lebih lama dalam dunia arnab. Sahabat sahabat Lb yang berkongsi pengalaman terdiri daripada Pembiak Baka , Pengemar arnab dan juga pemilik arnab yang begitu sayangkan arnab mereka. Lb juga sedia menerima setiap Ilmu yang ingin disampaikan kepada Lb. Bagi Lb ilmu ada dimana dan boleh dipelajari bukan saja dari buku, tapi juga daripada orang yang berpengalaman. Tidak kira orang itu hanya mempunyai seekor arnab atau Seladang  arnab atau langsung tidak mempunyai arnab. Semuanya terpulang kepada individu untuk mengikut ilmu yang mana. Kadang kadang kalau mengikut saja, maka wujudlah ilmu atau ajaran sesat.

Hobi LB adalah Holland Lop. Jadi setiap arnab yang ada didalam rabbitry kecil itu adalah kesayangan Lb. Sudah namanya hobi, setiap orang yang mempunyai hobi mempunyai tahap tinggi dalam hobi masing masing. Misalnya pengumpul barang antik, mahukan barang yang paling bersejarah. Pengemar kereta Lumba, mahukan kereta yang terbaik dengan kelajuan Horse Power yang Vroooommmmm…. Bagi yang hobinya memancing, pun pasti ada yang paling baik diantara terbaik perkakasan memancing yang dikehendakinya… Lb nak cakap pun tak pandai sebab itu bukan Hobi LB. 

Dan seperti kebanyakan hobi, setiap pemiliknya akan berbelanja tanpa memandang kanan dan kiri..hehehe.. boleh LB kata macam nie.. hanya untuk menjaga kepentingan, mutu, kualiti dan kecantikannya. Dalam kata bahasa penjajah ” High-Maintenance”.  Begitu lah Lb dan sahabat yang gila dengan Holland Lop. Wang dan ringgit keluar seperti air paip JBA atau SYABAS hanya untuk membeli makanan yang bermutu. Kalau difikirkan apa lah sangat akhirnya nanti arnab arnab tu akan berak dan keluarnya sama aje bentuknya.. Bulat bulat bukan keluar emas pun. hahahaha…  Tapi itulah Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Kalau baik yang kita bagi , baik jugalah hasilnya nanti.

Bukan sahaja makanan dan  sangkar, kalau boleh bekas makanan dan minuman untuk Holland lop tuu pun kalau boleh ditempah khas. Belum dikira masa yang dihabiskan untuk mengrooming, memotong kuku, membelek telinga, mulut dan kaki dan juga belanja ke veterinar . Bila difikir gila juga. Tapi itulah tanggungjawab yang dipenuhi  keikhlasan semuanya datang semulajadi. 

Jadi bagi yang hobinya atau minatnya setinggi atau dalam bahasa penjajah ” EXtream” macam Lb teruskan lakukan yang terbaik untuk Hobi kita dan juga tingkatkan kualiti Holland Lop kita. Walaupun di Malaysia ini tak ada “Rabbit Show”  seperti di luar negara, tapi tak semestinya kita tidak boleh memiliki Holland Lop berkualiti Show. Bukan untuk senangkan hati orang lain tetapi untuk kepuasan diri kita sendiri.

So Welcome To Holland Lop World…..




April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket