Posts Tagged ‘Does

21
Feb
09

BlueBerry ohh Blueberry

hehehe…. Blueberry ..apa tu? itu lah nama Holland Lop Betina (Doe) LB.  Kenapa Blueberry.. sebab mengikut standart warna Holland Lop, BB dikategorikan dalam kumpulan  Blue Colour. Dan didalam pedigree atau certnya juga tercatat yang BB adalah Blue Doe.

Lb baru lagi memiliki BB. Lebih kurang sebulan. Terima kasih banyak banyak Tru Luv Rabbity sebab percaya pada Lb untuk melepaskan BB. BB adalah baka import. Menurut TLR , BB dan seekor lagi Holland Lop Doe.. didatangkan dari sebuah rabbity di US. BB adalah doe yang aggresif dan garang begitulah yang diberitahu oleh TLR. Risau jugalah.. membayangkan betapa garangnya si BB.

BB dibawa masuk ke mini rabbitry pada hari yang sama LB mengangkut set up yang LB ceritakan sebelum ini. Untuk 1-2 hari tuu… takut juga untuk mengusap BB, memang dia kelihatan garang dan sedia untuk mengigit tanpa amaran. Tapi Lb cuba sedaya upaya untuk membuat BB selesa dengan kehadiran Lb dan juga persekitaran yang baru. Dan dalam seminggu BB sudah boleh menerima Lb, walaupun dia masih nampak garang.. tapi dia lebih lembut sekarang.

BB juga boleh menerima Koko dan Eclipse. Kerisauan pertama Lb ialah, BB akan bergaduh apabila ditemukan dengan KOKO adalah meleset. Nyata BB dan Koko tak ada masalah bila di keluarkan dari sangkar. Satu perkembangan yang baik.

Projek Lb adalah untuk menyatukan Eclipse dan BB. Moga-moga BB memberikan anak yang berkualiti. Seperti TLR , Lb juga berpendapat.. BB mempunyai  kepala yang cantik. Badannya di sebelah belakang agak panjang dan besar sedikit tatapi rangka nya tebal.  Rangka yang tebal sangat cantik jika dilengkapi dengan badan yang sedikit pendek dan juga kepala yang besar dan telinga yang pendek.

Wow… harap2 ada harapan Lb dan Rabbitry mini nie menerima sesuatu yang berkualiti Show dari BB dan Eclipse.

 mmm… WhAT??

 p2190412

 kan… Lb dah cakap BB nampak garang

p2200416

 nampak aje garang… tapi dia OK… tengok kamcing dengan Koko

p2200415

 Lb suka Gambar nie.. BB nampak comel sangat…




May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket