Posts Tagged ‘crown

05
Mar
09

Siri 1 : Apa Lb suka Tentang Holland Lop: Kepala dan Telinga

Ok .. di sini Lb nak kongsikan kenapa dan mengapa Lb jatuh Cinta dengan Holland Lop. Faktor pertama yang Lb akan perhatikan pada seekor Holland Lop (HL) adalah telinga dan kepalanya. Tak tahu mengapa, Lb paling suka kalau dapat HL yang bertelinga pendek dan bulat serta tebal, dan terletak pulak di kiri dan kanan kepala HL yang besar. Tetapi harus juga diingat, faktor seperti badan yang kompak memberi balance kepada HL yang cantik. Mungin ramai yang kurang faham lagi…. begini.

Bentuk kepala yang sempurna bagi HL adalah kelihatan BULAT dan berisi dari setiap sedut … dari atas ke bawah dan sisi ke sisi.  Ianya boleh dikatakan seperti sebiji bola yang terletak di atas badan ekor arnab.

Pipi yang montel adalah bonus tambahan bagi kecomelan HL, ini lah yang membuatkan Lb gila dengan Holland Lop.

 Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang diambil kira di dalam melihat kepala HL yang cantik… antaranya.. jarak antara mata  dan juga jarak diantara Crown dengan pangkal Hidung. Anda boleh rujuk Holland Lop Standard untuk mengetahui perkenaan jarak antara mata dan sebagainya.

tn

Fat “Apple’ Cheek…. pipi tembam.. comel

pc290432

Eh.. Eclipse oso Got That “APPLE”   Cheek

 Mengenai telinga pula, jika mengikut standard ARBA… ia hendaklah jatuh lurus di kiri dan kanan pipi HL. Apabila dilihat dari hadapan Crown dan juga telinga kelihatan seperti langsir . Ia juga tebal dan berbulu penuh. Ia tidak  terlalu panjang, tidak lebih lebih 1 inci dari bawah dagu HL. Selain dari tebal bulat dan ukuran panjang  telinga …Crown juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kedudukan telinga yang sempurna. Apa itu Crown? macam ratu cantik CROWN tentunya letak di atas kepala. Kedudukan yang baik membuatkan kepala HL kelihatan lebar dan Crown juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kedudukan jarak  telinga dari mata. Ini adalah kerana Crown yang teletak jauh di belakang kepala.. membuatkan jarak telinga dengan sisi mata jauh dan juga memberi gambaran yang HL tersebut mempunyai telinga yang panjang.

 clark3

 Kedudukan Crown yang betul dan sempurna membuatkan telinga jatuh sempurna dekat dengan mata.

pc290426

 Kedudukan Crown yang Slipped membuat kan jarak telinga dan mata jauh dan telinga kelihatan panjang.

p2240449

 Bagaimana dengan BlueBerry.. yup.. dia ada crown yang cantik dan kedudukan telinga yang bagus.

 

 

 

 

 

 




April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket