Posts Tagged ‘Blueberry

02
Mar
09

Good Night sweethearts

Sebenarnya Lb sepatutnya post ini malam semalam. Tapi memandangkan hujan dan Tm dah mengumumkan yang internet akan Slow seperti siput yang mana siput pun tak seperti line stremyx . Lb terpaksalah post hari ini. Memandangkan juga dah 2 hari Lb tak post apa-apa. Seperti biasa rutin Lb sebelum masuk tidur bisanya dalam jam 1-2 pg. akan melihat anak anak LB di rabbitry. Bukan apa sudah menjadi tabiat Lb untuk berbual bual dengan mereka dan juga mencium mereka sebelum Lb tidur.

Rutin ini juga Lb lakukan untuk memerika Hay, Pellet dan air yang mana kurang akan ditambah yang mana kotor dibersihkan. Bukan itu sahaja Lb juga ingin memastikan yang keadaan sekeliling selamat, dari apa jua masalah terutama sekali pemangsa. Malang tidak berbau. Lebih baik beringat sebelum terkena. Tak salah menghabiskan masa 15-20 minit untuk memastikan arnab kita selamat.

Arnab adalah haiwan yang suka meyembunyikan kekurangan pada diri. Misalnya jika ia sakit ia tidak menunjukan secara jelas yang ia lemah. Ini adalah sikap semulajadi arnab yang menyembunyikan kelemahan diri daripada pemangsa. Yang mana kita ketahui, di habitat semula jadi arnab adakah haiwan yang sering menjadi mangsa. Untuk kita pemilik arnab, kita hendaklah setiasa peka atau mengambil perhatian terhadap sindrom-sindrom yang menunjukan yang arnab kita sakit atau lemah… antaranya

  • sentiasa memeriksa keadaan pembuangan najis arnab; samada najis nyer Normal, lembut , cair, banyak dan juga sedikit. Ini adalah kerana selain daripada normal.. arnab anda munkin menghadapi masalah. buatlah rujukan dan juga bertanya kepada yang pakar
  • sentiasa peka dengan aktiviti arnab anda, arnab yang kurang aktif mungkin menhadapi masalah kesihatan
  • bunyi… arnab tidak mengeluarkan bunyi kecuali bunyi ‘purrr’ yang dihasikan semasa anda membelai nyer atau semasa arnab dalam kesakitan.

Jadi untuk peka dengan sindrom sindrom ini Lb akak menghabiskan 20 minit  sekurang kurangnya sebelum tidur .. memerhati dan memantau keadaan arnab Lb. Dan rutin yang sama keesokan hari selepas Lb bangun dari tidur

Dan semalam sebelum Lb masuk tidur..Lb sempat merakam Eclipse dan BlueBerry yang bersedia untuk tidur..

P/s: walaupun pada hakikat arnab aktif pada malam hari……..

 p2280004

 mm… not yet sleep…still wanna snap my picture..

p2280005

 and BlueBerry… can start her lullaby… see the colour.. rusty bunny

p2280006

hei… dont snap me…. I’m not yet brush my teeth…

GOOD NIGHT SAYANG MAMA…

 




June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket