Arnab Pertama

 

new-rabbitArnab pertama yang dimiliki oleh Lb adalah sepasang arnab Baka Campuran yang dibeli di Kedai Haiwan Kesayangan (PetShop) . Minat untuk memiliki arnab memang telah lama dipendam. Memandangkan kurang pengetahuan and juga pengalaman hasrat itu hanya terpendam. Sehinggalah Lb akhirnya membeli sepasang arnab Baka Campuran atau ramai antara kita suka menyebut kacukan.

 

Bermula dengan itu Lb terus mencari dan membaca bahan2 rujukan yang terdapat di dalam internet dan juga buku-buku. Dan terus mencintai yang mengagumi Arnab.

 

Jatuh Cinta

 

Dalam mencari dan membaca dan mencari rujukan mengenai penjagaan, pemakanan , tabiat arnab. Lb terjumpa denga sejenis baka yang sangat unik. Dengan badan yang kecil, rupa yang comel, bulu yang gebu , warna yang pelbagai ..Baka tersebut dipanggil “Holland Lop”

 

Seperti yang sedia maklum semua bahan rujukan dan juga bacaan mengenai arnab kebanyakan nya adalah daripada Internet. Dan Holland Lop ini juga LB kenali melalui Web dan juga Blog daripada PembiakBaka daripada luar Negara. Lb sedikit kecewa kerana pada mulanya kerana… tidak mungkin arnab dari baka Holland Lop ini ada di tempat kita Malaysia. Kalau ada pun pasti baka kacukan. Yang LB idamkan adalah baka yang asli yang “Pure Breed”.

 

Dengan tidak putus asa terus mencari dan mencari.. walaupun kecewa beberapa kali kerana tertipu dengan Pembiak Baka yang tidak beretika . Pencarian Lb tidak terhenti.

 

Holland Lop Pertama

 

Holland Lb yang pertama , agak mengecewakan bukan kerana apa tetapi kecewa dengan sikap segelintir orang kita yang mengambil kesempatan dengan pengetahuan yang cetek maka Lb telah menghabiskan sejumlah wang untuk mendapat sepasang arnab “Holland Lop” yang ternyata berkualiti rendah.

 

Tentu pembaca bertanya kenapa beli juga. Perjalanan yang jauh hanya untuk mendapatkan sepasang arnab memang tak berbaloi… maka dari pada tiada… Lb beli juga. Walaupun begitu kedua-dua arnab tersebut memang arnab yang comel untuk dijadikan Pet.

 

Bagi mengelakan ia membiak dengan tidak disengajakan. Kedua-duanya telah dikembirikan (Spay/Neuted).

 

 

 

Holland Lop Yang Sebenarnya Holland Lop

 

pc290432Dalam kekecewaan yang teramat sangat…Lb masih juga mencari Baka Holland Lop Yang asli atau pun Pure Breed.

 

Terima kasih kepada Tru-Luv Rabbitry yang sudi berkongsi ilmu, minat dan juga arnab dengan Lb. Pemilik Tru-Luv Rabbitry dengan senang hati dan dengan penuh keyakinan menyerahkan arnab Baka Holland Lop yang disertai dengan 3 generasi tertulis diatas lembaran Pedigree. Menunjukkan ia adalah Holland Lop yang asli atau Pure Breed.

 

Cukup gembira sehingga boleh mengeluarkan air mata. Begitulah rasa gembira dan terharunya Lb kerana dapat memiliki apa yang di impikan.

 

Segalanya satu permulaan

 

Dari situ…terdetik di hati Lb untuk memulakan pembaharuan dan juga perjuangan dalam memelihara dan memulihara mertabat setiap Baka Arnab yang ada. Bukan itu sahaja LB dan juga rakan-rakan seperjuangan ingin memulakan sesuatu yang baru dalam dunia arnab di Malaysia. Dengan bercita-cita untuk mempunyai Pameran Arnab dan juga Pertandingan Arnab dengan Baka yang setanding dengan luar Negara.

 

Dengan berpandukan standart yang dikeluarkan Oleh ARBA (Amerikan Rabbit Breeder Associate) Lb dan rakan seperjuangan ingin melahiran Baka arnab Holland Lop yang berkualiti. Kami juga melaksanakan sistem pembiak baka yang berjadual dan beretika. Bermakna  kami membiak baka untuk Kualiti dan bukan Kuantiti.. Kerana pada asasnya… segalanya adalah hobi dan bukan untuk wang.

 

Dan bagi yang baru berjinak-jinak dengan arnab tidak kiralah apa pun jenis bakanya bolehlah melayari atau menyertai kami di rabbitreal atau untuk bantuan bolehlah di email kan kepada LB disini atau setailah kelab arnab kami di  Malaysia for Quality Rabbit Club ( Facebook group).


23 Responses to “About LazzyBunny”


  1. 1 hf
    March 19, 2009 at 2:25 am

    hai LB,

    bleh tau email address LB ?

    thanks 🙂

  2. 2 lazybunnys
    March 19, 2009 at 12:21 pm

    oh..bolehhhh… here…. sribentongconst@yahoo.com.my

  3. March 20, 2009 at 9:48 pm

    Hye.

    Comelnya arnab holland lop. Senang tak nak jaga?
    Modal tuk dapatkan sepasang arnab baka ni tinggi tak?

    Hihi. byk tanya lak kan.

  4. 4 lazybunnys
    March 21, 2009 at 1:52 pm

    hai Fitri… kalau dah suka apa apa pun comel dan cantik.. Tak Gitu? Senang tak nak jaga? so far kalau kita tahu perkara perkara asas untuk menjaga arnab, jadi semuanya senang ajelah. Modal untuk dapatkan sepasang arnab? untuk permulaan lebih baik lah bela sekor aje dulu? moda; pulak, tak menentulah, tengok dimana Fitri mendapatkannya dan tengok quality lah, budget dalam RM 180 – RM400.. tak pe banyak tanya.. tak sesat jalan. Ok..

  5. March 30, 2009 at 6:54 pm

    hi….nak tanya tempat u kat mana….u buat jual x holand lop. sy skrg ade 11 ekor rabbit..holand lop ade 4 ekor.

  6. April 12, 2009 at 9:48 am

    boleh saya tanya??dimana nak dapatkan arnab comel??

  7. May 21, 2009 at 12:13 pm

    I was just searching around about this when I found your blog post. I’m simply dropping by to say that I truly liked seeing this post, it is really clear and well written. Are you thinking of blogging more on this? It appears like there is more depth here for more posts.

  8. 8 CasTTeLLo
    July 11, 2009 at 11:02 am

    Nice Blog…keep it up 🙂

  9. 9 alie
    August 4, 2009 at 9:01 pm

    hi hi mana nk dapat holland lop pure breed 😀 female 😀

  10. 10 IERA
    August 6, 2009 at 3:20 am

    HYE, JUST NAK TANYA APER NAMA AND JENIS ARNAB YANG PAKAI CELAK DAN TELINGA HITAM..YANG SAYA TAU THAT IS ANGORA RABBIT..TAPI BILA TENGOK GAMBA2 LAIN, CAM TAK SAMA..SO APER EK?

  11. 11 RIBBIT
    August 6, 2009 at 9:18 pm

    Hola,,,bolehkah arnab diberi makan sayuran saja berbanding pelet.?

  12. 12 aprilnamarabbitsaya
    August 27, 2009 at 3:24 am

    hye, saya cuma nak kongsi tentang pengalaman saya da april (holland lop)… saya mula memiliki april 6 bulan lepas… saya jadi terlalu rapat dgn april… perkara yang sy ingin kongsi adalah.. saya berkongsi bilik dengan april saya. saya tidak pernah mengurung april dalam cage.. april tidur dibawah katil saya.. sy tempatkan makanan dan tempat buang najis dia dibawah katil sy. dan april amat bijak menggunakannya… april sudah mula react dgn saya apabila sy pggl namanya… april akan muncul kearah sy setiap kali saya panggil nama dia.. anda mungkin boleh mengeratkan lagi hubungan anda dan arnab2 anda dengan melatih mereka dengan penuh sabar.. dengar suara mereka dan aduan mereka dgn hati..

  13. October 21, 2009 at 3:12 pm

    kat mana nak beli nail clipper rabbit?
    puas cari kat seberang perai, tak jumpa la,
    harga anak arnab pun beza2, ada yang 35, 38, 60
    suma jenis anggora tanpa mengira saiz dan umur

  14. 14 nurfarah balkish abdullah
    October 27, 2009 at 4:25 pm

    nak joinlah club rabbit…saya dah jatuh hati ngan rabbit..bole tak klu saya bela kucing parsi n rabbit..kucing2 saya di kurung…rabbit pun saye kurung 1 cage 1 rabbit…sebab bile dia landing aje hanye muat satu ekor aje 1 cage…

  15. 15 Albrabbite
    November 16, 2009 at 5:45 pm

    1st thing nak ucap thanks coz blog u nie byk info2 yg best…i nak tanya i baru beli 2 ekor rabbit yg 1 tu mmg active n kuat makan yg 1 tu mcm sakit jer naper erk….coz dia slalu lepak n tak makan sgt….pastu kuat kencing jer…aper yg tak kena erk??yg 1 tu mmg dah jinak sgt dah….pls advice

  16. 16 mase
    December 16, 2009 at 5:07 pm

    tumpang tanyer…blog ni….pasal lama membisu…akak ni gi haji tak balik lagi kerr

  17. 17 meem
    January 10, 2010 at 1:37 am

    salam,..saya ada 2 ekor arnab,species apa saya pn xsure yg putih n gebu2 tu..yg seekor nie,mengalami cirit birit.mcm mana saya nk pulihkan penyakit cirit birit arnab ini? Ini kerana bulu pada bahagian bawahnya dah mula nampak kelihatan kotor dan tidak bersih,di sebabkan najisnya sendiri.

  18. 18 Norul
    April 29, 2010 at 11:57 pm

    Dear LB…my hubby bg I arnab as my birthday gift…tp i xbiasa jaga arnab…I baru bela dia 1 minggu….mula2 dia ok tp sekarang bulu dia mula gugur kat area kaki & hidung….any idea about this? should i bring my diszy to VET? Thanks

  19. 19 hafizah
    May 28, 2010 at 9:28 pm

    hyee..
    sy nk ty, arnab sy terkepit pintu tgnnye…so die dh xleh jaln gn tgn2…cian jln 3kaki je…tgn die lebam…ape yg perlu sy buat???adakah die akn cct selame-lamenye?//huhu tlg sy

  20. June 27, 2010 at 3:16 pm

    LB kasi jadula penjagaan arnab yangko buat. Aku betul2 blur.
    Sampai mati sekor dah nih tinggal sekor kecian dia tak de pasangan.

    help plss..

  21. 21 Grace
    July 8, 2010 at 11:33 am

    Hi,

    Do you sell Holland lop? I like your holland lop very much. I am interested to get 2 holland lop to keep as pet. Would like to have 2 females so that they will not fight or breed when mix together.

    Please reply

    Thanks

  22. 22 sukiman
    July 19, 2010 at 3:50 pm

    saya berminat nak membeli Holland Lop Yang asli atau pun Pure Breed dari awk. berapa harga sepasang?

  23. 23 Linda
    December 15, 2012 at 8:26 pm

    Hi, 17.11.201someone bought me rabbit. so i asked how old is my rabbit to doctor few days after i got her. and then pada 3.12.12 saya bawa rabbit saya kembali ke klinik kerana kakinya mempunyai luka dan dagu membengkak. I assume the injured she get it before i got her.since i got no experience with rabbit i just rush to clinic, she only got two shot which is antibiotik and kurang bengkak. ada juga diberi pil antibiotik. her leg immediately heal. tp bila saya periksa dagunya,bengkak msh ada until her left cheek. bengkak pada dagu itu mempunyai seperti kudis yg telah kering, i tought dah nak sembuh. on 10.12.12 nanah keluar dari dagu. but her appetite msh ok n active. saya bawa ke klinik n dagunya dipotong isi n disuntik lg. antibiotik makin banyak. nanah tu msh ada,tp saya buka sendiri.. planning to bring her again to doctor. so, can u give me an advice how to treat her. help!


Leave a comment




April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket