20
May
09

anda dalam katagori mana?

Sepanjang Lb megenali dunia arnab ini, Lb merumuskan terdapat 2 kategori pemilik arnab. Yang pertama Pembiak BAka atau BReeder dan yang kedua adalah pemilik arnab. Pada hakikatnya 2 golongan ini adalah berjalan seiringan iaitu, Pembiak Baka membiak arnab mereka adalah untuk dijual kepada penguna yang mana akan menjadi pemilik arnab.Dan pemilik arnab pulak mendapatkan arnab dari pembiak baka. Samada dibeli dari pembiak baka sendiri atau dari Pet Shop. Asalnya tentu saja di BREEDER. Cuma yang lucu, selalu kedua golongan ini mempunyau pendapat yang sama.

Baik LB nak cerita mengenai pemilik arnab yang memelihara sebagai haiwan kesayangan. Dalam kategori ini ada juga beberapa jenis pemilik. Yang pertama, pemilik yang langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam memelihara arnab dan juga golongan pemilik arnab yang mempunyai banyak pengetahuan dalam memelihara arnab. Dan sekali lagi ingin LB katakan dua golongan ini juga berada selari iaitu daripada 0 pengetahuan tetapi rajin mencari, bertanya dan membaca dan akhirnya akan menjadi seorang yang sangat pengetahuan. LB percaya semua orang bermula dengan kosong. Tapi yang sedih adayang memang tidak ada pemgetahuan dan buat buat pandai pulak. Dan inilah yang selalu LB jumpa macam junior bertekak dengan senior. Yang dapat LB katakan bukan semua orang 100% sempurna, tidak kira anda baru atau lama. Lb lebih suka berkongsi dan berbincang jika terdapat apa apa pengetahuan atau kemusykilan. Ini adalah kerana lebih senang untuk mendapat penyelesaian daripada menegakan pendirian masing masing. Yang penting ia baik untuk arnab semua.

Dalam gologan breeder juga terdapat beberapa jenis breeder. Yang Lb kelaskan disini adalah mengikut pandangan LB, dan pengalaman LB.

Yang pertama adalah Breeder yang mempunyai Ladang yang besar, yang mana pemilik pemilik nya pasti akan dianggap cukup berpengalaman dan sering dijadikan panduan. Dan setiap apa yang dikatakanya pasti akan terus diikut. Memang pengalaman mengatasi segala ilmu yang ada dalam buku. Tapi bagi LB setiap ilmu yang disampaikan hendaklah kita menilainya juga. Biasanya pemilik Rabbitry yang besar ini memelihara arnab sebagai sumber daging atau arnab pedaging. Ada juga yang memelihara untuk pasaran haiwai kesayangan. Bagi baka baka tempatan atau local atau baka kacukan.

Yang Kedua Breeder secara kecil kecilan yang mempunyai purata arnab dalam 10-20 ekor sahaja. Juga dalam golongan ini terdapat beberapa kategori. Ada yang menjadi breeder yang hanya ingin menanbah duit poket atau pun sebagai permulaan untuk membuka ladang yang lebih besar. Maklumlah macam Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pertanian adalah perniagaan. Dan gologan kedua membiak baka bagi mendapat standart yang tinggi dan hanya sekadar hobi.

Daripada apa yang Lb kategorikan tadi, apa yang Lb nampak kita semua sealiran. Maksudnya, kita bermula dari kosong dan semua bermula dengan hanya sebagai pemilik arnab, yang mana memelihara sebagai haiwan kesayangan. Dan yang memisahkan kita adalah cara, sebab dan pendapat.

Bukankah lebih baik kita semua bersatu dan terus meningkatkan kualiti arnab di Malaysia. Lb sering terusik dengan cadangan dan padangan agar mewujudkan persatuan. Seperti ARBA (American Rabbit BREEDER Assosiate) masuknya persatuan pembiak Baka Amerika. Bagaimana ingin diwujudkan persatuan seperti ini jika kita asyik bertekak dengan pendirian masing masing. Adalah lebih baik bawa perbincang dan membuat kesimpulan yang baik untuk kebaikan bersama. Jika kata sepakat tidak ada, sampai bila pun dunia arnab Malaysia setakat DiMalaysia sahaja lah.  LB pernah membaca didalam sebuah blog oleh breeder Amerika yang telahpun bersara dari dunia arnab ini, walau sehebat mana dan sebesar mana pun ladang atau Rabbity seseorang pembiak baka atau Breeder, dia masih perlu belajar tidak kira darimana datangnya ilmu tersebut. Ilmu yang berguna boleh datang dari sesiapa dan dari mana sahaja. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan tidak ada titik noktah.

Jadi jangan merendah diri hanya kerana anda mempunyai seekor dua arnab dipelihara dirumah dan jangan lah anda GAH kerana anda mempunyai ladang yang besar dan juga pasaran arnab yang besar.

Jadi dalam kategori manakah ANDA?


7 Responses to “anda dalam katagori mana?”


  1. 1 Laqyooi
    May 20, 2009 at 4:41 pm

    Saya dalam kategori menderita penyakit keturunan. Dari tok wan turun ke bapa turun ke ktiorang adik beradik semua gila bela binatang. Segala macam binatang kitorang bela. Jadi dalam nak menampung kos hobi ni, sambil menyelam minum air laa. Nasib baik saya tak hardocre sgt, saya gila satu jenis binatang jer dalam satu masa. Adik saya yang hardcore, semua jenis binatang dia bela. Tahap kiritkal tu, bangun pagi mengadap binatang dulu, lepas tu baru tegur anak bini. Dulu masa bujang dia kemas tempat binatang lebih dari tempat dia. Kadang2 naik confuse mana satu tempat tido dia, mana satu tempat tido binatang. Kalau tak percaya.. gi jenguk blog dia kucing2kudotblogspotdotcom. Saya pon ada jugak sibuk contribute posting kat situ sikit2.

  2. May 22, 2009 at 10:55 am

    Post yang bagus sekali. Rasanya, saya dalam kategori lain dari yang lain dan juga tiada terdapat dalam senarai LB. Saya breeder “CHECK & BALANCE”. Nak meningkatkan pengetahuan mestilah berkongsi habis-habisan semua yang disimpan di dalam isi hati breeder yang lain supaya semua tidak dikhayalkan dengan kata-kata penipuan kategori yang menganggap mereka sendiri ni sempurna.

    Dulu pengetahuan tu POWER tetapi sekarang, AWARENESS juga POWER!

    Jom bersama meningkatkan Kualiti arnab dan cara memiliki mereka!

  3. May 23, 2009 at 11:58 am

    Hello Puan LB..

    Saya datang nak menjemput ke blog saya. Kang jangan dikatanya saya tak menjemput plak..:mrgreen:

    LB, U HAVE BEEN TAGGED!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: