18
Apr
09

Malocclusion – Masalah gigi serius pada arnab

Arnab adalah dari keluarga herbivor, bermakna ia mengambil sumber makanan dan nutrien daripada tumbuh tumbuhan. Rumput, dedaun dan sesetengah tumbuhan ini berstruktur keras, untuk ini gigi arnab hendaklah kuat untuk menguyah dan mematahkan sirat keras tersebut. Seperti kuda , arnab liar menghabiskan banyak masa dengan makan, bagi mengekalkan nutrien dari tumbuhan. Dengan keadaan ini gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan tampak henti. Semasa proses pengambilan makanan, tindakan seperti mematahkan , memotong dan menguyah makanan ini dapat membentuk gigi arnab.Kadar pertumbuhan gigi arnab juga adalah berlain bagi setiap batang giginya. Jadi ia tidak sama dan sempurna, dan jika tidak dibentuk ia menimbulan masalah MALOOLUSION dimana gigi tidak sama dan tidak dalam keadaan sempurna.

Sesetengah arnab dilahirkan dengan gigi tidak sempurna, seperti gigi terlalu pendek atau panjang atau tidak sekata. Arnab ini memerlukan pemeriksaan gigi yang kerap  dan dalam sesetangah kes arnab tidak dapat hidup dengan normal. Arnab yang lahir dengan gigi normal akan menghadapi masalah ini jika terdapat trauma. Misalnya tercedera oleh gigitan anjing atau terjatuh yang menyebabkan gigi patah. Tapi bagi kebanyakan kes MALOOCLUSION terjadi akibat dari kekurang serat didalam pemakanan.

 KEDUDUKAN GIGI ARNAB YANG NORMAL

tooth_pic_12tooth_pic_2

 

MASALAH KEDUDUKAN GIGI TIDAK NORMAL

1. Malocclusion dan bertumbuhan gigi kacip yang terlalu panjang.

  tooth_pic_3

 2. Tajam pada sudut dalam atau luar gigi geraham bawah atau bawa. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada lidah arnab, boleh jika serius boleh memotong lidah. Bagi kes gigi geraham atas ia boleh mencederakan  dalam  pipi dan menyebabkan bengkak bernanah.

  tooth_pic_4

 3. Masalah gigi Maloccluded pada geraham adalah kerana gigi tidak tumbuh sempurna dan terus tumbuh panjang. Agar gigi menjadi panjang dan tirus dan jauh masuk kedalam rahang atas dan bawah, menyebabkan tulang bengkak dan bernanah.

tooth_pic_5

4. Akar gigi atas menekan terus duktus/salur air mata dan menyebabkan mata arnab sentiasa berair dan tahi mata terhasil.

tooth_pic_6

 

TANDA TANDA YANG KELIHATAN

percaya atau tidak pada peringkat awal tiada tanda tanda yang menunjukan arnab bermasalah sehinggalah arnab mengalami sintom berikut;

  • hilang selera makan, dan turun berat badan
  • terdapat air liur atau terdapat sisa makanan terlekat pada dagu, bibir dan juga kaki hadapan
  • tidak mahu memakan makan yang agak keras dan hanya memilih yang lembut, misalnya hanya mengambil sayuran dan meninggalkan Hay dan palet
  • nafas yang berbau
  • terdapat bojolan di pipi dibawah mata
  • bojolan pada rahang bawah mulanya kecil dan boleh menjadi besar
  • terdapat kotoran pada pipi atau dagu atau bahagian rahang bawah
  • gigi kacip yang tidak sekata (angkat sedikit bibir untuk periksa). Jika terdapat masalah ini, berkemungkinan gigi geraham juga tidak normal.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

bawalah berjumpa veterinar yang umum mengenai masalah arnab. Biasanya X-ray diperlukan setiap kali kerana masalah ini berlaku memandangkan arnab bukanlah haiwan yang tenang. Dan bagi merawat masalah ini arnab biasanya diarawat dalam keadaan ANESTHESIA atau tidak sedarkan diri. Dan penahan sakit juga adalah salah satu yang perlu bagi merawat masalah ini.

BIasanya jika tidak serius vet akan memotong gigi yang tidak normal tersebut. dan ini biasanya perlu diulangan setiap bulan kerana gigi akan tetap tumbuh. Dam masalah akan berterusan sepanjang hayat arnab tersebut. Rawatan seperti membuang terus gigi yang bermasalah juga mungkin akan dicadangkan oleh veterinar begantung kepada kes. Berbincanglah dengan veterinar anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk arnab anda.

Apa yang harus diingat arnab anda tidak akan menjadi 100% normal dan masih memerlukan pemeriksaan sepanjang hayatnya. Dan jika tampa rawatan akan menyebabkan masalah yang lebih buruk dan kesakitan dan kesensaraan kepada arnab anda.

trim

Trim.. rawatan yang biasa dilakukan oleh Veterinar terhadap masalah  Maloccluded


9 Responses to “Malocclusion – Masalah gigi serius pada arnab”


  1. April 19, 2009 at 5:15 am

    Ugh, I liked! So clear and positively.
    Thanks
    Dirnov

  2. 2 lazybunnys
    April 20, 2009 at 12:26 am

    Dirnov thank for stoping by…. hei.. love yours oso….

  3. April 21, 2009 at 5:43 am

    Interesting, I`ll quote it on my site later.

  4. 4 Newbie Bunny
    April 22, 2009 at 2:36 pm

    Assalamualaikum.. saya adalah pemilik kepada beberapa ekor arnab.. pagi tadi.. saya lihat salah seekor dari arnab saya mengalami cirit-birit.. dan kurang makan.. setelah saya membaca atikel awak.. kebanyakanya menyarankan supaya membawa berjumpa vet.. tetapi dikawasan saya(kampung).. agak sukar untuk saya membawa arnab saya berjumpa vet.. ada langkah2 lain yang boleh saya lakukan untuk merawat arnab saya itu? Thanks

    • 5 lazybunnys
      April 22, 2009 at 4:53 pm

      walaikumsalam… jika arnab cirit birit memang dia akan kurang atau terus tidak makan. Jika tidak ada vet, memang susah. Tetapi perkara yang perlu adalah jangan beri dia makan apa apa sayur. Hanya beri dia makan Hay sahaja dan pellet sahaja. Dan paling penting pastikan arnab minum air agak dia tidak ternyahidrat jika perlu paksa dan suap air, Ini penting kerana kekurangan air dalam badan arnab akan melemahankannya dan boleh menyebabkan kematian. Didalam Post Arnab Dan Masalah Najis, ada saya catatkan ramuan ringkas jenis air untuk diberikan kepada arnab yang mengalami cirit birit. Jika arnab engan makan boleh campurkan Rolled Oat (angaran 1sudu) yang biasa bukan yang segera (ada jual di kedai biasa) bersama pellet. Jika arnab masih sengan makan, kisarkan pellet dengan air dan paksa dia makan dengan mengunakan syringe ( pincagari tanpa jarum).

  5. 6 Newbie Bunny
    April 22, 2009 at 9:14 pm

    Oh.. Thanks nanti saya cuba kaedah tu.. Em.. Satu lg sy nk tanye.. Arnab boleh makan daun pisang x? ^^, bkn apa.. Sy takut itu penyebab arnab sy cirit-birit.. Thanks skali lg..

    • 7 lazybunnys
      April 23, 2009 at 12:20 am

      Oh.. dengan nyatanya saya boleh katakan memang daun pisang penyebab arnab NB cirit birit, ini tidak terjadi pada arnab Lb. Tapi arnab kawan Lb. Anaknya memberikan daun pisang kepada arnabnya dan terkena cirit birit tetapi dibawa ke vet dan selamat. Sekali lagi terjadi perkara yang sama tetapi kali ini terlambat.

  6. 8 3bit
    April 23, 2009 at 11:56 pm

    masa mula2 dpt rabbit, dia cirit-birit (umur dlm 1 bln lebih). So 3bit tukar jenama makanan dan campurkan vitamin dalam minuman dia.. skrg dah 3 bln dah..sihat walafiat..

  7. 9 rabbit house
    June 21, 2010 at 3:59 pm

    asalamualaikum, arnab saya mengalami masaalah yang sama, iaitu gigi tidak normal,sekarang beratnya telah berkurang dengan mendadak kerana tidak mampu untuk mengunyah makanan, sy telah bawanya untuk berjumpa vet. malangnya vet. tersebut enggan memotong gigi arnab tersebut,katanya ianya akan patah sendiri,tetapi apa yang saya lihat giginya amat kukuh untuk patah. apa yang perlu sy lakukan? sy tak sanggup kehilangan arnab tersebut, tlg emailkan ke crat310@yahoo.com. saya amat memerlukan pertolongan. Terima kasih,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: