18
Apr
09

Assalamualaikum (kalau yg Muslim) Hello atau Hai.. (kalau yang Non Muslim)

Hari ini LB nak cerita sikit pasal budi bahasa orang kita orang Malaysia. Kita yang muslim dah tentu diwajibkan memberisalam kalau masuk ke rumah. Berbanding dengan yang bukan Muslim, mereka bertegur sapa dengan mengucapkan Hello atau hai. Bukan kah indah dan seronok kalau kita bertegur sapa.

Bagi Lb masa mula menulis Blog ini tak terfikir akan ada orang yang akan membaca blog Lb ini. Tetapi dengan graf yang meningkat,  blog LB boleh dikatakan tidak kurang daripada 180 klik sehari. Untuk Blog yang baru setahun jagung dan dengan tanggapan Lb sebelum ini, ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca dan menerima ilmu yang Lb cuba sampaikan.

Penulisan Lb tidak seberapa, tetapi Lb bangga kerana dapat memberikan sedikit sebanyak banduan kepada semua. Cuma yang Lb kurang senang dan kecewa dengan sikap sesetangah orang yang mencuri penulisan LB. Lb mengatakan mencuri kerana tidak ada salam dan Hello atau hai. Tiba tiba penulisan dan penat lelah Lb telah tersembul ditempat lain. Lb tidak kisah jika mereka ingin mengunakan penulisan Lb didalam Blog Blog mereka. Tetapi sekurang kurangnya berilah salam atau selamat sejahtera. Lb bukan meminta untuk dibayar, atau diberi penghargaan. Cuma fikirkan apa yang telah Lb lalui. Ya.. penulisan Lb juga berpandukan daripada blog dan web yang berlambak di dalam dunia cyber ini. Tetapi Lb masih perlu meminta izin untuk mempublishkan isi kandungan tersebut didalam Blog Lb. Segala gambar dan Link dan juga isi kandungan perlu mendapat kebenaran daripada  pemilik asal. Dan Lb juga tidak meniru bulat bulat, perterjemahan, pemahaman dan penyusunan semula dilakukan oleh LB.

Jadi Lb berbangga jika apa yang ditulis dan disusun Lb, dianggap berguna oleh semua. Blog Lb adalah terbuka dan tiada watermark atau trade mark. Jadi tidak lah menjadi masalah rasanya jika ada yang ingin COPY and PASTE didalam Blog masing masing. Cuma tidak salah hanya dengan memberi Assalamualaikum dan memberitahu niat suci , untuk mengunakan penulisan LB. Jangan risau Lb akan dengan lapang hati memberi kebenaran untuk mengunakannya. Cuba anda bayangkan jika tiba tiba Harta Kesayangan  anda digunakan dan diambil oleh orang lain tanpa pengetahuan anda. Tak perlu menulis panjang berjela untuk email LB. Cuma berikan salam dan selamat sejahtera dalam ruangan comment Lb.. Cantik juga kalau ruangan itu berisi dan tidak kosong.

Jadi biar Lb dulukan… Assalamualaimum… Selamat sejahtera…. Hello dan Hai….

Gembira berkongsi Ilmu.. dengan anda semua.


7 Responses to “Assalamualaikum (kalau yg Muslim) Hello atau Hai.. (kalau yang Non Muslim)”


  1. 1 darma
    April 18, 2009 at 3:37 am

    lagu mana org dok copy paste hak reka cipta hang? Cuba habak mai cikit.. LOL

  2. 2 lazybunnys
    April 18, 2009 at 4:44 am

    bukan main hang dik.. cakap penang noo…. Tak dak lah..kepada sesiapa yang faham, faham lah.. tak yah lah Lb nak cerita lelebih. Pada adik Darma yang memang akak gelar “King of Info” teruskan usaha yang baik itu.

  3. 3 langbuana
    April 18, 2009 at 9:54 am

    hai lb.. ilmu nie untuk dikongsikan.. lagi banyak org yg tau lagi banyak…. saham kiterr..
    jadi kalau rase taknak share tak payahlah tulis.. kalau dah tulis tue diharap redha dan amik pandangan dari sudut positif.. selalunyer kalau kiter ikhlas menulis tak timbol masalah curi mencuri niee… bebanyak bersabar ekk..

  4. 4 lazybunnys
    April 18, 2009 at 11:06 am

    mmm…terima kasih Langbuana sebab beri salam di dalam Blog Lb. Semestinya penulisan ini ikhlas, dari hati Lb. Hanya kerana Lb menulis didalam BLOG umum dan terbuka, LB tidak boleh berkata apa apa. Mcm Lb cakap Lb bukan minta banyak. cukup sekadar memberi salam.Bukan LB minta duit yang sampai ada yang nak melatah. Sekurang kurangnya kita akan mendapat sahabat baru, dan terjalin silatulrahim. Nampaknya bukan Lb yang tidak positif. Tetapi orang lain memandang disudut negetif.

  5. April 21, 2009 at 7:44 pm

    Btul cakap kak LB. Orang blogging bukan nak mintak credit ke apa ke kalo gunakan hasil penulisan kita. Cuma at least bagitau la.. bukan kena bayar pun kalo bagitau, ye tak?

  6. April 26, 2009 at 1:49 am

    salam..

    i’m Teh,Teh the Bunny…
    I like ur blog..
    can i link u?
    mind link me back?

    • 7 lazybunnys
      April 26, 2009 at 10:02 am

      W’salam

      Hai, Teh the Bunny, THank you for coming in. Yes you can link me, and yes I will link you back.. But… I see your blok just now… but can understand,, heheheh..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: