05
Apr
09

Holland Lop Standard Pertandingan

Dalam post Lb semalam LB ada menulis berkenaan markah markah yang diberikan oleh Juri Juri dalam menilai Holland Lop. Hari ini LB akak kongsikan bagaimana Holland Lop anda boleh mencapai tahap SHOW atau pertandingan.

 Struktur Badan – 32 markah

Nilai markah struktur badan, adalah yang paling besar jumlahnya daripada markah keseluruhan. Ia mengambil 32 markah daripada 100% atau 84% daripada markah keseluruhan. Bagi mendapat markah yang baik. Susuk tubuh Holland Lop keseluruhannya seharusnya pendek, berisi atau besar. Kelebaran bahu dan dada hendaklah lebar dan kompak. Lebar bahu Holland Lop hendaklah berkedudukan rapat dengan Hindquarter. Lebar Hindquarter hendak berukuran kurang atau sama tetapi tidak lebih daripada lebar bahu. Hindquater hendaklah kelihatan bantut atau pendek yang berisi bukan gemuk. Ia kelihatan bulat jika dilihat dari belakang seperti Buah Oren  yang dilekatkan pada sebiji Tembikai susu. Holland Lop yang cantik… mempunyai badan yang kecil dan bulat, berotot . kompak dan mempunyai badan yang seimbang dari segi lebar, panjang dan tinggi.

wellfilledchestwidthofshoulder

cara melihat kelebaran Holland Lop

2to1ratio

  

 

 

 

 

 

Cara melihat panjang SHOW Holland Lop

Struktur Tulang dan Kaki – 10 markah

 Kaki hendaklah pendek, lebar, lurus dan mempunyai struktur tulang yang baik. Bagi penilaian Broken Colour, warna kuku yang biasa adalah putih. Walaubagaimana Holland Lop Broken Colour dengan warna kuku yang berbeza serta tidak sama masih layak untuk menyertai Show. Berbanding dengan Kategori Solid warna kuku yang berbeza, boleh membatalkan penyertaan secara automatik.

 hlemmitt2-375x327

 Cara paling mudah untuk melihat struktur tulang yang baik adalah dengan melihat kaki hadapan, Ia kelihatan besar dan pendek serta lurus apabila digandingkan dengan saiz Holland Lop

 Kepala – 24 markah

Apabila dilihat dari hadapan, ia mempunyai kelebaran yang baik dan sangat kecil dan berisi dan montel.Kedudukan mata dan hidung juga seimbang. Apabila dilihat dari sisi, kepala akan kelihatan agak bulat dengan muka yang terpenyek atau Flat. Mempunyai mata yang bulat dan penuh. Kepala kelihatan besar dan berisi dan terletak tinggi serta rapat dekan bahu.

equallateraltrianglecasperforheadpage

 Telinga – 10 markah

Telinga hendaklah betul betul jatuh/lop dikedua dua belah kepala. Telinga juga harus menunjukan kekuatan kepada Crown. Telinga hendaklah jatuh rapat kepipi dengan permukaan terbukanya mengadap kepala atau kedalam. Apabila dilihat dari hadapan garis luar telinga dan Crown ia kelihatan seperti ladam kuda. Telinga juga hendaklah tebal, berbulu penuh, lebar dan bulat dihujungnya. Telinga juga hendaklah rapat dengan kedudukan mata dan panjang tidak  melebihi 1inci dari rahang.

  lengthofear2

telinga hendaklah rapat dengan mata, dan tidak lebih 1 inci panjang dari rahang. Ia juga lebar dan bulat di hujung. 

Crown – 8 markah

Crown tidaklah memberi markah yang banyak kepada Holland Lop. Tetapi Crown yang tidak baik boleh mengangu penampilan Holland Lop keseluruhannya. Ini adalah kerana Crown berfungsi mengimbangi kedudukan telinga. Crown terhasil daripada kedudukan tulang lembut yang berada diatas kepala. Ini membuatkan  bulu yang tumbuh diatas kepala Holland Lop kelihatan seperti mahkota atau Crown. Crown yang cantik meliputi dari atas mata terus ke atas kepada dan berakhir di atas mata yang bersebelahan. Ia seharunya betul betul berada di atas kepala dan tidak terlalu jauh kebelakang , ini kerana ini memberi impak kepada kedudukan telinga.

crown

kedudukan Crown yang betul

 catoslipped

Kedudukan Crown yang jauh membuat kedudukan telinga dan mata jauh

Struktur Bulu – 7 markah

Bulu hendaklah bersih, sekata, berkilat dan gebu. Panjang bulu hendak lah tidak kurang dari 1 inci. Ia juga harus kembali ke keadaan asal apabila di usap kearah bertentangan. Kulit arnab juga hendaklah bersih dari sebarang jangkitan dan juga luka.

Keadaan Arnab (Kesihatan) – 5 markah

Arnab hendaklah sihat dan ceria. Tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus.

Warna – 4 markah

Warna arnab hendaklah warna yang disenaraikan oleh ARBA.

 UNTUK SANTAPAN MINDA… INI DIA  THE CHAMPION

dazzle2toplinesaynoratn1ppde768f01

 

 

 

 

 


5 Responses to “Holland Lop Standard Pertandingan”


  1. April 5, 2009 at 11:55 am

    Best kan kalo dapat HL yang menepati kriteria show secara keseluruhan. I mean, yang ada semua ciri2 yang LB tunjukkan tuh. Tapi memang mustahil nak dapat pakej 100%.

    Menurut LB, “Warna arnab hendaklah warna yang disenaraikan oleh ARBA”. Lepas ni boleh tak LB huraikan warna2 yang disenaraikan oleh ARBA dan ciri2 yang disqualified dalam post yang berikutnye😀

  2. 2 darma
    April 5, 2009 at 4:35 pm

    Yeah.. “”Lepas ni boleh tak LB huraikan warna2 yang disenaraikan oleh ARBA dan ciri2 yang disqualified dalam post yang berikutnye”” looking forward for this! tq

  3. 3 lazybunnys
    April 5, 2009 at 6:11 pm

    wahh.. ada permintaan lah pulak.. No worries Lb working on it.

  4. April 6, 2009 at 11:50 am

    This is the best HL SOP interpretation I have ever seen. Keep up the good work!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: