28
Mar
09

Arnab Kuat Makan Ke??

Baru baru ni, Lb ada masuk satu forum. Dalam forum tu ada satu tread yang bertajuk Susah Tak Nak Jaga Pet? . Dalam tuu ada soalan , mana senang nak dijaga, Ikan atau Arnab? bagi Lb untuk soalan nie jawapanya senang aje, kalau kita suka sesuatu haiwan tuu, untuk dijaga memang senang. Kalau tak suka memang jadi susah. Dan juga kita kenalah rajin, ya lah nak mencuci najis, nak bagi makan dan sebagainya. Kalau malas dan sekadar nak cakap “EH, aku pun ada Pet juga”… tak bolehlah sebab bukan apa kesian dengan haiwan tu.

Kemudian di dalam tread itu juga timbul satu kenyataan , oleh salah seorang forumer. Kenyataan itu adalah ” saya suka dengan arnab, comel boleh dibelai belai, tapi ARNAB NIE KUAT MAKAN….”  emmm.. betul ke arnab kuat makan. Jadi Lb kat sini cuba kongsi berkenaan jumlah yang cukup untuk arnab. Sebenarnya arnab bukanlah kuat makan, tetapi kemar mengunyah. Ini adalah bertujuan mengasah giginya. Kenapa? kerana gigi arnab tidak ada tempoh matang, dan ia sentiasa membesar dan menjadi panjang. Dan jika ini berlaku ia tidak baik untuk kesihatan arnab tersebut.

Seperti manusia, kuantiti makanan yang diambil oleh arnab bergantung kepada saiz badan, jantina dan juga umur. Jika arnab berbaka besar, sedang dalam peringkat pertumbuhan, bunting atau menyusukan kuantiti makanan adalah besar. Dan kalau sebaliknya jumlah pengambilan juga sedikit. Faktor persekitaran juga adalah salah satu faktor, jika arnab yang dikurung didalam sangkar yang kecil, dipercayai arnab akan kuat makan. Jadi jika arnab anda dikurung didalam sangkar bekalkan blok kayu, hay  atau permainan untuknya. Kerana arnab yang bosan hanya akan mengabiskan masanya dengan makan, makan dan makan.

Didalam rabbitry kecil, diet yang Lb amalkan adalah Oxbow Pellet, Hay , sayuran dan sesekali Buah dan bijirin organik sebagai makanan ringan dan tambahan. Untuk mengetahui DiEt yang baik untuk arnab dah Lb catatkan didalam Page Penjagaan Asas. Didalam Rabittry mini Lb terdapat 3 ekor Arnab yang telah mencapai umur matang.

Jika mengikut pro, sukatan yang pelet yang  dicadangkan adalah seperti berikut;

 

Berat Arnab

Dalam Pounds

 

 

1 Tahun Kebawah

( Tahap Pembesaran )

 

1 Tahun keatas

( Arnab Matang)

 

1-3

Tanpa Had

1/8 cawan

4-7

Tanpa Had

¼ ke 1/3 cawan

8-10

Tanpa Had

1/3 ke ½  cawan

10+

Tanpa Had

¾  cawan

*** Jadual tersebut berdasarkan sukatan yang dicadangkan oleh OXbow Hay Company  

Bagi Lb pula, Lb memberikan lebih kurang 1/2 cawan kepada setiap arnab LB setiap hari. Ini bergantung juga kepada cuaca, jika musim hujan jumlah ini mungkin bertambah. Disamping itu Hay adalah penting didalam rabittry Lb. Lb memberikan ekses hay yang berterusan kepada arnab LB. Bagi diet sayuran segar, Celery dan Bok Choy menjadi pilihan LB. Kadar yang diberikan adalah 1/2 cawan bagi setiap arnab dan diberikan berselang hari dan berjadual. Capuran bijirin seperti Oat dan barli juga diberikan selang sehari sebanyak 1 sudu kecil juga berselang hari. Pada hujung minggu arnab arnab LB akan diberikan 1/4 buah buahan sama ada betik, nenas, apple ( dibuang tangkai biji dan dikupas kulit) atau melon.

Harus diingat sukatan diet yang Lb berikan adalah kepada arnab Lb yang matang, dan bukan untuk arnab yang sedang membesar, bunting atau menyusukan. Bagi arnab yang berumur 6 bulan kebawah Lb hanya memberikan diet pelet dan Hay Alfalfa tanpa had, dan tidak memberikan sayur sayuran, bijirin dan juga buah buahan. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih muda.

Budget.   

Sekarang Lb kongsikan BUdget atau peruntukan untuk makanan didalam rabbitry LB dalam sebulan.

Kiraan ini adalah bagi pemakanan 3 ekor arnab dalam Rabittry LB

Item

RM

Nota

Pellet

( BUnny Basic/T)

10lb ( >5kg)   

55.90

LB hanya mengunakan

> 1beg sahaja sebulan

Hay

Alfalfa/Timorty (2kg)

42.00

 

Sayur-

Sayuran

15.00

Anggaran RM4 seminggu

Buah

Buahan

4.00

Diberi pada hujung minggu anggara harga sepotong Betik RM1.00

Bijirin

Oat dan Barli

10.00

 

 

Jumlah

 

 

129.90

 

Purata RM 4.00 sehari untuk 3 ekor arnab LB

Pengambilan jumlah pelet juga berubah mengikut kualiti pelet tersebut.

Jadi, setelah di kira kira, tidak lah begitu banyak budget yang diperlukan, untuk memelihara arnab dengan memberikan makanan yang baik dan berkhasiat. Kenapa Lb mengatakan makanan yang baik dan berkhasiat. Dalam pemakanan arnab dan juga kita manusia, bukan kuantiti yang menentukan tahap kesihatan tetapi kualiti dan khasiat yang masuk kedalam tubuh badan.


10 Responses to “Arnab Kuat Makan Ke??”


  1. March 28, 2009 at 9:00 pm

    LB, apa jenis oat dan barli yang sesuai? Organik sahaja? Kalo yang instant mcam Quaker Oat tu boleh?

  2. 2 lazybunnys
    March 28, 2009 at 9:09 pm

    Oat dan barli yang diberikan adalah organic Rolled Oat dan bukan yang Instant ya… dan jangan beri banyak sangat.. sesudu kecil sahaja

  3. 3 sarah
    April 6, 2009 at 1:40 pm

    first of all,saya mntak maap kalu myusahkan lb.tp saya ada 1 soalan yg kalu bleh nk mntak cdangan lb.baru2 ni saya dpt 3 ekor arnab yang blm mnjangkau usia 4 bln..pada owner yg dlu saya d beritahu yg sume arnab x mkn pellet..hny mkn sayuran shj.saya cuba cmpurkan sayur dan pellet dlam diet tp lngsung x d jamah nya.oleh krn risau saya amik jgk carrot..blm smpat msukan dlm bekas..sume muka happy n x sbar nk mkn..saya cube tok amalkan hay tp nmpaknya kesume x mnunjukan mnat..lebih merisaukan,air yg d bekalkan pn x bapa nk mnum..mcm mna..dr segi ksihatan,nmpak bgus..

  4. 4 lazybunnys
    April 6, 2009 at 5:09 pm

    Ok.. Sarah soalan nie tak menyusahkan langsung. Saya gembira sebab Sarah sangat mengambil berat tentang Arnab dalam jagaan Sarah. Ok memandangkan arnab Sarah diberi makan sayur sepenuhnya, jadi memang pemgambilan air menhadi kurang, kerana sayur mengandungi kandungan air yang tinggi. Kalau dari kesihatan nampak bagus jadi tak menjadi masalah kalau sarah nak teruskan diet sayuran tu. Tapi jika Sarah nak menukar kepada diet pellet dan hay. Maka sarah kena jadi Zalim sedikit.Takk.. bukan Lb suruh sarah pukul arnab Sarah.Cuma jangan beri mereka sayur lagi, hanya beri pellet dan hay. Biarkan dan mungkin arnab sarah tidak akan makan selama 1-2 hari tanda mogok dan mungkin juga arnab akan terbalikan mangkuk pellet,mengais pellet keluar dari mangkuk dan menyepahkan hay. Tapi percayalah ia akan makan juga.Arnab macam kanak kanak, dia minta diberi perhatian. Jadi teruskan saja tapi jika hari ketiga masih tidak makan beri sayuran dalam kuantiti yang sedikit.Berkenaan hay, Lb tak tahu hay apa yang Sarah berikan. Tetapi buat masa ini Alfalfa adalah yang terbaik. Dan biasanya semua arnab mengemari Alfalfa hay.

  5. 5 nor nadiah
    October 17, 2009 at 3:19 pm

    saye ada satu pertanyaan arnab saye suka mkn pellet.kalu saye bg dia mkn kangkung,karrot dan sawi dia jenis tk mkn sangat.kalau saye bg vitamin yg jenis air pun dia tk nk minum.

    • 6 Nadia
      November 16, 2009 at 6:02 pm

      nadiah jgn bagi mkn kangkung bnyk sgt,nnti mati cam rabbit sy…huhu…ataupown xyah bagi langsung kangkung x kira dia suka ke x…😦

  6. 7 rubi
    March 29, 2010 at 4:33 pm

    lb..cmne kalu arnb kitetu cirit..ape perlu buat?thx..

  7. 9 wawa
    May 4, 2010 at 9:31 pm

    kenapa tetiba degupan jantung arnab saya jadi kuat macam tersemput2?

  8. 10 eifa
    May 30, 2010 at 11:22 am

    salam..LB eifa nak tnya..smlm eifa ada beli seekor arnab sbb tuk jdkkan kwan kpd arnab eifa hak mybe dah matang,,dia betina…tp arnab yg eifa bru beli nie kcik lagi..bila eifa letakkan mereka bersama arnab hak besar selalu dok kjar hak kcik nie..rasa ksihan sbb arnab hak besar nie duk jew kat tmpt mknn jdk yg kcik nie xleh nak makn…bila dah cmtu eifa pn asingkan mereka..arnab yg kecik nie jntan..sbnarnya tjuan tuk eifa beli tu pn tuk kasi hak besar tu bunting..tp xsgka plak jdk cmni..hOpe sgt LB dpt tolong…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: