25
Mar
09

Guna Mangkuk atau Botol

Lb ada banyak terima email berkenaan pengunaan botol atau mangkuk untuk mengisi air minuman arnab.

Lb menulis ini mengikut pengalaman Lb.

Bagi Lb apa yang Lb gunakan atau praktikan didalam Rabittry mini Lb bukan untuk kemudahan Lb tetapi arnab arnab Lb. Selama Lb memelihara arnab. Dah macam macam kaedah Lb gunakan untuk kemudahan Lb. Tapi setelah difikirkan apa yang mudah bagi Lb tidak semestinya mudah bagi penghuni dalam Rabbitry mini .

Ada bermacam macam jenis botol air di pasaran. Dan Lb boleh dikatakan mencuba semua jenis. Dari yang kecil hingga yang besar. Dari yang bersaiz beberapa ouns sehingga yang boleh ditekan sebesar botol coca-cola yang bersaiz 1.5 litter. Dalam pada itu bermacam macam masalah juga timbul . Memang kualiti air mengunakan botol air tuu bersih. dan juga dapat menjimatkan ruang dalam sangkar yang sempit dan juga memudahkan pemilik kerana boleh boleh letak kuantiti air yang lebih.

p3250006

Botol botol yang ada lama koleksi Lb… bagus tapi tak cukup praktik untuk Rabbitry LB

Tapi ada juga masalah lain yang Lb selalu hadapi dengan pengunaan botol air nie masalah yang kerap adalah LICKING atau bocor bukan pada botol tetapi pada menyedut besi tuu. bebola besi tu selalu aje ada masalah yang membuat ia terus mengeluarkan air. Yang mana air habis terbuang bukan diminum arnab. Masalah ini juga terjadi semasa arnab cuba minum dari botol tersebut. Yang mana pandai ok lah yang tak pandai air lebih banyak terbuang daripada diminum. Selain dari itu , air juga cepat berlumut hijau dan kadang kadang  terus tersumbat. Lb juga kesian melihat arnab Lb yang semacam tidak puas menikmati air. Dimana Lb rasa dengan mengunakan botol ini arnab hanya minum untuk menghilangkan dahaga sahaja.  Oleh sebab itu Lb telah bertukar daripada mengunakan botol kepada mengunakan mangkuk ceramic.

p3250003

Mangkuk ceramik … mengunakan ruang yang besar dan mudah diterbalikan oleh arnab

Dengan mengunakan mangkuk ceramic Lb lihat arnab Lb minum lebih banyak air, mula mula terkejut melihat kuantiti air yang diambil oleh arnab Lb dan sedih juga sebab selama ini rupanya arnab arnab Lb rupanya tidak puas minum melalui botol air tu. Dan yang paling menarik ialah apabila musim panas Eclipse akan merendamkan telinganya didalam air. Secara teorinya Lb mengandaikan bahawa itu adalah salah satu cara arnab mengimbangi suhu badanya. Tahukan anda arnab tidak berpeluh? arnab mengunakan telinganya untuk mengimbangi suhu badan.

Masalah yang dihadapi mengunakan Mangkuk ceramic ini ialah arnab gemar menterbalikannya. Maka sekali lagi Lb bertukar kepada mangkuk plastic yang mempunyai cangkuk dawai dan meyangkutnya pada jeriji sangkar. Setakat ini LB berpuas hati dengan penggunaan mangkuk plastik ini. Cuma ia memang tiada praktik untuk LB kerana, Lb terpaksa menambah air selalu (arnab minum dengan banyak) dan memeriksa air dengan kerap, kerana mungkin terdapat pellet atau najis didalamnya. Dan pada musim MOLTING terdapat bulu didalamnya. Macam yang Lb katakan tadi,  yang penting  apa yang Lb gunakan, cukup  praktik dan baik untuk arnab LB.

Begitulah daripada botol berharga hampir RM20.00 ke mangkuk seramic berharga RM 8.00 ke mangkuk plastik yang hanya berharga RM 3.00. Bukan penjimatan kos atau harga yang menjadi ukuran.Tetapi kebaikan pengunaannya. Sejauh mana ia baik untuk anda tak bermakna ia baik untuk arnab. Yang harus anda utamakan dan fikirkan siapa yang mengunakan nya, anda atau arnab . Satu soalan yang pernah LB jumpa.

Sekiranya kita arnab atau kita dahaga yang keterlaluan adakah kita memilih untuk minum dari botol atau cawan??

p3250002

 Inilah yang paling praktikal buat Lb dan Arnab Lb…  mangkuk plastic dengan cangkuk RM 3.00 sahaja.


1 Response to “Guna Mangkuk atau Botol”


  1. March 25, 2009 at 7:34 pm

    So far, i puas hati pakai nozzel biru yang boleh fix into mineral bottle.. sesuai kalo i kena tinggalkan rabbit i tanpa jagaan sesiapa (balik kampung atau lari dari rumah :P). Tapi flow air dari nozzle biru tu agak heavy, jadik i still cangkukkan bowl plastik untuk tadah lebihan flow tu. Plastic bowl tu pun kena cuci hari2 sbb my rabbits shed a lot. Penuh bulu dan hay dalam bowl. Poops pun boleh ada kadang2😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: