19
Mar
09

Extremly Into Holland Lop

Lb baru sahaja berjinak jinak untuk membiak baka arnab Holland Lop. Jangan lah silap dan cepat melatah.Lb bukan Breeder atau pembiak baka komersial. Lb membiak baka Holland Lop bukan untuk dipasarkan secara besar besaran atau ingin memonopoli pasaran Holland Lop kat Malaysia nie. Lb hanya memenuhi hobi Lb, dan minat Lb dengan arnab baka Holland Lop. Dan minat ini Lb kongsikan dengan rakan dan pencinta Holland Lop yang sebenar. Siapalah Lb kalau nak dibandingkan dengan nama nama besar dalam penternakan arnab, dan tak terlintas langsung untuk bersaing dengan mereka . Dan tidak terlibat langsung dengan mereka. Apa yang Lb tahu bagi hobi ini, Lb mahukan yang terbaik.

Sebelum nie Lb hanya membuat bacaan, carian dan rujukan mengenai Holland Lop. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dibaca didalam dunia Holland Lop. Yang seronoknya, semakin dibaca semakin banyak pula yang Lb perlu baca dah ketahui. Atau dalam kata lain terlalu banyak specifikasi dan juga pegetahuan mengenai Holland Lop dan juga arnab.Walaupun semua yang Lb baca mengenai Holland Lop adalah mengenai Show Standart dan tidak salah rasanya kalau LB nak kan Holland Lop berkualiti tinggi macam tu. Dan memandangkan kebanyakan pembacaan dan maklumat yang diberikan  hampir kesemuanya didalam bahasa Inggeris maka Lb ingin berkongsi maklumat tersebut dengan yang ingin mengetahuinya. Maka terhasilah Blog Lb ini.  Penulisan blog Lb ini bukan sahaja ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan tetapi juga membuatkan Lb lebih memahami apa yang Lb baca. Dan sebagai bonus Lb mendapat sahabat dan kenalan baru dari jauh dan dekat di seluruh Malaysia. Nak kata dunia tidak lah kan, memandangkan Blog Lb berbahasa Malaysia.

Seperti yang  Lb katakan tadi ini adalah semata mata hobi, jadi jangan lah bertanyakan Lb macamana nak mengawankan arnab dengan arnab, sebab Lb bukan breeder. Kalau Lb breeder bukan 3 arnab tapi dah serata malaysia dah perginya. Walaubagaimana pun Lb sedia menjawab setiap soalan yang ditanya, kalau bukan dari pembacaan , Lb cuba menjawab dari pengalaman yang LB dapat dari sahabat yang lebih lama dalam dunia arnab. Sahabat sahabat Lb yang berkongsi pengalaman terdiri daripada Pembiak Baka , Pengemar arnab dan juga pemilik arnab yang begitu sayangkan arnab mereka. Lb juga sedia menerima setiap Ilmu yang ingin disampaikan kepada Lb. Bagi Lb ilmu ada dimana dan boleh dipelajari bukan saja dari buku, tapi juga daripada orang yang berpengalaman. Tidak kira orang itu hanya mempunyai seekor arnab atau Seladang  arnab atau langsung tidak mempunyai arnab. Semuanya terpulang kepada individu untuk mengikut ilmu yang mana. Kadang kadang kalau mengikut saja, maka wujudlah ilmu atau ajaran sesat.

Hobi LB adalah Holland Lop. Jadi setiap arnab yang ada didalam rabbitry kecil itu adalah kesayangan Lb. Sudah namanya hobi, setiap orang yang mempunyai hobi mempunyai tahap tinggi dalam hobi masing masing. Misalnya pengumpul barang antik, mahukan barang yang paling bersejarah. Pengemar kereta Lumba, mahukan kereta yang terbaik dengan kelajuan Horse Power yang Vroooommmmm…. Bagi yang hobinya memancing, pun pasti ada yang paling baik diantara terbaik perkakasan memancing yang dikehendakinya… Lb nak cakap pun tak pandai sebab itu bukan Hobi LB. 

Dan seperti kebanyakan hobi, setiap pemiliknya akan berbelanja tanpa memandang kanan dan kiri..hehehe.. boleh LB kata macam nie.. hanya untuk menjaga kepentingan, mutu, kualiti dan kecantikannya. Dalam kata bahasa penjajah ” High-Maintenance”.  Begitu lah Lb dan sahabat yang gila dengan Holland Lop. Wang dan ringgit keluar seperti air paip JBA atau SYABAS hanya untuk membeli makanan yang bermutu. Kalau difikirkan apa lah sangat akhirnya nanti arnab arnab tu akan berak dan keluarnya sama aje bentuknya.. Bulat bulat bukan keluar emas pun. hahahaha…  Tapi itulah Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Kalau baik yang kita bagi , baik jugalah hasilnya nanti.

Bukan sahaja makanan dan  sangkar, kalau boleh bekas makanan dan minuman untuk Holland lop tuu pun kalau boleh ditempah khas. Belum dikira masa yang dihabiskan untuk mengrooming, memotong kuku, membelek telinga, mulut dan kaki dan juga belanja ke veterinar . Bila difikir gila juga. Tapi itulah tanggungjawab yang dipenuhi  keikhlasan semuanya datang semulajadi. 

Jadi bagi yang hobinya atau minatnya setinggi atau dalam bahasa penjajah ” EXtream” macam Lb teruskan lakukan yang terbaik untuk Hobi kita dan juga tingkatkan kualiti Holland Lop kita. Walaupun di Malaysia ini tak ada “Rabbit Show”  seperti di luar negara, tapi tak semestinya kita tidak boleh memiliki Holland Lop berkualiti Show. Bukan untuk senangkan hati orang lain tetapi untuk kepuasan diri kita sendiri.

So Welcome To Holland Lop World…..


2 Responses to “Extremly Into Holland Lop”


  1. March 20, 2009 at 12:41 am

    Nak kata high-maintenance or extreme tu taklah kot…Cuma bagi i, kalo buat sesuatu benda, biar bersungguh dan berpuas hati. Kalo nak ikutkan, banyak lagi pet lain yang high-maintenance.

    Lagipun, bukannya kita spend untuk benda2 yang tak penting, kan? Spend banyak2 pun biasanya untuk makanan dan perubatan je. Kalo makanan berkualiti, nak dapat sakit pun jarang sekali.

  2. March 20, 2009 at 12:46 am

    Setuju 100%. Kalau nak buat sesuatu, biarlah dibuatnya dari hati dengan penuh keikhlasan. Bukan untuk wang ringgit semata-mata. Tak perlu sampai menjimat jimat kurang kos berbagai bagai rupa dan bentuk. Harap mencapai kejayaan dan hati gembira selalu memberi yang paling baik kepada arnab arnab kesayangan….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: