18
Mar
09

Earth Hour, 28hb Mac 2009

Hari ini Lb tak cerita mengenai Holland Lop, tetapi cerita dengan kempen yang sedang dijalankan di seluruh dunia. Kempen memadamkan lampu untuk kempen EARTH HOUR.

Ok… memandangkan iklannyer selalu keluar kat TV… dan juga memandangkan Lb dan Rabbitry kecil nie jua terasakan kesan pemanasan Global. Jadi kami semua setuju untuk sama-sama menyokong EARTH HOUR.

Pada 28 Mac 2009, jam 8.30pm iaitu waktu perdana, 1000 bandar dan bandaraya seluruh dunia akan menutup pengunaan lampu selama SATU JAM – bagi menyampaikan mesej bagi mengawal/memangsuhkan PEMANASAN GLOBAL

Ia sebenarnya dimulakan di Sydney pada tahun 2007 dimana lampu dimatikan selama 1 jam, dan ia berkembang ke 370 bandar dan desa di 35 buah Negara merentasi 18 timezones, dan kempen dikembangkan daripada Sydney ke seluruh dunia setahun kemudiannya. Sekurang kurangnya 50 ke 100 juta orang seluruh dunia telah mematikan lampu mereka pada Earth Hour 2008, tanda mercu megah seperti Golden Gate Bridge. Coliseum di Rome, The Coke Billboard di Time Square and HOtel Jumeirah di Dubai bergelap selama 1 jam.

Dan pada Earth Hour 2009 ini kita mengharapkan jumlah yang lebih besar dapat dikumpulkan, acara ini juga dapat menyatukan lebih 1 bilion manusia seluruh dunia, di lebih 1000 bandar, dari Peniaga, Usahawan , bandan berkanun dan kerajaan dan mematikan lampu mereka mengikut Earth Hour bandar masing masing. Bertujuan menyampaikan mesej kepada pemimpin dunia untuk menyatakan di  United Nations Climate Change Conferende Copenhagen 2009 tentang komitmen yang perlu dibuat dan diambil bagi mengurangi Kesan Gas rumah hijau bagi kebaikan dunia hari ini dan esok.

Tahun ini 62 Negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk menyertai di dalam WWF’s Earth Hour 2009. Ini adalah penyertaan julung kali bagi Malaysia secara rasmi menyertai Earth Hour dan PM kita Pak Lah telah menyatakan sokonganya dan menyatakan penyertaan Malaysia.

Untuk menyatakan rasa cinta dan sayangkan dunia hari ini dan untuk generasi akan datang …. daftarlah dan nyatakan sokongan anda … hanya dengan memadamkan lampu hanya selama 1 JAM pasa 28 MAc 2009, 8.30 pm hingga 9.30 pm. Click dan DAFTAR di EARTH HOUR 2009 

 P/s : Eh…. diorang suruh padan lampu aje kan…. nak tengok TV boleh ke?  Tv bukan kategori lampu kannn…kan…kan….


2 Responses to “Earth Hour, 28hb Mac 2009”


  1. March 18, 2009 at 7:55 pm

    Owh, ini keje kak yan menaip berjam-jam semalam ey?

  2. 2 lazybunnys
    March 18, 2009 at 8:29 pm

    ting..ting…!!! betul… 10 markah untuk kuda bebilon…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: