14
Mar
09

Kematian mengejut… Milo In loving memory..10/11/2008…

Kematian mengejut haiwan  kesayang memang  merobek hati dan menyedihkan. Lebih lebih lagi jika haiwan tersebut tidak menunjukan apa-apa tanda sakit dan besikap seperti biasa. Ini lah yang di lalui Lb. Milo adalah  adik beradik kepada Koko. Tidak seperti koko, Milo adalah arnab yang normal dan juga sangat manja. Ia arnab jantan yang telah siap dikembiri.

Petang 10/11/2008 macam biasa LB akak memanjakan Milo dan koko. Dia macam biasa duduk di riba Lb dan minta dibelai. Takda sebarang tanda sakit atau kurang selesa. Dia makan seperti biasa dan najis nya juga seperti biasa. Cuma petang itu memang hujan lebat dengan bunyi guruh dan juga petir. Tetapi Lb tidak menyangka apa apa akan berlaku, sebab sebelum ini pun petir dan guruh sudah biasa berlaku.

pa230271

Milo Cukup Manja dengan LB.. kat belakang tu Koko. 

Lebih kurang jam 7.00pm Lb memasukan Milo dan koko ke dalam bilik yang dikhaskan untuk mereka. Lm meneruskan urusan seperti memasak makan malam seperti biasa. Setelah selesai lebih kurang jam 8.00pm. Lb membuka pintu bilik mereka dan mendapati Milo terbaring terbujur kaku. Jantung Lb rasa tak terjatuh, Lb memangil nama Milo berulangkali tetapi sedikit pergerakan pun tiada. Lb sudah kehilangan Milo. Air mata tak dapat dibendung lagi. Rasa tak percaya dan tak mungkin berlegar legar di kepala. Sesunguhnya tuhan lebih menyayagi Milo. Lb bersyukur kerana tuhan meminjamkan Milo kepada Lb walaupun sekejap.

Begitulah, arnab adalah haiwan yang cukup sensitif, tanpa sebab yang konkrit mereka boleh mati. Jantung mereka cukup lemah. Lb cukup yakin kilat dan petir yang kuat pada malam itu membuatkan Milo ketakutan sehingga jantungnya tidak dapat bertahan. Kematian Milo cukup mudah dan bersih, tanpa sebarang luka dan setitik darah keluar dari tubuhnya yang kecil itu.

Selepas kejadian itu Lb cukup berhati hati dan berjaga jaga dengan setiap tingkah laku dan juga perubahan samaada yang ketara atau tidak dikalangan arnab jagaan Lb. Malang tidak berbau. Ajal dan maut di tangan tuhan, kita hanya perlu peka dan menjaga selagi terdaya.

new-rabbit

milo-ripMilo.. Binky Free Sayang..

Hakikat bahawa arnab adalah haiwan yang cukup sensitif adalah sesuatu yang harus diterima. Sehinggakan ketakutan yang amat sangat boleh mangancam dan boleh menyebabkan kematian. Banyak lagi sebab yang boleh disebab kan oleh kematian mengejut arnab antaranya….

  • Bacterial infections (eg Pasteurellosis**)
  • Enterotoxaemia
  • Mucoid enteropathy
  • Myocardial disease
  • Myxomatosis 
  • Neoplasia (cancer)
  • Rabbit pox
  • Retained placenta in does
  • Salmonellosis (rare)
  • Septicaemia (due to colibacillosis)
  • Toxaemia (eg clostridium following pregnancy)
  • Toxoplasmosis
  • Tularaemia
  • Urolithiasis

Kita sebagai pemilik hanya perlu peka dengan mereka.

 


1 Response to “Kematian mengejut… Milo In loving memory..10/11/2008…”


  1. March 14, 2009 at 11:27 pm

    Sedihnya baca kisah Milo. Mesti LB sedih.. Lelagi kalo babay Danial sibuk je bertanya mana Milo pergi.. Jangan sedih2 ye… Tentu skang ni Milo dah dapat kawan2 baru di ‘sana’.

    Achilles is going to be neutered tomorrow morning.. Alfie and Maxie will be nuetered in the following weeks. Wish us luck ya.. I’m darn nervous, Tuhan je yang tau.. Hopefully everything will be ok to my boys.

    The Fluffies’ mom


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: