04
Mar
09

Alamak.. arnab saya tak suka saya…..

hehehe… rasa kelakar pun ada, kesian pun ada. Banyak juga yang Lb jumpa pemilik pemilik arnab sebagai Pet … menyuarakan rasa sedih dan kecewa didalam forum, yang arnab mereka tak sukakan mereka dan garang.

Sebenarnya pemilik ini tidak faham, arnab bukan lah seperti kucing atau anjing. Walaupun sebenarnya arnab adalah haiwan yang suka bergaul dan juga manja tetapi caranya adalah berbeza. Tahukan anda yang arnab boleh dilatih untuk mengetahui namanya sendiri. Cara nya mudah sahaja, ketika memberikan mereka makan atau minum atau menghampiri sangkar pangil sahaja namanya. Lebih mudah jika kita mengunakan makanan kegemaran mereka misalnya sayur sayuran, buah buahan dan juga kismis.

Jika arnab anda meronta ketika anda cuba megangkatnya.. janganlah mengatakan yang mereka bencikan anda. Sebenarnya arnab bukanlah haiwan yang suka diangkat atau didukung. Malah tindakan kita cuba mengangkat arnab lebih tinggi dari paras lantai amatlah merbahaya sekali. Mengapa? ini adalah kerana ranab menpunyai tulang yang agak lemah. Sekiranya terjadi kejadian,  arnab anda meronta semasa di dukung dan terlepas lalu terjatuh berkemungkinan besar tulang belakang atau kakinya boleh cedera. Jika ini berlaku arnab anda mungkin tidak dapat diselamatkan dan juga mungkin juga berlaku kecacatan.

Jadi bagaimana saya boleh memanjakan arnab saya? arnab sebenarnya haiwan yang cukup mudah, anda hanya perlu duduk bersebelah dengan mereka buat permulaan. Usap kepala dan badan.. kerana arnab amat gemarkan usap yang mesra dan lembut daripada anda.  Memanjakan arnab memakan masa sedikit tetapi ini terpulang kepada berapa banyak masa anda menhabiskan bersamanya. Apabila arnab sudah menaruh kepercayaan kepada anda sebagai Tuan mereka. Dengan sendirinya mereka akan berasa selesa dan selamat disamping anda. Ya.. bukan anda yang memilih arnab tetapi arnab yang memilih anda. Arnab hanya akan berasa mesra dan selesa sekiranya mereka menaruh kepercayaan mereka terhadap tuan dan juga persekitaran. Arnab adalah haiwan yang berhati hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu.

Dalam banyak banyak bacaan yang Lb buat.. hanya satu sahaja yang Lb tak fikir yang ia boleh berjaya dan tidak pernah cuba untuk melakukannya. Seorang pembiak baka menyatakan…untuk membuat arnab jinak.. sapukan peluh anda kepada badan arnab dan katanya lagi jika boleh campurkan peluh anda kedalam minuman arnab tersebut..

Minta maaf sekiranya ada yang berasa kurang selesa. Tetapi Lb di sini hanya berkongsi pendapat. Mungkin masing masing ada cara dan pendapat masing masing. Tetapi bagi LB cara yang paling berkesan adalah dengan mengabiskan lebih masa dengan haiwan kesayangan kita ini.

p2240442

 Blueberry adalah arnab yang agak bengis dalam rabbitry mini. Itu hanya untuk  hari yang pertama.. tetapi setelah setiap hari Lb berbual, menyuap ia makan dan juga mengusapnya.. Ia adalah arnab yang paling mesra di dalam Rabittry mini. Lb juga terkejut,apabila Blueberry begitu lembut dan baik sekali apabila Lb menemukannya dengan Koko seekor lagi arnab betina didalam rabbitry , kerana menurut pemilik asal Blueberry agak garang dan mungkin akan bergaduh sekiranya bertemu dengan arnab yang lain.  

Jadi walau apa pun. Sabar adalah kunci segalanya. Tiada jalan yang mudah untuk mendapat yang terbaik. So.. enjoy playing with our rabbit.


4 Responses to “Alamak.. arnab saya tak suka saya…..”


  1. March 5, 2009 at 8:08 am

    Peluh dalam air minimum. Cukup menarik pendapat ini tetapi tidak mungkin saya akan menggunakan cara ini. Tapi bagi mereka yang ingin cuba, simpanlah peluh selepas permainan badminton atau futsal. Semestinya mujarab!

  2. 2 lazybunnys
    March 5, 2009 at 10:05 am

    hehehehe… sama lah dengan LB. bila terbaca pendapat ini, memang tersangatlah tidak percayanya, tapi itulah, kita berkongsi pendapat dan info. Jangan terkejut dengan 101 pendapat yang mungkin kadangkala tidak logik bagi kita untuk mengikutnya. Tepuk dada tanya selera.

  3. March 5, 2009 at 9:25 pm

    Peluh? Yikes!

    Rabbit memang dah jinak.. tak payah la peluh2 ni.. lainlah macam haiwan yang agak buas cam angsa ke, anjing ke.. anak rimau ke..kalo haiwan2 camni, tuan dia kena kumur air dalam mulut dan semburkan pada pada badan haiwan tersebut.. yikes jugak.. kalo nak lebih mujarab, luahkan air kumur tadi dalam bekas minuman haiwan tu..ni lagi yikes gile!!

  4. 4 hafizah
    May 28, 2010 at 9:24 pm

    hyee..
    sy nk ty, arnab sy terkepit pintu tgnnye…so die dh xleh jaln gn tgn2…cian jln 3kaki je…tgn die lebam…ape yg perlu sy buat???adakah die akn cct selame-lamenye?//huhu tlg sy


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: