25
Feb
09

Ngum..ngum..hari Bonus

Biasanya Lb akan pastikan setiap hari minggu Lb akan berikan sepotong betik kepada setiap rabbit yang ada dalam rabbitry. Tapi memandangkan hari minggu yang lalu Lb sedikit sibuk dan tak berkesempatan untuk membeli betik. Betik pun dah naik harga, kalau dulu satu kilo hanya beberapa sen sahaja dan kalau bernasib baik boleh dapat free aje dari makcik rumah sebelah. heheh.. mungkin Lb boleh tabur biji betik yang Lb dapat dari betik yang Lb beli kat tanah sebarang jalan. Maklumlah rumah sekarang dah lah mahal tanah pun sekangkang anak kera. Jadi nak bercucuk tanam untuk makan sendiri pun takdapat. Kalau nak tanam juga boleh lah tanam dalam pasu. Tapi yang lb maksudkan pokok betik… sebesar manalah agaknya pasu Lb nak cari untuk tanam pokok betik. Jadi sebagai alternatifnya … tanah yang tepi jalan tu lah tempat Lb berjudi… campak aje biji betik tuu.. kalau menang  boleh merasa buah betik free kalau kalah kena lah beli.

ok… hari nie dapatlah Lb beli sepotong betik dari apek yang menjaja dengan menaiki  motor, sepotong RM1.00 …heheh Lb ingat dulu-dulu sepotong baru Rm0.50 , tak pe lah.. kesian juga kat apek tuu cari makan tengah panas.. jerit-jerit panggil costumer untuk beli buah potong-potong. Lb beli 2 potong.. satu untuk Lb dan satu lagi untuk Eclipse , Bb,Koko dan juga Charlyz ( LB jadi rabbit sitter untuk 2 hari).

Lb cadangkan memberi arnab buah buahan seminggu 1-2 kali. Ini bukan sahaja memberi bonus kepada arnab tetapi juga bagus untuk sistem penghadaman mereka. Tapi kalau arnab anda tak mahu makan betik… jangan lah marah .. sebab arnab nie haiwan yang memilih dan mempunyai kegemaran masing-masing. Lb cakap macam nie sebab antara 4 ekor arnab yang diberikan betik harinie…. hanya charlyz yang tak layan pun betik yang Lb berikan. Bila ditanya pada tuan dia.. katanya dia memang tak suka semua buah.

Ayoo… senang lah macam tuu.. jimat belanja kata Lb dalam hati.

Nasihat LB… cuba perkenalkan satu persatu buah-buahan yang ingin diberikan kepada arnab. Ini bukan saja dapat mengenali sikap arnab anda, tetapi juga senang mengenal punca dan sebab sekiranya berlaku cirit birit atau kemurungan yang bersabit dengan GI.
mm…. Buah-buahan dikategerikan sebagai makanan ringan kepada arnab atau pun treat. Jadi seperti kanak kanak berlebihan memberi makanan ringan adalah tidak baik begitu jugalah kepada arnab anda. Masalah seperti berat badan berlebihan adalah menjadi satu masalah yang serius kepada arnab.

Untuk makluman jenis buah buahan lain yang boleh diberikan kepada arnab boleh klik kat sini

Jadi mari mengembirakan arnab kesayangan kita dengan memberi mereka sedikit bonus. Dont you love bonus day. Sebab hari ini hari bonus di dalam rabbitry mini..

 eclipse and papaya

Ok.. stay away… me enjoying my bonus

p2220413

ngum..ngum..ngum.. this is heaven

p2220415

hehehe..not forget KOKO… i love her so much…

 


5 Responses to “Ngum..ngum..hari Bonus”


  1. February 26, 2009 at 5:44 am

    That’s quite a huge piece of papaya. Enough for the humans?

  2. 2 lazybunnys
    February 26, 2009 at 5:46 am

    hahaha… 2 inch only lah… not so big…

  3. February 27, 2009 at 3:53 pm

    Kak yan.. cantik la flooring ur cage. Does it coated mesh? I think i shud find coated mesh too.. Bathmats habis kena gigit.. Kena beli bathmats baru setiap 2minggu!! Nasib baik bathmats kat sini murah. Satu keping bathmat 12″ x 16″ = RM1.70 dan satu sangkar pakai 3-4keping je. Tapi risau jugak kalo pakai coated mesh pun ada rabbit yang suka menggigit hujung coated mesh yang tajam tuh… Pening.. pening!

  4. 4 lazybunnys
    February 27, 2009 at 4:00 pm

    Nop… bukan coated mesh… tapi Plastic mesh.. so kalau diorang gigit pun tak tajam and selamat. Semeter Rm 8.00 … satu meter boleh cover penuh lantai cages 2 kaki x 2 kaki tuu 4 biji. so selamat dan jimat dan senang.. sebab dia cover ters sampai tepi.. rabbit tak boleh nak gigit belah tepi tepi..

  5. February 27, 2009 at 4:27 pm

    ala..kalo plastik, mesti si luna boleh gigit macam dia selalu buat! isk isk..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


February 2009
M T W T F S S
    Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: