23
Feb
09

Hello.. My Name Eclipse

 

Dalam post pengenalan Lb ada cakap yang Lb punyalah gembira bila dapat Eclipse kan. Kenapa Lb Gembira… haaa.. mari Lb cerita sejarahnya. Sebelum pemilik TLR setuju untuk lepaskan Eclipse.. sebenarnya dia telah beri ‘NO” yang besar kepada Lb. Oh.. TRL memang sedikit cerewet dalam memilih pemilik baru bagi HL yang dilahirkan didalam rabbitry TLR.  Ini adalah kerana TLR ingin menjaga kebajikan arnab mereka dan juga ingin mengekalkan kualiti dan line pure breed HL nya. Kenapa dia memberi “NO”  kepada LB. Ini kerana pada masa itu LB mempunyai 4 ekor arnab, yang semunya adalan baka kacukan atau mix breed. Kecewa lah juga masa tuu. Kesilapan Lb ialah tergopoh gapah kerana membeli 2 ekor arnab HL yang kurang baik kualitinya. Hanya setelah membeli arnab tersebut barulah LB terjumpa dengan TLR di dalam forum arnab di internet. Jadi.. setelah mendapat “NO” yang besar tuu. Lb teruskan juga minat dengan Holland Lop. Arnab Lb yang 4 ekor tu LB hantar ke klinik haiwan untuk dikembiri. Koyak juga lah poket untuk proses tu. Tapi tak kisah lah janji arnab arnab LB selamat. Setelah siap dikembiri, sepupu LB menunjukan minat untuk memiliki 2 daripada arnab LB. Siang malam di bertanya boleh atau tidak. Setelah melihat kesungguhannya Lb pun melepaskan 2 ekor arnab Holland Lop kepadanya.

Dalam 2-3 minggu selepas itu, TLR  membuka post untuk menjual beberapa ekor Holland Lopnya.. tapi oleh kerana LB sudah mendapat “NO” yang besar dari pemiliknya. Lb hanya berputih mata sahaja. Dalam pada itu sahabat baik kepada suami LB amat berminat dengan salah seekor dari arnab TLR. Dengan niat ingin mewakilinya, Lb pun bertanyakan tentang arnab tersebut, dan juga sekali lagi bertanya kepasa TLR boleh atau tidak sekirannya LB mahu memiliki HL dari TLR.

Terkejut dan gembira, TLR telah bersetuju untuk melepaskan 1 Holland Lop nyer kepasa LB dan seekor lagi kepada sahabat baik suami. Tak putus putus Lb ucapkan terima kasih kepada TLR. Ini adalah mimpi jadi realiti. Pada tarikh dan tempat yang dijanjikan. Lb buat pertama kalinya melihat, memegang dan juga memcium baka arnab yang sangat sangat digilai LB holland Lop. Dan berkali kali juga Lb ucapkan terima kasih kepada pemilik TLR.

Dan.. Holland Lop yang Lb maksudkan itu adalah Eclipse… permata hati Lb.  Dalam diam diam sekarang Eclipse sudah berumur 7 bulan. Banyak Ilmu dan pengetahuan yang LB dapat setelah memiliki Eclipse. Tak lupa juga sahabat dan kawan yang mempunyai minat yang mendalam dalam dengan arnab baka Holland Lop ini. Dan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. Kita akan mempunyai Rabbit Show yang pertama. Ini sesuatu yang baru bagi orang Malaysia dan juga Lb sendiri.

Menjelang Rabbit Show itu, Eclipse sudah pun berumur 1tahun. Tepat tepat 1 tahun sebenarnya. Sebab Eclipse dilahirkan pada 03 Julai 2008 dan show itu akan diadakan pasa 04 Julai 2009. Kemungkinan besar Lb akan menyertai show ini dengan membawa Eclipse . Kalah atau menang bukan persoalannya. Dapat mengenegahkan dan membuka mata masyarakat tentang Holland Lop itulah yang penting sekarang.

Apa Lb suka tentang Eclipse? Semuany. Badan Eclipse yang kecil, kepala Eclipse yang bulat, telinga Eclipse yang tebal dan juga sikap Eclipse yang manja. Eclipse menunjukan 70% ciri ciri seekor Show Rabbit. Heheh… tapi banyak juga lagi yang perlu diperbaiki. Tak mengapa masa menentukan segalanya. Kerana Lb percaya, untuk mendapatkan yang terbaik bukanlah satu kerja mudah dan singkat.

 eclipse 1 day in LB house

Hari pertama Eclipse di rumah LB

 eclipse hensom boy

Handsome Boy In Rabbitry

action like a Champion

Posing like a Champion

pa290289

 Hello..I’m Eclipse

 

 

 

 


2 Responses to “Hello.. My Name Eclipse”


  1. February 24, 2009 at 6:03 am

    Banyak juga yang dapat saya ingati kembali selepas membaca post ini. Maklumlah, kepala adik dipenuhi dengan banyak sampah-sarap yang tidak dapat dibuang bersih. LOL

  2. February 25, 2009 at 5:15 am

    Adik Tim selalu sangat tido lewat, maka pertumbuhan sel2 otak yang baru telah terencat.. sebab tu la pelupa! LOL..

    I like tompok2 comot di wajah Eclipse..! Unik!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


February 2009
M T W T F S S
    Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: