19
Feb
09

Lb dan Rabbitry Kecil

hehehe… ramai ketawa kalau dengar Lb ada rabbitry… rabbitry tu maksudnya ladang arnab hehe.. tapi Rabbitry Lb nie duduk belakang rumah dengan sangkar yang baru ada 4 buah. hehehe.. nak ketawa… bukan kata orang,  Lb pun ketawa juga… sebenarnya… set up rabbitry nie Lb beli 2nd hand dari kawan , seorang kawan yang bagus, yang sama-sama minat dengan Holland Lop. Setelah di cincai2 dengan dia. maka proses mengambil, mengangkut dan mencantikan pun bermula. Nasib baik suami Lb seorang yang kreatif sebab tuu Lb berani ambil set up nie.

Maklumlah menyambut sahutan kerajaan Malaysia dan dunia.. kita mesti kitar semula, guna semula dan sebagainya. Lb harap usaha Lb ini adalah salah satu cara Lb menjaga alam sekitar.

Ok.. walaupun set up nie terpakai tetapi setelah dicat semua dan diperbaharui.. mmm.. boleh tahan juga rupanya dan ada gaya….chewahh

Tapi sebenarnya, apa yang Lb suka dengan set up sampai Lb pujuk owner lama dia jual pada Lb ialah sistem pembuangan sisa kotoranya amat bagus… tak ada lagi bau yang kurang menyenangkan, mencucinya juga senang bukan main membuatkan Lb jimat banyak masa. Sangkar nya pun besar 4kaki x 2 kaki x 2kali.. jadi arnab lebih selesa.. dan sekiranya ada arnab yang melahirkan anak nanti … sangkar cukup besar untuk meletakan kotak didik atau pun nest box.

Lb boleh lihat Koko, Eclipse dan BB selesa didalamnya. Memandangkan selama ini Eclipse dan koko adalah arnab yang lepas bebas di dalam rumah jadi sangkar yang besar ini adalah bonus untuk LB. Jadi Lb rasa selesa lepas diorang dalam sangkar baru sebab luas dan selesa. Walaubagaimanapun.. Lb masih lagi memastikan untuk  lepas  mereka keluar dari sangkar untuk berlari dan melompat bebas. Ini adalah penting untuk sistem dalaman arnab. masa yang diperuntukan adalah sekurang-kurannya 1 jam setiap hari.

Ingat.. Lb kata Lb sukakan sistem pembuangan kumbahan arnab ini.. ha.. sistem nya terus turun melalui  paip 50mm yang disambung pada setiap tingkat sangkar dan terus ke longkang besar. Memandangkan nasjis arnab mudah di leraikan jadi tidak menjadi masalah jika disalurkan terus ke longkang . Dan yang paling penting sistem ini tidak membuatkan air kencing arnab bertakung dan menyebabkan tiada lagi bau ammonia yang kuat yang mana tidak baik untuk arnab itu sendiri.

Sekarang untuk melengkapkan Rabbitry mini ini adalah.. Meja Grooming dan juga segala peralatan yang diperlukan untuk Grooming. Grooming adalah bertujuan membersihkan dan merapikan bulu arnab. Ia amat penting terutama semasa musim keguguran bulu (pertukaran kepada bulu yang baru). Ini adalah bagi mengelakan arnab mengalaman Fur ball didalam sistem penghadaman. yang mana boleh menyebabkan arnab hilang selera  makan, dan tidak dapat membuang najis dan ini boleh membawa kepada kematian. 

Jadi ini lah dia Rabbitry Mini yang Lb katakan…

p2070416 

 p2070419

Amacam… canggih tak…kiki..LOL


1 Response to “Lb dan Rabbitry Kecil”


  1. February 25, 2009 at 5:18 am

    Owh nampak kepala budak kecik… kepala budak Danial ke tu??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


February 2009
M T W T F S S
    Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

%d bloggers like this: