Archive for February 13th, 2009

13
Feb
09

Satu Permulaan..

Salam perkenaan, di sini Lb ingin menyatakan bahawa Lb adalah masih baru dalam penulisan Blog. Banyak tunjuk ajar yang Lb perlukan dan janganlah segan silu untuk menegur dan menyapa setiap apa yang Lb taipkan di dalam Blog Lb yang tak seberapa.

pa230268

Tujuan, Lb menulis Blog ini adalah tidak lain untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan juga tujuk ajar dengan minat yang mendalam kepada sejenis Baka Arnab iaitu Holland Lop. Mengapa Holland Lop? dan bukan baka arnab yang lain… sebagaimana yang telah didakwa ARBA (America Rabbit Breeder Asst) dan diperakui oleh ARBA juga terdapat 43 jenis Baka yang telah dikenalpasti dan diluluskan kewujudanya sebagai baka asli atau Pure Breed.

Pameran atau pertandingan Kucing dan anjing mungkin sudah sinonim dengan orang Malaysia.. tapi bila dicakap tentang arnab. Ramai yang hairan dan mungkin juga merasa lucu mendengarnya. Tapi ketahuilah bahawa pembiak baka di luar negara mengadakan pameran atau pertandingan arnab ini hampir setiap bulan sepanjang tahun. Jadi mustahilkah bagi kita untuk mempunyai pameran seperti itu disini.

Dengan bantuan dan tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman bersama-sama dengan rakan dan juga pembiak baka di Malaysia, Lb mengharapkan ini akan menjadi kenyataan. Dan untuk itu Lb akan mencatatkan segala2 ilmu yang dapat Lb kongsikan bersama disini.

Sekali lagi.. Lb mengharapkan agar pembaca tidak segan silu untuk menegur dan membuat ulasan atau memberi pendapat masing2 didalam Blog Lb yang tak seberapa ini.

Semoga Impian menjadi kenyataan..

Amin..




February 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket