Posts Tagged ‘Kualiti arnab

28
Feb
09

Apa Itu HoLLAnd Lop

Ya.. Lb jatuh cinta dengan Holland Lop. Apa itu Holland Lop??

Disini Lb akan ceritakan… dan ini adalah berpandukan Holland Lop Wikipedia.

Holland Lop adalah baka terkecil didalam keluarga lop rabbit yang terdiri daripada

  • French Lop
  • English Lop
  • American Fuzzy Lop

Berdasarkan namanya “LOP” bermakna telinga yang jatuh ke sisi pipi.

Holland Lop disebut Junior dari umur 0-6 bulan dan Seniors apabila mencecah umur 7 bulan dan keatas

SEJARAH PERMULAAN

rbt_0001433_20021207115743Baka arnab ini bermula apabila seorang pembiak baka Dutch , bernama Adriann de Cock mengkaji untuk mengacukan kualiti yang terbaik daripada 2 baka arnab yang berlainan iaitu French Lop (baka yang besar dan mempunya telinga yang jatuh) dan Netherland Dwarf, untuk menghasilan baka baru.

Pada musim sejuk 1949-50, de Cock telah mengacukan baka arnab Netherland Dwaft betina dengan French Lop jantan, dan hasilnya tidak memuaskan. Tidak berpuas hati, beliau mengambil keputusan untuk mengacukan Netherland Dwaft jantan dengan French Lop Betina, hasil nya 6 miniature lop.

Kemudian , De Cock mengacukan baka jantan English Liop dengan Netherland Dwarf betina, ia menghasikan 2 arnab bertelinga tegak dan 3 bertelinga separuh lop. Dia kemudiannya berangapan akan mendapat arnab berterlinga Lop, dan dia akan mendapat baka Holland Lop, tapi kecewa dengan penghasilan arnab diluar jangkaannya.

Akhirnya, di mengacukan arnab betina dengan telinga yang separuh Lop dengan salah satu arnab jantan daripada 6
yang pertama, dan menghasilkan apa yang kita kenali pada hari ini sebagai Holland Lop.

Ciri ciri Holland Lop

rbt_0001433_20021229145344

  Holland Lop sangat popular dan digilai oleh peminat arnab, pembiak baka dan juga untuk dijadikan haiwan kesayangan. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan kompak menonjolkan kecomelan atau “cutenees”. Ciri ciri sebenar Holland Lop adalah badan yang padat dan bersaiz kecil , dan berat yang ideal adalah 3lb (1.4kg) ke 4 pound yang dilulusan oleh ARBA bagi arnab berkualiti Show, walaubagaimanapun berat boleh mencicah sehingga 1.8kg dan keatas.

 

 

 

 

Perlakuan

rbt_0001433_20021229145157Holland Lop diketahui sangat manja dan tidak terlalu menunjukan sikap agresif . Apabila ia berasa selesa, gembira dan sihat ia akan melakukan “binky” atau “blink” yang mana ia akan melompat tinggi diikuti dengan berlari berpusing pusing . Ini boleh jelas dilihat ketika ia dilepaskan bebas dikawasan yang luas .

Sebaliknya , jika berasa terancam , Holland lop akan menghentak kaki sebagai tanda amaran amaran kepada arnab yang lain. Seperti baka baka lain, arnab mudah berasa takut dan terancam sekiranya berada dalam keadaan yang tidak selesa.

 

 

  

Penjagaan


rbt_0001433_20030510160815Memandangkan ia mempunyai bulu yang agak tebal, Holland Lop hendaklah kerap.Grooming atau disikat /dirapikan sekiranya ada berminat untuk menyertai pertandingan atau ingin memastikan Holland Lop ada mempunyai bulu yang cantik dan kemas. Lebih penting adalah, oleh kerana arnab tidak boleh muntah, grooming dapat mengelakan daripada arnab tercekik “FUR BALL”. Seminggu sekali sikatlah arnab anda dengan sikat yang dikhaskan . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Penjagaan Asas.

 

 

   picture taken from CentralPets.com

 

Ralat

Pasti ada terpegun dan jatuh cinta melihat gambar Holland Lop diatas. Yang menjadi keralatan LB adalah, masih terlalu kurang Holland Lop yang betul betul berkualiti Show di Malaysia. Kebanyakan Holland Lop yang terdapat di tanah air kita adalah hasil daripada kacukan dengan baka baka arnab yang lain.

Seperti yang tercatat didalam sejarah Holland Lop De Cock menghabiskan masa bertahun tahun untuk menghasilkan Holland Lop. Dan generasi seterusnya terus meneruskan usaha sehingga terhasilnya Holland Lop berkualiti Tinggi, yang sempura bentuk dan kecomelannyer adalah ditahap yang tidak dapat digambarkan. Dan kita pada hari ini tidak seharusnya bersusah payah untuk menghasilkan baka baru arnab yang nyatanya berkualiti sub standart.

Tidakkan kita mahu, arnab di Malaysia juga mempunyai arnab yang berkualiti Tinggi, dan boleh diketengahkan sehingga ke peringkat dunia.
Walaupun ramai yang berpendapat, walauapa pun kualiti arnab saya, pada mata saya mereka comel dan saya sayang mereka. Sedarkah anda semasa mula mula ada memilih arnab, pastinya anda memilih arnab yang paling comel dan aktif. Oh.. mungkin juga ada diantara kita membeli arnab kerana kasihan melihat arnab yang teraniaya dan juga cedera. Saya amat menghormati perbuatan anda, ia satu perbuatan yang baik dan mulia.

Cuba anda fikirkan sejenak, sekirannya arnab itu mempunyai kualiti , adakah ia akan teraniaya. Pastinya tidak. Sudah adat manusia, hanya yang cantik dan berkualiti tinggi akan dijaga rapi dan diberi perhatian.

Begitu cita cita LB untuk menghasikan atau mengenegahkan arnab yang berkuali tinggi, supaya selepas ini semua peminat arnab layak dan mampu mempunyai arnab yang berkualiti Show khasnya Holland Lop.. walaupun hanya memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

“Everyone deserve to have the best” itulah cita cita LazzyBunny.

Dan untuk mencapai ini, di sini memang memerlukan masa yang panjang , tenaga dan juga wang ringgi. Walaubagaimana pun apa yang Lb buat, dengan niat ikhlas untuk meningkatkan kualiti Holland Lop di Malaysia. Disamping berkongsi hobi, dan juga rasa cinta yang mendalam kepada Holland Lop.




September 2014
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers