Archive for the 'Penyakit Arnab' Category

24
Apr
09

Fokus Hari Ini : Arnab DAn Cirit Birit / DiarrhoeA

Baiklah hari ini LB membuka Tajuk Fokus Hari Ini. Tajuk yang dimulakan dengan Fokus Hari Ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada LB. Harus diingat LB bukan pakat veterinar, tetapi apa yang Lb tulis berpandukan pengalaman Lb , rakan rakan Lb dan juga rujukan pembacaan. LB kumpulkan disini dan berharap agar ramai yang mendapat sedikit sebanyak panduan.

Memandangakan banyak email dan pertanyaan diruangan komen berkenaan masalah cirit birit pada arnab. LB akan fokuskan berkenaan masalah ini. Walaupun Lb ada menulis berkenaan masalah ini didalam POst Arnab Dan Masalah Najis, tetapi Lb merasakan masih ada yang kurang. Dan kepada pembaca dan juga sesiapa yang mempunyai pengalaman bagaimana menangani masalah ini boleh kongsikan di sini dengan LB dan semua.

 

Punca Punca

Seperti yang Lb sering katakan peka kepada masalah arnab anda. Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

Arnab muda

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

Diet & Pemakanan

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbihidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

Pemberian Ubat Ubatan

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding  jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

Stress

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

Jangkitan

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.  

Sintom Sintom

 

  1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

 

Mengelakan dari berlaku;

Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;

  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat  paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

 Apa Perlu Dilakukan;

  1. Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat;  atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. 
  8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. 
  9. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 
  10. Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
  11. Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.  
18
Apr
09

Malocclusion – Masalah gigi serius pada arnab

Arnab adalah dari keluarga herbivor, bermakna ia mengambil sumber makanan dan nutrien daripada tumbuh tumbuhan. Rumput, dedaun dan sesetengah tumbuhan ini berstruktur keras, untuk ini gigi arnab hendaklah kuat untuk menguyah dan mematahkan sirat keras tersebut. Seperti kuda , arnab liar menghabiskan banyak masa dengan makan, bagi mengekalkan nutrien dari tumbuhan. Dengan keadaan ini gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan tampak henti. Semasa proses pengambilan makanan, tindakan seperti mematahkan , memotong dan menguyah makanan ini dapat membentuk gigi arnab.Kadar pertumbuhan gigi arnab juga adalah berlain bagi setiap batang giginya. Jadi ia tidak sama dan sempurna, dan jika tidak dibentuk ia menimbulan masalah MALOOLUSION dimana gigi tidak sama dan tidak dalam keadaan sempurna.

Sesetengah arnab dilahirkan dengan gigi tidak sempurna, seperti gigi terlalu pendek atau panjang atau tidak sekata. Arnab ini memerlukan pemeriksaan gigi yang kerap  dan dalam sesetangah kes arnab tidak dapat hidup dengan normal. Arnab yang lahir dengan gigi normal akan menghadapi masalah ini jika terdapat trauma. Misalnya tercedera oleh gigitan anjing atau terjatuh yang menyebabkan gigi patah. Tapi bagi kebanyakan kes MALOOCLUSION terjadi akibat dari kekurang serat didalam pemakanan.

 KEDUDUKAN GIGI ARNAB YANG NORMAL

tooth_pic_12tooth_pic_2

 

MASALAH KEDUDUKAN GIGI TIDAK NORMAL

1. Malocclusion dan bertumbuhan gigi kacip yang terlalu panjang.

  tooth_pic_3

 2. Tajam pada sudut dalam atau luar gigi geraham bawah atau bawa. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada lidah arnab, boleh jika serius boleh memotong lidah. Bagi kes gigi geraham atas ia boleh mencederakan  dalam  pipi dan menyebabkan bengkak bernanah.

  tooth_pic_4

 3. Masalah gigi Maloccluded pada geraham adalah kerana gigi tidak tumbuh sempurna dan terus tumbuh panjang. Agar gigi menjadi panjang dan tirus dan jauh masuk kedalam rahang atas dan bawah, menyebabkan tulang bengkak dan bernanah.

tooth_pic_5

4. Akar gigi atas menekan terus duktus/salur air mata dan menyebabkan mata arnab sentiasa berair dan tahi mata terhasil.

tooth_pic_6

 

TANDA TANDA YANG KELIHATAN

percaya atau tidak pada peringkat awal tiada tanda tanda yang menunjukan arnab bermasalah sehinggalah arnab mengalami sintom berikut;

  • hilang selera makan, dan turun berat badan
  • terdapat air liur atau terdapat sisa makanan terlekat pada dagu, bibir dan juga kaki hadapan
  • tidak mahu memakan makan yang agak keras dan hanya memilih yang lembut, misalnya hanya mengambil sayuran dan meninggalkan Hay dan palet
  • nafas yang berbau
  • terdapat bojolan di pipi dibawah mata
  • bojolan pada rahang bawah mulanya kecil dan boleh menjadi besar
  • terdapat kotoran pada pipi atau dagu atau bahagian rahang bawah
  • gigi kacip yang tidak sekata (angkat sedikit bibir untuk periksa). Jika terdapat masalah ini, berkemungkinan gigi geraham juga tidak normal.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

bawalah berjumpa veterinar yang umum mengenai masalah arnab. Biasanya X-ray diperlukan setiap kali kerana masalah ini berlaku memandangkan arnab bukanlah haiwan yang tenang. Dan bagi merawat masalah ini arnab biasanya diarawat dalam keadaan ANESTHESIA atau tidak sedarkan diri. Dan penahan sakit juga adalah salah satu yang perlu bagi merawat masalah ini.

BIasanya jika tidak serius vet akan memotong gigi yang tidak normal tersebut. dan ini biasanya perlu diulangan setiap bulan kerana gigi akan tetap tumbuh. Dam masalah akan berterusan sepanjang hayat arnab tersebut. Rawatan seperti membuang terus gigi yang bermasalah juga mungkin akan dicadangkan oleh veterinar begantung kepada kes. Berbincanglah dengan veterinar anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk arnab anda.

Apa yang harus diingat arnab anda tidak akan menjadi 100% normal dan masih memerlukan pemeriksaan sepanjang hayatnya. Dan jika tampa rawatan akan menyebabkan masalah yang lebih buruk dan kesakitan dan kesensaraan kepada arnab anda.

trim

Trim.. rawatan yang biasa dilakukan oleh Veterinar terhadap masalah  Maloccluded

18
Mar
09

Arnab dan Masalah Najis

Bagi post ini, Lb nak minta maaf pada sesiapa yang sensitif, dengan gambar yang Lb lampirkan. Bukan niat untuk menyinggung tetapi sekadang panduan dan ilmu untuk semua. Sekali lagi Lb minta maaf dengan gambar yang mungkin kurang atau tidak menyenangkan sesetengah individu.

Untuk makluman anda arnab yang sihat  hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN”  semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.

Najis solid atau Fecal berbentuk bulat berwarna coklat gelap kehitaman. Ia biasanya kering dan tidak berbau. Kandungannya biasanya adalah sisa sisa pemakanan yang tidak tercerna dan bulu ,terutama pada musim Molting . Oleh itu grooming atau pengemasan bulu amat penting pada musim molting bagi mengelakan Fur Block di dalam sistem .

Cecal pula, berwarna coklat gelap, terikat seperti gumpalan anggur. Ia bersaiz kecil dan lembut dan berkilat. Setiap gumpalan kelihatan seperti terdapat cairan mucus. Cairan mucus ini bertindak sebagai perlindung kepada bakteria baik semada proses memakan dan ia akak terhurai apabila masuk ke sistem penghadaman arnab.  Cecal ini  mempunyai sedikit bau, ini adalah kerana ia mengandungi banyak bakteria yang berguna.

Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushyCirit Birit (Diarrhea) - najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

- masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Seperti Lb katakan tadi cirit birit lebih senang menyerang arnab yang muda , Mengapa?

- Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan tidak mendapat susu ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya dan terlalu muda untuk dipisahkan dari susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku, terus dapatkan rawatan untuk arnab anda. Jangan dibiarkan masalah ini berterusan. Ini adalah kerana sekiranya cirit birit berterusan arnab akan ternyahidrat, lemah dan seterusnya kematian berlaku.

 

Apa yang perlu dilakukan;

Dapatkan rawatan segera daripada veterinar.

Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.

Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan

Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat;  atau anda boleh memcuba bancuhan serti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.

1 cawan air bersih

2 camca teh gula

1/4 camca teh baking soda 

secubit kecil garam

Note: Ini bukan untuk rawatan Cirit Birit arnab.. ini adalah Rehydration Solution (ORT)

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Walaubagaimana pun Lb hanya mengumpul maklumat melalui pembacaan dan juga pengalaman yang dikongsi daripada rakan rakan pengemar arnab yang lain. Jika anda ada cara yang berkesan dan sudah dipraktikan dan hasilnya memuaskan..Lb dengan rasa senang hati untuk mengetahuinya. Boleh email atau komen diruangan dibawah.

Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushy-stoolSatu lagi masalah yang kadang kala berlaku ada lah masalah najis yang tidak solid dan lembik, ia tidak berair seperti cirit birit, saiznya menyerupai fecal dan mungkin besar sedikit dari fecal biasa. Ia tidak solid lembut atau lebik berbau dan melekit.  Ia disebabkan oleh diet arnab yang tinggi kandungan karbohidrat dan kurang kandungan serat. Ia juga boleh berlaku kepada arnab yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Satu lagi ia juga berlaku kepada arnab yang kurang aktif dan mengalami ARTHRITIS. Oleh itu untuk menangani masalah ini, berikan diet kaya dengan serat iaitu dengan memberikan lebih hay atau pellet yang mengadungi serat yang tinggi dan juga biarkan arnab anda lebih kerap berlari bebas bagi tujuan senaman. Ini penting bagi sistem pencernaan arnab dan juga mengurangkan berlakunya obesiti .

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

15
Mar
09

Kutu Telinga (Ear Mites) , KUTU (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites) pada arnab

Lb terpanggil untuk menulis berkenaan gejala gejala ringan yang sering dihadapi oleh arnab, yang mana jika tidak dapat dikesan dirawat lebih awal mungkin boleh meyebabkan masalah serius bukan saja kepada arnab tetapi juga kepada pemiliknya. Amatlah menyedihkan sekiranya masalah ringan seperti jangkitan kutu dan pijat dan kurap ini tidak dirawat dengan betul sehingga bertambah serius sehingga ke peringkat kritikal dan menyebabkan kematian berlaku kepada arnab.

Masalah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada peringkat awalnya. Dan apabila sudah dapat dilihat maka ia sudah keperingat yang berat. Jika dibawa kepada Veterinar kaedah “Skin Scraping” akan dilakukan untuk mendapatkan sampel sebelum dilihat dibawah mikroskop untuk melihat kewujudtan telur kutu atau pijat. Sample bulu juga boleh digunakan tetapi memerlukan sample dari setiap bahagian arnab yang mungkin dijangkiti. Jika ujian tersebut negetif, ujian biopsy adalah penyelesaian terbaik.

KUTU TELINGA (EAR MITES)

earmites-2 Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

 Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.

IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

KUTU HAMA( FUR MITES )

tfh_cheyletiella_miteKutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit  Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus

Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada arnab .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. KItaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.

Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal  : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.

KURAP ( Burrowing Mite)

Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.

 Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan :  Dapatkan rawatan  Veterinar dengan segera.  Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula,  ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

ivomec_generic

IVERMECTIN … rawatan yang paling berkesan, dapatkan nasihat dari veterinar




July 2014
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers