Pedigree @ cert.. kalau kita tengok dalam kamus masudnya SALASILAH….. @ an official record of the parents, grandfather, grandmother; etc from which an animal has been bred.
Pedigree adalah bukti yang menunjukan arnab anda dalah dari baka asli atau PURE BREED.
Pedigree juga seharusnya :-
ditandatangan oleh breeder yang sebenar (original breeder)
mempunyai nama arnab dan/atau nombor tattoo di telinga arnab
menyatakan warna arnab tersebut
tertulis tarikh lahir arnab tersebut
menyatakan berat arnab ( arnab mesti sekurang kurangnya berumur 6 bulan untuk mendapatkan berat di dalam pedigree)
DAN is hendaklah mempunyai semua 14 arnab (nenek moyang selama 3 generasi) diatas pedigree lengkap dengan catatan warna, berat, nama atau nombor tattoo.
Lebih Banyak maklumat diatas pedigree anda adalah lebih baik, misalnya nombor berdaftar, Nombor GC (Grand champion), malumat kemenangan, dan sebagainya.
Nak tengok macamana rupa Pedigree yang sebenar…
ini adalah Pedigree TruLuv Eclipse
JANGAN!!
jangan menukar apa apa maklumat didalam pedigree yang diberikan , seperti nama. Anda boleh memanggil arnab anda dengan nama lain, tetapi anda tidak boleh menukar nama yang tercatat di atas pedigree.
Untuk emngetahui apa pentingnya Pedigree dan apa tujuan sebenar perlu adanya pedigree baca “The Actual Use Of A Pedigree”




Recent Comments