Sering terserempak dengan soalan-soalan asas bagi seseorang yang baru berjinak-jinak ingin mengambil atau membeli arnab sebagai haiwan kesayangan.

Antara soalan yang selalu ditanya

  • Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
  • Sangkar yang sesuai ?
  • Boleh atau tidak saya memelihara arnab saya di dalam/luar rumah?
  • Boleh saya memelihara hanya 1 atau 2?
  • Saya ada mendengar Hay (rumput kering) baik untuk arnab, apa itu Hay?
  • Perlukah saya memandikan arnab saya?
  • Apa perlunya saya memotong kuku arnab saya?
  • Boleh atau tidak arnab saya mendapat penyakit, dan apa puncanya?
  • Kembiri (spay @ neuted )… apa perlunya ?

Sebelum menjawab setiap soalan diatas atau yang berlegar di fikiran pembaca…. Ada beberapa faktor yang perlu diingat sebelum mengambil atau memelihara arnab tidak kira untuk anda atau menjadikan hadiah kepada anak atau teman wanita.

Fikirkan dan tanyakan

  1. Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan berlarutan sehingga akhir hayat arnab itu… kerana jangka hayat arnab mungkin mencapai 10 tahun
  2. Adakah orang lain didalam rumah juga mersa arnab?
  3. Arnab adalah haiwan exotic dan perbelajaan perubatannya adalah Tinggi.. adakah anda sudah bersedia?
  4. Adakah dikalangan keluarga anda yang mengalami alahan terhadap rabbit atau Hay?
  5. Adakah anda mampu menyediakan sangkar atau kawasan yang sesuai bagi arnab anda?
  6. Adakah kawasan atau rumah ada adalah Mesra Arnab?
  7. Adakah anda ada memelihara haiwan lain yang boleh mengancam arnab? (kerana arnab amat sensitive, dengan kejutan sedikit boleh menyebabkan kematian)
  8. Adakah anda pernah mempunyai Arnab sebelum ini? Dimana arnab itu sekarang?
  9. Adakah ada mempunyai masa untuk mengawasi arnab anda?
  10. Adakah rumah/apartment ada membenarkan ada memelihara haiwan?
  11. Sekiranya anda berpindah, berkahwin dan mempunyai anak dan juga mempunyai komitmen, adakah anda masih mampu mengawasi arnab anda?
  12. Jika anda menghadiahkan nya untuk anak anda.. adakah anda rasa anak anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan, memberi makan dan sebagainya. Jika tidak pastikan ada dikalangan dewasa atau anda sendiri yang memikulnya.

Sekiranya semua soalan diatas, anda para pembaca Blog ini dapat menjwab Ya… mungkin anda bersedia untuk kehadiran arnab atau apa-apa sahaja haiwan sebagai haiwan kesayangan.

Sekarang Cuba fikirkan pula… adakah ANDA sesuai memelihara atau menjadikan  arnab sebagai haiwan peliharaan?

  1. Adakah saya seorang yang sabar?
  2. Adakah saya suka melihat kelincahan dan belajar cara2 spesis lain berkomunikasi?
  3. Adakah saya mempunya masa yang banyak dirumah?
  4. Adakah saya suka mengabiskan masa dengan duduk diatas lantai?

Untuk pengetahuan ASAS

  • Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray) –untuk arnab tentunya
  • Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
  • Arnab adalah haiwan yang suka bergaul
  • Arnab adalah teman yang baik di rumah
  • Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati
  • Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
  • Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda
  • Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
  • Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda)
  • Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel electric dan telifon, racun atau tumbuhan beracun dan  suhu yang melampau.

82 Responses to “Arnab? Anda Perlu Tahu?”


  1. 1 Hisham
    April 23, 2009 at 2:50 pm

    saya ada membeli arnam yang berbulu panjang, semasa membeli tiada lelehan air pada bahagian dagu. tetapi setelah 2 minggu dibela terdapat lelehan pada dagunya. adakah itu penyakit dan mcmana untuk saya menagani masalah tersebut

    • 2 lazybunnys
      April 23, 2009 at 8:33 pm

      Berapa umur arnab Hisham?. Lelehan air liur pada arnab, mungkin disebabkan oleh masalah gusi atau gigi. Masalah hanya boleh dirawat oleh veterinar. Sintom lelehan air juga mungkin disebabkan oleh arnab yang mengalami Conjunctivitis (weepy Eyes) , lelehan tersebut adalah air mata yang meleleh dari mata, ini adalah disebabkan arnab mengalami alahan terhadap habuk dari bedding yang digunakan atau persekitaran. Bersihkan sangkar dan tukar bedding kepada jenama lain.

  2. 3 qaseh nymo
    April 28, 2009 at 10:43 am

    hii LB..sy br je beli separang arnab angora 3 ari lps. sy nk tny sket pasl arnab ni ab xpenah pelihara pn sblm ni.umo die br sbln lebih kate owner die.nape arnab sy ni kuat ngan memproduce najis ni? smpai nk wat main pn xleh. pastu camane nk jinakkn die?

    • 4 lazybunnys
      April 28, 2009 at 11:44 am

      mula mula Lb nak beritahu, next time kalau nak beli arnab, dapatkan yang berumur sekurang kurangnya 8 minggu atau 2 bulan. Sebab sistem pencernaan arnab dibawah umur nie masih lemah dan masih belum produce najis CECAL yang mana normalnya dimakan oleh arnab untuk serap nutrien dan juga menstabilkan PH perut. Tak mengapa kalau dia kuat produce najis. tapi jangan sampai dia cirit birit ini bahaya. Beri dia makan Hay Alfalfa kerana dia masih muda. Untuk jinakan arnab bukan kerja mudah. Yang boleh Lb tipkan adalah spending more time with your rabbit. Tak perlu dukung atau peluk. Duduk saja bersila di lantai dan belai ia disisi sahaja. Boleh juga berikan treat untuk menarik perhatian dia. Tapi jangan beri terlalu banyak.

      • 5 kid
        June 1, 2010 at 5:20 pm

        nak tanya… saya pun pernah ade arnab. masa beli org tu kata umur arnab tu dalam 1bulan lebih. lepas 2 hari bela, dia mati…. kenapa ye? boleh advice tak?

  3. 6 qaseh nymo
    April 28, 2009 at 11:49 am

    owhhh..stakat ni naseb baik xde lg die cirit-birit.smlm sy try lps die bg main kt luar sangkar,mmg sronok tgk die duk lompat2.asal nk pegang jek, lari masuk sangkar.eheheh..mmg btul la, tgk gelagat die pun bleh wat kite release tension. (^_~)

  4. 7 areeen
    May 16, 2009 at 2:20 am

    sedAP x daging arnab?

  5. 12 Hisham
    May 27, 2009 at 2:37 pm

    Terima kasih Lb..atas penerangan yang di beri.
    Bagaimana hendak mengenalpasti arnab jantan atau betina?

  6. 13 3bit
    May 29, 2009 at 2:31 pm

    LB, tolong…

    Smlm, rabbit 3bit menjerit…yg jtn cuba nak mating ngan btina tu..tapi btina tu refused. Dah 2-3 bulan diaorang dok kejar2..so yestday yg betina tu dah tak tahan kot..tu yng menjerit tu.. dia dah bosan kot..
    1. klau yg betina tak pilih jtn tu sbg calon mating, dia akan menolak utk mating ngan jtn tu..betul ke?
    2. adakah kedua-duanya sama jantina sebab yg betina tu tak berapa pasti betina sbb dpt nak pastikan..tapi yg jantan tu memang jantan.
    3. nak kena asingkan ke sebab yg jtn tu je dok nak ehem2 yang betina tu nampak menyampah kat dia dan tak layan pun.. so dia nampak terseksa ….

    LB tolong bagi pandangan ye… tq.

  7. May 29, 2009 at 10:02 pm

    Hello 3bit,

    LB takde untuk membalas komen dari kawan2 buat masa ni. LB sibuk sikit sbb urusan keluarga. Jadik minta maaf la kiranya kalo saya sibuk2 menjawab untuk pihak LB. Nanti bila LB pulang, mungkin LB boleh bagi jawapan yang lebih baik.

    Rabbit takkan menjerit. Antara sebab yang buat rabbit menjerit ialah takut dan stress yang amat sangat.. Takpun sakit yang amat sangat. Ada sesetengah rabbit suka attack rabbit lain. Jadi, cuba tgk betol2. Maybe diorang bukan cuba nak mengawan, tapi bergaduh. Sbb pengalaman saya, adik beradik yang membesar sekali pun boleh bergaduh sesama sendiri. Saya ada 5 ekor anak rabbit. Mula2 saya asingkan mengikut jantina (2 sangkar). Tapi bila masuk umur 4 bulan, masing2 akan cuba menyerang antara satu sama lain. Sudahnya diorang terpaksa di asingkan dalam 5 sangkar berasingan sbb ada yang luka sana sini kena gigit :(

    1. Sepanjang pengalaman saya : Ya, ada sesetengah rabbit betina yang matang akan menolak untuk mengawan dengan rabbit jantan. Sebab2 nya tak dpt dipastikan. Maybe macam manusia kot, rabbit pun tau memilih. Ada rabbit betina yang tolak daripada mengawan sbb rabbit betina tu masih muda dan belum capai usia matang untuk mengawan.

    2. Boy = http://www.rabbitnetwork.org/articles/sexingboys.shtml
    Girl = http://www.rabbitnetwork.org/articles/sexinggirls.shtml

    3. Daripada yang betina tu terseksa (kalo kita biar pun macam berdosa jek) dan stress, baik asingkan rabbit tu mengikut jantina. Sebaiknya, saya nasihatkan 3bit meng-kasi-kan (zasssss!!) rabbit jantan tu supaya kurang membuli dan berkawan baik dengan rabbit2 betina yang lain :p

    Ms Nico Nerq

    • 15 lazybunnys
      June 1, 2009 at 10:10 am

      Thank a milion Nico

      Yup.. 3bit apa yang telah diberitahu oleh Nico adalah betul. Cuma Lb nak tambah sikit aje. Jika 3bit memang nak kan arnab 3bit mengawan. Pastikan arnab sudah mencapai umur matang. Arnab betina tempoh matangnya lebih cepat daripada arnab jantan.

  8. 16 ebella
    June 15, 2009 at 11:27 pm

    hi.pesal ye arnab sye makin ilang bulu kat ‘bontot’ dia…?
    ada jangkitan penyakit ke?…@ sebab persekitaran/ sangkar?..
    camne nak rawat?

  9. 17 damia
    July 12, 2009 at 3:47 pm

    hai,nak tanya saya ada 2 ekor anak rabbit,ibu bapa tu lionhead yang pelik dua dua anak tu takde main.kenapa anak tu tak ikut genetik mak bapanya

  10. 18 damia
    July 12, 2009 at 3:52 pm

    berapakah harga untuk spay and neuter?

  11. 19 bunny mummy
    August 2, 2009 at 1:10 am

    berapa umur arnab betina sekiranya nak berkahwin ?
    dan antara berapa lama selepas arnab betina beranak boleh di kahwinkan lagi ?

  12. 20 nur syairah
    August 12, 2009 at 7:04 pm

    ni nk tanya ni.kalau anak arnab ngn ibunya x bersama apa akan terjadi???sbb arnab sya bru branak,arnab sya slalu terpijak anaknya jadi sya takut jadi apa-apa sya asing kan depa…

  13. 21 nor nadiah
    October 16, 2009 at 10:23 pm

    saye nk tanye kenapa bulu arnab saye semakin gugur dan dia semakin kurus?.Saye ingin tahu kenapa dia semakin kurus padahal saye sudah bagi dia makanan yg ckp.Satu lagi saye nk beri tahu LB saye sudah memberinya vitamin tetapi tidak berkesan.Adakah itu disebabkan kekurangan makanan ataupun jangkitan penyakit.

  14. December 18, 2009 at 12:18 pm

    macam mana nak kenal arnab betina atau jantan?bagaimana kita nak mengembirakan arnab kita?penjagaan asasnya?

  15. 24 maria
    January 28, 2010 at 9:19 am

    salam.. boleh tak hantarkan artikel2 tentang rabbit.. ke email saya.
    sbb saya baru jer bela rabbit. seekor jantan dan seekor betina.
    tiap2 ptg saya lepaskan dia di rumput. dia selalu makan mcm2 rumput dan ada diantnya.. rumput yg ada bunga mcm orkid tu..
    tapi kadang2 dia makan pucuk paku yg renek. saya x pasti sama ada boleh atau pun tidak..
    plse….. terima kasih..

  16. 26 maria
    January 28, 2010 at 9:30 am

    salam.. stu lagi nk tanya.. betul ke perut rabbit xleh d pegang n cara nk pegang dia kat telinga.. pastu, cara yg sesuai utk menyediakan sangkar rabit. skrg ni, saye pakai sangkar besi yg biasa tu dan x taruk ape2 pun dlmnya kecuali makanan n minuman. perlukah saye taruk kotak ataupun kertas supaya dia bleh lepak dlm tu dgn selesa…. terima kasih

  17. 27 Raihan
    January 30, 2010 at 5:49 pm

    salam, saya ade beli dua ekor arnab paada minggu lepas…satu jantan dan satu betina…
    saya nk mintak tolong…boleh tak bagi petua ape yang selalu digunakan untuk merawat mata arnab yang berair??….soalnya, mata arnab saya tetiba je berair…
    kesian saya tgk die…sebelah kanan mata sahaja yang berair, sebelah kiri mata tidak…
    saye risau…LB boleh tlg saya tak???…

  18. 28 lyza
    February 1, 2010 at 9:17 pm

    hai….sy nak tanya…..arnab blh potong kah kuku nya….????

  19. 29 lyza
    February 1, 2010 at 9:19 pm

    hai…sy nak tanya…kuku arnab blh d potong kah????

  20. February 7, 2010 at 1:07 am

    rebit i baru je lepas beranak tday , bfore ni pon rebit i pernah beranak tp rebit jantan i makan :( now i dh asing kan jantan and betina. tp anak rebit ni telinga die kne gigit + ekor die kne gigit sikit , problem now i tktau jantan or betina yg gigit ank rebit tu . i takut kalau i asing kan mama rebit dgn ank die nnti anak rebit tu akan mati sbb anak rebit haus tkdapat susu mama die . at the same time takut pulak kalau mama rebit tk kenal anak die and anggap anak die as musuh . so i terpaksa letak mama rebit and anak die dlm 1 cage . but i still takut kalau mama rebit terpijak anak die , sbb i tgk care mama rebit tu mcm tk amek kesah pasal anak die :( i tanye tauke pet shop , die cakap kalau mama rebit tk bagi anak die susu, i kne keluar kan anak die and bagi anak die minum susu gune picagari. at the same time 3-5 kali bawak anak rebit tu letak dlm cage dgn mama die. tp i kne tgk ank rebit tu takut mama die makan die or whatever. tp i tksure -.- i kne bwt ape now ? TYVM

    • August 25, 2010 at 10:23 pm

      i pun pernah kena masalah mcm nie,if mama arnab tu xnak bagi anak die meyusu u kena paksa n baringkan mama die,pegang n rengagangkan bdn mama arnab tu n letak anak arnab tu dkt perut mama die,coz klu nak bagi susu ygbeli kat kedaigerenti anak arnab tu mati coz antibody die blm kuat,apa2 pun kena bagi susu mama die gak…………

    • 32 narita
      February 15, 2013 at 4:22 pm

      dulu pun sy ade masalah y same…4 kali arnab sy branak n semue mati coz arnab sy punye masalah same cam fatinn…pastu ikhtiar punye ikhtiar sy besarkan cage arnab n sediakan satu tempat untuk die branak so hasilnye arnab sy dah x gigit or makan ank die…sy jugak x asingkan bapak coz y bunuh ank die sbnarnye si ibu…

  21. 33 nurul
    February 23, 2010 at 2:48 pm

    sekum saya ada bela arnab ni baru lagi … perlu ker … bagi makan carot

  22. 34 nurul fazira
    February 25, 2010 at 2:41 pm

    kenapa arnab saya cirit birit..????badan kurus namun sangat active.

  23. 35 maira
    March 12, 2010 at 12:05 am

    saya baru beli 4 ekor anak arnb anggora (bli di kuala kangsar) dan 2 ekor arnab lion head (beli di ipoh) malangnye 3 ekor telah mati akibat gaduh.. :( mcm mana kt nk elakkan arnab dari bergaduh sehinggakan mengakibatkan kematian kerana sy hanya mempunya 1 sangkar haiwan sahaja..

    • June 4, 2010 at 10:38 pm

      hee.. sy bru first time dtg web LB nih.. Sy nk kongsi apa yg sy taw.. Arnb jantan dgn arnb jantan akn brgaduh bila dia dh matang.. even dia mmbesar sama2 dlm satu sgkr.. Jd,kena separate them and lebih concern hal ni.. trima kasih.. :)

  24. 37 nadirah
    April 3, 2010 at 4:57 pm

    Hai LB …nak tanya siket kalau bela arnab kenapa telinga senget?

  25. 38 nurrul
    April 4, 2010 at 2:03 pm

    salam…sy nak tumpang tnya…sy ada sepasang arnab yg sy beli ketika umur sebulan…sy tempatkna mereka satu kandang…umur berapakah arnab nie start mengawan n perlukah sy asingkan mereka n pada umur berapa patut sy asingkn mereka…bleh tahu ker bila tiba masa mereka untuk mengawan…apa tanda2 nyer…1st time bela arnab…tq

  26. 39 nur hazwani
    April 7, 2010 at 9:36 pm

    1)selepas melahirkan anak, arnab saya mengalami bonjol2 sebesar jari di bahagian perutnya.apakah masalahnya.
    2)arnab jantan pula mengalami kemerahan di bahagian telinga berhampiran dengan matanya.bulunya kelihatan basah tapi tiada luka.

  27. April 15, 2010 at 11:40 pm

    BAGIMANA NAK TAHU ARNAB MENGANDUNG KE TIDAK?????ADKAH PERUT ARNAB AKAN MEMBUNCIT MACAM KUCING MENGANDUNG??????

  28. 41 zura
    May 18, 2010 at 3:36 pm

    hye…
    saya baru jer bela arnab umur 2 bulan..
    apakah makanan yang sesuai?

  29. 42 nurul
    June 2, 2010 at 12:30 pm

    LB.. saya nak tanya.. mcm mana cara untuk pulihkan penyakit mata..

  30. June 3, 2010 at 11:53 am

    macam maner nk tahu arnab tu kantan atau betina??
    arnab minum air mineral jer ker??
    boleh x sayer bagi die minum susu??susu ape yg bagus untuk die erk??
    mmg x boleh erk bagi arnab makan kangkung pagi2??
    masalah sayer…arnab sayer x nak makan pellet biler da bagi makan kangkung..;(

  31. 44 abu iskandar
    June 9, 2010 at 12:15 pm

    salam, dulu saya bela arnab suka2, stlah bbrpa tahun hobi dtg lagi kbtulan jumpa ekspo ada jual arnab. Saya order arnab jenis WOODY TOY harga RM….. Persoalannya, ada org pertikai arnab jenis ni sbb x pernah tgok bulunya yg lebat, & dikatakan ia hasil kacukan dgn binatg lain??!! saya xtau nk jwb, nk tny you, betul ke arnab boleh dikacuk dgn haiwn lain cth anjing (nauzubillah), @ mmg arnab ni mcm2 spesisinya. T.kasih…

  32. June 19, 2010 at 8:54 pm

    saye quote post LB kat post blog saye bole eh? sangat informative..thx..

  33. 46 isshah
    June 25, 2010 at 8:17 pm

    saya ada bela 3 ekor arnab, agora. loop ear dan teddybear. Masalah saya, agora saya 2 gigi dia terlampau panjang sampai dia susah nk makan . Apa perlu sy lakukan dan hidung loop ear sy pula macam dah nk terkoyak knp boleh jadi begitu.

  34. July 1, 2010 at 10:23 pm

    Hai…
    Saya nak selitkan di sini: untuk sesiapa yg ada kucing kesayangan dan ambik
    berat pasal kesihatan kucing tu, saya ada suatu teknik ‘khas’ macam mana nak
    ‘sihat’kan kucing anda tu dengan cara paling mudah. Kucing yang sakit nazak pun
    insyaallah (god willing) boleh sembuh guna teknik kesihatan kucing saya ini.
    Mengenai ini sebenarnya ada dalam ebook yg terdapat di web site ni:

    Kesihatan Kucing terselit dalam ebook ini

    Tapi kalau anda semata2 mahukan tentang kesihatan kucing sahaja, bolehlah emailkan
    beritahu pada saya. Trimas.

    • 48 inn
      October 26, 2010 at 2:16 am

      i da tgk page u tp x de pon teknik yg u ckp kn tu..
      seriously i teruja bile tgk yg u ade teknik tuk kshtn kucing tp bile i bkk page u xde pon..
      frust sgt..
      buat pengetahuan u, 3 ekor kucing i kne pnykit kucing yg plg bahaya iaitu pnykit SAMPAR KUCING..
      so pliz..
      if u btl2 ade teknik tu tlg emel kt i asap..
      kucing2 i tgh nazak…

      • 49 lazybunnys
        October 26, 2010 at 9:50 am

        nie yang buat Lb confius nie… LB cerita tentang PENYAKIT ARNAB/RABBIT/BUNNY/BITBIT.. tak ada pulak LB cerita pasal penyakit kucing. Jadi mungkin you boleh cari di blog pemilik kucing yang lain.

  35. July 1, 2010 at 10:26 pm

    Oppss….Untuk apa jua haiwan pun sebenarnya boleh guna pakai teknik ini. Kalau guna pada Arnab, arnab tu akan jadi cergas dan mudah membiak (sesuai untuk mereka yg berniat nak buat ternakan arnab). Ada suatu ‘ramuan khas’ herbal semulajadi yang akan pihak firnena berikan. Saya pasti anda akan kagum bila guna teknik ni dan lepas tu tgk haiwan kesayangan cergas – kuat pertahanan dari terkena sebarang penyakit.

    http://www.firnena.com

  36. 51 Cabby and Caleb
    July 10, 2010 at 2:51 pm

    Hai saye ade pelihara arnab name die Cabby and caleb..Caleb and caby tak pandai jaga anaknya..so saye ambil keputusan pelihara..5 ekor anak arnab nie..umur anak arnab tu baru 2 hari..saya tak tahu nak jaga bagaimana …boleh tak LB tunjuk ajar..saya nak sangat Arnab saya hidup..selama nie..cabby and caleb ader anak but mati jer..sebanyak 50 ekor da mati…Tolong saya..semalam saya ader beli susu..and botol susu untuk anak arnab tu..Please..tolong saya..THANK YOU SO MUCH..LB.

  37. August 9, 2010 at 7:37 pm

    nak tanye nie..
    knpe arnab saya tak bunting2..
    saya dah campur slma 2 mgu tp xda hasil..
    jantina memg jantan dan betina..

  38. 53 Lulu Dan BuBu
    August 12, 2010 at 11:35 pm

    Hi LB, nak tanye skit.. sebelum ni saya bela si Lulu, lepas 2 minggu macam tu.. saya beli si Bubu.. masalahnye skarang.. si Lulu ni tak bole tengok Bubu, asek begaduh plak.. takde ke cara nak bagi diorang ni kawtim? :)

  39. 54 nazila
    August 14, 2010 at 5:07 pm

    saya nk tanya….mcmne kite nak tau arnab kite di jangkiti pnyaket???

  40. 56 intan
    August 21, 2010 at 1:50 pm

    salam,nk tnya…arnab betina sy lbih bsr drpd arnd jntan..blehkah mereka mengawan??biasanya..umur brape yng mereka diblehkn mengawan?

  41. 58 shah naqiu
    August 23, 2010 at 6:03 am

    lb…camne nak tau kalo rabbit ngah bunting arw…sye xtau ar…

  42. 59 syamsyul
    October 4, 2010 at 8:08 am

    saya naka tanya sikit kat lb!!!!!saya bela arnab baka anggora mix dah 2 tahun tapi beranak-beranak pun boleh tolong saya????????????

  43. 61 syamsyul
    October 4, 2010 at 8:08 am

    saya nak tanya sikit kat lb!!!!!saya bela arnab baka anggora mix dah 2 tahun tapi beranak-beranak pun boleh tolong saya????????????

  44. 62 syamsyul
    October 4, 2010 at 8:35 am

    dimana saya boleh dapatkan pellet arnab jenama hagen???boleh cik lb bantu saya???

  45. September 14, 2011 at 7:25 pm

    Salam sejahtera,

    Firnena telah berusaha pesiapkan Teknik menolong para pemelihara haiwan kesayangan untuk menjadikan ia sihat, cergas dan ‘tahan lasak’ terhadap pelbagai jenis penyakit. Kalau haiwan sakit tenat sekalipun; boleh gunakan teknik ni. Dipersilakan ke:

    Cara Menjaga Kesihatan Haiwan Peliharaan

    Mereka yg amat sayangkan haiwan peliharaan (Si Comel), wajib memberi tumpuan kepada teknik ini. Sekian, terima kasih. Dan berbanyak terima kasih juga kepada tuan punya blog yg mendirikan blog sebegini.

  46. 64 apis
    April 21, 2012 at 7:55 pm

    saya nak tya apasal saya nak bg megawan kan..saya masukan yg betina dlm sangkar jantan yg jantan 2 asyik nak gigit yg betina 2..nape ek risau pulak saya..adakah itu normal..

  47. April 25, 2012 at 5:50 pm

    saya nak tanya kenapa bulu arnab saya gugur….. atau pun arnab saya sakit…..

  48. 66 ashraf nasir
    May 4, 2012 at 12:37 pm

    apa tanda 2 arnab itu mengandung

  49. July 13, 2012 at 11:26 pm

    blog ni bagus tapi knp ada soalan yg tak dijawap?

  50. July 13, 2012 at 11:30 pm

    saya pun pening lah memikirkan knp arnab sy gugur bulu dia? susah aty saya tengok arnab sy semua tak ada bulu. tak cntk. lagi kesian arnab2 sy. LB tolong la sy bg petua untuk kembalikan kecomelan arnab saya. terima kasih.

  51. July 24, 2012 at 8:48 pm

    berapa lamakah arnab mengandung????
    sebelum mereka melahirkan anak-anaknya.

  52. 70 cloudsry
    August 27, 2012 at 10:34 am

    hai LB…sy bykkkkkkkk sgt problem ngn rabbits ni..adoi sy ingat sy ni byk pengalaman dah tapi still kehilangan rabbits yg sy syg…br ni sy dapat 5 new born..the probs is their mommy not gave any milk to them..after 5 days, her babies makin tiny..huhuhu..so i separated them from their mom..then i gave milk from vet…yg tragik sekor2 mati…adoi,so depressed…all the babies really cute and they r loopies!…sbb sblm ni..sy pernah dah separated the other rabbit n bagi milk yg vet bag, dan alhamdulillah sumenye ok….and LB i got the others probs about rabbit..help me..:(

  53. 71 fadilah
    September 10, 2012 at 9:22 pm

    macam mana nak jage arnab yg baru je lahir?..saya asingkan dari ibunya..sbb takut maknye pijak..sblm ni kne pijak n makan…macam mana ye nak jaga tanpa ibunya?..kne bagi susu ape?atau air biasa…boleh bantu saya…

  54. 72 Fazira
    January 14, 2013 at 2:22 pm

    Assalamualaikum, saya ada bela 2 ekor arnab. satu hari tu saya ingin basuh sangkarnya. saya letakkan arnabsaya di atas meja. arnab saya yg seekor ni suka duduk bahagian penjuru meja. bila saya masuk ke dlm sebentar, tgk2 dia dah terjatuh. saya nampak dia kat bwh. nak tanya, ada apa2 kesan ke bila dia jatuh ??

  55. February 3, 2013 at 12:40 am

    tips yg bagus.saya pn bela gak sekor. lionhead

  56. 74 Azreen
    February 5, 2013 at 9:33 am

    Selamat pagi LB,

    Saya ada soalan sikit. Arnab saya baru beranak 6 hari yang lepas dan saya asingkan yang si jantan daripada ibu arnab dan anak2nya. Masalah saya sekarang, si ibu langsung taknak menyusukan anaknya walau macam2 cara saya dah cuba. pujuk si ibu bagi minum susu makan buah manjakan dia tapi si ibu masih langsung tidak mempedulikan anak2 arnab ni. Disebabkan daripada mula beli (sejak umur sebulan) ibu arnab dan arnab jantan ni saya letak dalam satu sangkar, jadi diroang ni dah terlalu berkasih sayang. Jadi bila saya asingkan masa si ibu beranak sebab nak suruh dia jaga anak, si jantan dah jadi murung dan selalu termenung. Kesian saya tengok. Jadi kadang2 saya masukkan juga si ibu dalam sangkar arnab jantan….. masalahnya si ibu ni langsung tak pedulikan anaknya….saya risau anak arnab tak cukup makan….apa patut saya buat?

  57. 75 ahliena
    February 7, 2013 at 11:29 am

    kenapa di hidung rabbit sy ada kerak….dan dibahagian kuku kaki?

  58. March 26, 2013 at 3:34 pm

    Saya pun ada arnab juga sekarang besar suda…..masa mula-mula beli dia mungkin kecl sikt masa tu.sekarang lincah sda belari dia boleh mkn coklat dairy milk kan saya klau p pekan beli tu..jadi makn tu bagi la dia sepotong.sikit ja bagi sbb cklt tak bagus untk kesihatn arnab.lupa juga aq mo bagi tau korang yg nama arnab saya adalah TOMPOK.memnglh agak pelik tu nama ikut warna bulu .apa boleh buat nenek pun selalu jga paggl tu nama.sekarng arnab saya keseorangn.maklumlah blm ada pasangn

  59. 77 Harris
    June 7, 2013 at 2:53 pm

    saya nk tanya…pada umur berapa arnab akan bunting??? mohon jawapan…

  60. July 16, 2013 at 11:38 pm

    It’s actually a cool and useful piece of information. I’m glad that you shared this helpful information with us.
    Please keep us up to date like this. Thanks for sharing.

  61. 79 Scha
    July 30, 2013 at 6:32 pm

    Kenapa pada kemaluan arnab saya keluar lendir2 jernih ?

  62. October 6, 2013 at 9:55 am

    berapa lama arnab bunting


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




September 2014
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers

%d bloggers like this: