09
Apr
09

Belajar bahasa arnab

spaceball2Adakah anda tahu apa yang cuba disampaikan oleh haiwan comel ini apabila ia mengesel gesel hidungnya?  atau menghentakan kaki mereka?

sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB 

  1. Mengerik  gigi yang lembut – Bermakna arnab anda HAppy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
  2. Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
  3. Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
  4. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
  5. menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
  6. Honking ( bunyi seperti angsa) - inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
  7. Mencium anda dengan perlahan - ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
  8. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
  9. Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
  10. mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
  11. makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
  12.  menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
  13. berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
  14. menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba - minta perhatian
  15. cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
  16. jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
  17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
  18. Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
  19. arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
  20. Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia  untuk megawan
  21. Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
  22. Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
  23. Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
  24. Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
  25. terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
  26. perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Kalau ada sesiapa yang membaca post LB nie , ada lagi yang dirasakan boleh ditambah.. jangan malu malu tulis aje kat comment kat bawah tuu….

Enjoy your Pet Bunny…


18 Responses to “Belajar bahasa arnab”


  1. 1 darma
    April 9, 2009 at 9:53 pm

    best nyer!!!!

  2. April 9, 2009 at 10:14 pm

    13. berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai <—— teman???

    17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu) <—- yap.. selalu jugak la seluar i berlubang kat punggung kena gigit ngn my rabbits!

    19. arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya <—– with that sticky thing?? ewwww!!

    LB, kalo kena mandi teh susu dengan rabbit plak??

  3. 3 lazybunnys
    April 10, 2009 at 12:03 am

    Untuk Nico

    13. berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai <—— teman??? (a..ah teman untuk dia mengawan.. nak cakap terus terang ke)

    untuk soalan kalau kena madi dengan Teh susu… itu maknanya kau milik ku
    Tapi ada maksud lain juga… misalnya…. dari pagi sampai balik kerja dan bertemu hari minggu tuan ku belum mandi lagi.. jadi aku tolong mandikan… hehehe

  4. 4 lm_meileng
    April 10, 2009 at 8:23 am

    yes…good information……

  5. April 10, 2009 at 11:00 pm

    Aik, LB.. perli nampak!

  6. 6 cutie
    April 13, 2009 at 11:57 am

    hye LB..thanx for ur info..hehe..nak tnya ni..tau x pasal powder antibacteria tuk rabbit? my mom x bg i bela rabit..coz i ade asma..but i ska sgt nak bela…sedey ni…i nak sgt la beli bedak tu..hehe..tau x kat mne ley bli kat melaka?

  7. 7 lazybunnys
    April 13, 2009 at 12:32 pm

    Cutie… bedaj tuu setahu Lb untuk membersihkan bulu sahaja. Kalau cutie asma lebih baik Cutie dapatkan nasihat doctor. Sebab maybe adik alergic dan dapat asma pada sesetengah situasi. Mungkin bukan bakteria tapi habuk, mungkin juga bulu. Nasihat akak dapat nasihat doktor.

  8. May 25, 2009 at 5:02 pm

    ooooooo…………macam tu…paham-paham,,.

  9. June 7, 2009 at 8:49 pm

    mcm mana nk taw kalo arnab 2 tido????

  10. 10 zyra
    August 1, 2009 at 12:21 am

    bestnyer… got one rabbit but dun knoe what name should i namakan dia….i also dunno what gender arnad i tu…can you suggest to me what a suitable name for my lil’ cute rabbit….thanxxx

  11. 11 zyra
    August 1, 2009 at 12:28 am

    btw,arnab leh mandi x?i really dunno about rabbit even once, so can you tell me a deep information about rabbit?when should i give my rabbit vaccine, penjagaan rabbit, and all about rabbit….plssssssss….

  12. 12 arulz
    August 25, 2009 at 6:08 am

    betul ker arnab ketap2 gigi tu hepi..kdg tgk die cam susah ati jer..hehehe

    nak tnye..sy de arnad jantan n betina. knape kdg2 suka timpa2 badan 1 sama lain? tgh berkomunikasi ke?

    then dagu die baru2 ni basah la..x sure sbb habuk tu ke..atau sakit gigi br blajar makan carrot..

  13. 13 arulz
    August 25, 2009 at 6:15 am

    oh ye….nk tnye juga..mcm mana nk tau dia tido. sbb tgk mata terbukak je, mcm tak tido2 la..

  14. 14 iyza
    October 4, 2009 at 2:20 am

    satu lagi tntang bahasa arnab…yg nk sy share di sni.arnab suke menjilat bulu arnab yang lain-tandanye mreka yang senang antara satu sama lain dan satu cara membersihkan bulu sesama mereka.arnab suka menjilat bulu di bahagian kepala arnab yang lain.btul kan?perhati arnab anda..hehe.

  15. February 20, 2010 at 9:38 pm

    arnab saye,bunyi seperti ayam nk kne sembelih lar…naper ek??2 hari lepas,saya buli dia..smpai letih.kesian tol..

  16. February 27, 2010 at 10:56 pm

    emmmmmmm…………kalau arnab kita berdiri setiap kali berada di hadapan kita apa makna nye ek……………????????

  17. February 27, 2010 at 10:58 pm

    kalau berdiri setiap kali berada di hadapan kita ape ek……..??????????

  18. 18 miss bunny
    March 30, 2010 at 10:21 am

    Salam..sy nk tanyer bg sesiapa yang boleh bagi maklumat..
    arnab sy ader 5 ekor..
    jenis lionhead campur anggora..
    memang diorg ader jilat bulu yang lain..tp sekarang arnab-arnab sy cabut bulu arnab yang lain..kenape eh?
    tolong sy eh..sy risau..sebab bulu arnab-arnab sy use to be sgt lebat dn cantik..skrg kt muke dah bertobek-tobek..
    help me..:(


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: