21
Mar
09

Melatih Arnab Mengunakan “Littre Tray”

Tahukah anda arnab mudah dilatih untuk membuang najis dan kecing di tempat yang disediakan. Ataupun lebih popular disebut “Toilet Train” atau “Litter Train”. Ini adalah kerana arnab cenderung ketempat yang sama untuk melaksanakan panggilan alam ini.  

 Ini adalah langkah langkah yang diperlukan bagi mengatur arnab anda.

Jika ada baru sahaja mendapatkan atau membeli arnab, hari pertamanya hendaklah dihabiskan didalam sangkar. Ia perlu biasa dengan persekitaran dan bau tempat dan kawasan baru. Ini juga dapat membuat arnab anda berasa selamat sebelum dilepaskan bebas. Perhatikan sudut didalam sangkar tersebut dimana terdapat banyak najis atau sudut dimana arnab anda mengandaikan sebagai tandas didalam sangkarnya. Setelah mengenal pasti sudut letakan Dulang Najis ( yang boleh dibeli di Pet shop atau anda boleh DIY sendiri) di sudut tersebut. Jangan risau, arnab adalah haiwan yang pintar, anda akan dapat melihat arnab pandai mempraktikan dulang najis tersebut.  Pada permulaan meletakan beberapa biji Fecal kedalam Dulang Najis tersebut juga dapat membantu.’

Setekah arnab anda selesa dengan keadaan sangkarnya, bolehlah ada melepaskan arnab anda dalam scale yang kecil dahulu. Ini bagi memastikan arnab anda tidak hilang kemahiran mengenali kawasan untuk ia membuang najis dan juga sangkarnya. Dan setelah itu secara berangsur angsur boleh lah melebarkan lagi kawasan untuknya bergerak bebas. Harus diingatkan walau seluasmana pun kawasan anda membiarkan arnab anda bebas, tetapi mereka masih memerlukan sebuah tempat yang selamat bagi mereka untuk makan, minum dan tidor. Jadi tempatkan bekas makanan dan minuman serta dulang najis ditempat tersebut. Biasanya kita meletakan semuanya didalam sangkar. Anda juga boleh menyiapkan rumah untuk arnab anda yang mana fungsinya adalah sama seperti sangkar.

Apabila arnab anda mencapai umur tertentu atau umur matang, arnab gemar menandakan kawasan mereka dengan najis dan juga kencingnya. Menempatkan lebih dari satu dulang najis dikawasan tersebut dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh meletak bekas minuman dan juga hay disamping Dulang Najis ini.

Setelah arnab ada sempurna dengan ‘Litter Train” anda sudah boleh memberikan exis kepasa arnab anda untuk bermain disofa dan mungkin di tempat tidur anda . Sekarang giliran anda pula untuk melihat dan belajar dari arnab anda. Mereka ada lah haiwan yang sangan comel dan seronok untuk dikenali.

peepan774_up

 Pelbagai bentuk “Toilet Tray” boleh didapati  *photos taken from www.chubbypetsgarden.com


5 Responses to “Melatih Arnab Mengunakan “Littre Tray””


  1. March 21, 2009 at 4:02 pm

    Almost all my rabbits tau guna litterbox masing2 walopun ada yang poops dalam litterbox, kencing merata2. Ada jugak yang poops merata2, nak kencing pandai pulak masuk litterbox. Mcam2 perangai..

  2. March 21, 2009 at 7:44 pm

    Ramai kawan yang sudah mengembiri arnab mereka melapurkan bahawa tabiat buang air besar/kecil bertambah baik and jesteru itu, menjadi sempurna sesama sekali. Oleh kerana itu, mengembiri arnab adalah sangat digalakkan jikalau pemilik arnab ingin keseluruhan tabiat yang baik.

  3. 3 Ikhwan
    March 23, 2009 at 11:22 pm

    adui,camner ni?cara detail camner??

  4. 4 lazybunnys
    March 24, 2009 at 12:09 pm

    Hai Ikhwan.. Senang aje lah Dik… Mula mula kurung aje Rabbit adik dalam cages.. letak Litter Tray tu di sudut (Dalam cage)kat mana rabbit adik selalu MELEPAS. Kalau tak pasti. Ambil aje beberapa biji najis Rabbit adik tuu letak dalam Littre tray tu. Nanti dia mesti pandai guna litter tray tu. Then..masa nak lepas dia, lepas kan arnab tu dalam kawasan yang kecil aje dahulu, dan berhampiran dengan cages yang ada Littre tray dalam cages tu. Sebab rabbit akan MELEPAS ditempat yang sama. Jadi tujuan lepaskan ia di kawasan yang kecil tuu supaya dia tak hilang bau tempat dia MELEPAS dan juga sangkar dia. Bila dia dah biasa dengan kawasan kecil nie. Bolehlah dibesarkan kawasan untuk dia bermain. Kalau kawasan dah besar. Adik boleh lah tambah Litter tray tuu letak di sudut sudut lain di sekitar kawasan arnab tuu bermain. Boleh letak hay sekali.

  5. 5 lazybunnys
    March 24, 2009 at 12:20 pm

    tapi…Ikhwan.. untuk train rabbit tak tentu lah jangkamasanya. Terpulang pada rabbit tuu. Ada yang cepat cepat, ada yang lambat lambat. Jadi kena sabar aje lah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers

%d bloggers like this: