18
Mar
09

Arnab dan Masalah Najis

Bagi post ini, Lb nak minta maaf pada sesiapa yang sensitif, dengan gambar yang Lb lampirkan. Bukan niat untuk menyinggung tetapi sekadang panduan dan ilmu untuk semua. Sekali lagi Lb minta maaf dengan gambar yang mungkin kurang atau tidak menyenangkan sesetengah individu.

Untuk makluman anda arnab yang sihat  hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN”  semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.

Najis solid atau Fecal berbentuk bulat berwarna coklat gelap kehitaman. Ia biasanya kering dan tidak berbau. Kandungannya biasanya adalah sisa sisa pemakanan yang tidak tercerna dan bulu ,terutama pada musim Molting . Oleh itu grooming atau pengemasan bulu amat penting pada musim molting bagi mengelakan Fur Block di dalam sistem .

Cecal pula, berwarna coklat gelap, terikat seperti gumpalan anggur. Ia bersaiz kecil dan lembut dan berkilat. Setiap gumpalan kelihatan seperti terdapat cairan mucus. Cairan mucus ini bertindak sebagai perlindung kepada bakteria baik semada proses memakan dan ia akak terhurai apabila masuk ke sistem penghadaman arnab.  Cecal ini  mempunyai sedikit bau, ini adalah kerana ia mengandungi banyak bakteria yang berguna.

Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushyCirit Birit (Diarrhea) - najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

- masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Seperti Lb katakan tadi cirit birit lebih senang menyerang arnab yang muda , Mengapa?

- Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan tidak mendapat susu ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya dan terlalu muda untuk dipisahkan dari susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku, terus dapatkan rawatan untuk arnab anda. Jangan dibiarkan masalah ini berterusan. Ini adalah kerana sekiranya cirit birit berterusan arnab akan ternyahidrat, lemah dan seterusnya kematian berlaku.

 

Apa yang perlu dilakukan;

Dapatkan rawatan segera daripada veterinar.

Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.

Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan

Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat;  atau anda boleh memcuba bancuhan serti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.

1 cawan air bersih

2 camca teh gula

1/4 camca teh baking soda 

secubit kecil garam

Note: Ini bukan untuk rawatan Cirit Birit arnab.. ini adalah Rehydration Solution (ORT)

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Walaubagaimana pun Lb hanya mengumpul maklumat melalui pembacaan dan juga pengalaman yang dikongsi daripada rakan rakan pengemar arnab yang lain. Jika anda ada cara yang berkesan dan sudah dipraktikan dan hasilnya memuaskan..Lb dengan rasa senang hati untuk mengetahuinya. Boleh email atau komen diruangan dibawah.

Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushy-stoolSatu lagi masalah yang kadang kala berlaku ada lah masalah najis yang tidak solid dan lembik, ia tidak berair seperti cirit birit, saiznya menyerupai fecal dan mungkin besar sedikit dari fecal biasa. Ia tidak solid lembut atau lebik berbau dan melekit.  Ia disebabkan oleh diet arnab yang tinggi kandungan karbohidrat dan kurang kandungan serat. Ia juga boleh berlaku kepada arnab yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Satu lagi ia juga berlaku kepada arnab yang kurang aktif dan mengalami ARTHRITIS. Oleh itu untuk menangani masalah ini, berikan diet kaya dengan serat iaitu dengan memberikan lebih hay atau pellet yang mengadungi serat yang tinggi dan juga biarkan arnab anda lebih kerap berlari bebas bagi tujuan senaman. Ini penting bagi sistem pencernaan arnab dan juga mengurangkan berlakunya obesiti .

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


15 Responses to “Arnab dan Masalah Najis”


  1. March 18, 2009 at 6:49 pm

    It is impounded by Talbott Reservoir and its water used by the Pinnacles Hydroelectric Plant in Kibler Vall … Diet

  2. March 19, 2009 at 4:48 pm

    I wonder what comment is that….

  3. 3 lazybunnys
    March 19, 2009 at 4:58 pm

    hahaha…. it’s spam

  4. March 19, 2009 at 5:13 pm

    wah… maklumat yang sangat tepat.

  5. March 19, 2009 at 9:51 pm

    Selain bancuhan untuk ORT tu kan, ada tak ready-made Rehydration Solution yang kita boleh dapat dengan mudah dr vet/farmasi?

  6. 6 lazybunnys
    March 20, 2009 at 1:28 pm

    Oh.. yang Lb pernah baca, ada sejenis Rehydration Solution dijual di farmasi dan klinik, orang kita selalu pangil ‘Garam Cirit birit’ bukan sebab apa diberi nama macam tuu, sebab Dr akak berikab garam tersebut kepada kanak kanak atau bayi yang terkena cirit birit. Tujuannya bukan untuk menghentikan cirit birit tetapi sebagai rehydration solution, ia perlu hanya perlu dibancuh dengan air.

  7. March 21, 2009 at 2:50 pm

    eeeek!!!! Yandaniall, i tengah makan ice-cream chocolate chip cookie when i saw those najis pictures. huhuhu!!!!

  8. March 21, 2009 at 4:03 pm

    Alamak, hahahahahaahah…!

  9. 9 okawa
    April 24, 2009 at 12:56 am

    Hai.
    saya nk tanya, baru terbaca, ada mention cirit yang kritikal adalah air yg putih kekuningan..
    bole paparkan contoh gambar tak?
    sbb saya ada beri dia kubis.

    • 10 lazybunnys
      April 24, 2009 at 12:01 pm

      Okawa minta maaf, LB tak ada gambar najis cirit yang kritical. Tetapi ia hanyalah bebentuk air dan ia berbau, pada tahap ini arnab biasanya sangat lemah dan bulu di bahagian pungungnya basah. Tahap kekuatan sistem dalam arnab bebeza, ada yang makan sesuatu cirit birit dan ada yang tidak. Jika arnab mengalam cirit birit faktor utama adalah berpunca dari pemakanan dan minuman. Jadi jika cirit birit yang serius bawalah ke veterinar.

  10. 11 3bit
    May 10, 2009 at 7:04 pm

    LB, 3bit punye rabbits sepasang baka newzealand. Najis dia dari kecil sampai skrg 4 bulan tak penah solid dan kering. Najis dia bulat tapi macam doh tepung kalau kita pegang. Sometimes macam ubat gigi bila kita letak kat berus gigi..panjang2. Warna kehijauan..ada bau tapi tak terlalu busuk la.. So far I sorang je yg larat handle najis diaorang ni.. others family tak layan.. my husband give up awal2 lagi..

    3bit notice bila lepaskan dia dari cage, najis dia jadi dari bulat2 ke panjang2 tu.. but most of the time, najis diaorang ni macam tu lah… tak comel2 kadang2 besar2 plak tu.. fening2.

    Yg jenis anggora plak, najis dia comel2.. kecil2 je..dan kering..

    So my question is..

    1. Adakah baka rabbit ni mempengaruhi saiz dan rupe najis diaorang.. hahaha..
    2. Adakah krn terlalu happy keluar dari cage diaorang menghasilkan najis sebegitu rupe untuk
    tatapan…

    Tolong jawap bleh…

    TKasih.

  11. May 10, 2009 at 10:28 pm

    Hello 3bit,
    Saya ada banyak buat bacaan tentang najis arnab recently. Jadi saya jawab berdasarkan pembacaan saya ye.

    Ada yang panggil simptom Cow-poop Syndrome, Cow-pile Syndrome, dan Sausage Poops.

    Kalo arnab tu berwarna putih dan mata gelap serta ada sedikit tompok gelap, arnab ni cenderung kepada ‘megacolon’. Megacolon merupakan masalah genetik yang takde rawatan, ubat atau pembedahan utk selesaikan masalah ni. Arnab tu akan menghasilkan najis begitu seumur hidup dia. Najis dia besar2 dr arnab biasa. Selagi najis dia lembut (bukan lembik macam cirit-birit), takde apa yang perlu dirisaukan. Risau bila najis tu keras (kurang minum air dan sayur2an), akan menyebabkan sembelit. Arnab yang sembelit dan tak buang najis lebih dr 6 jam boleh mengundang maut.

    Arnab 3bit ni maybe mempunyai usus yang sensitif. Berapa umurnya? Cuba hentikan pemberian sayur. Just bagi makan pellet dan hay, ada perubahan tak? Hay kena bagi banyak. Fiber dalam hay tu penting untuk pelawasan dan mengelakkan sembelit.

    Ada breeder yang berpengalaman kata, worm boleh boleh menyebabkan masalah nih. Cuma bawa arnab 3bit tu. Maybe deworm boleh menyelesaikan masalah ini.

    Keep us update about ur rabbits ya.

    Cheers,
    Miss Nico
    The Fluffies’ Mom

  12. 13 3bit
    May 11, 2009 at 10:00 pm

    The Fluffies’ Mom

    Thanks a lot.. yg sepasang newzealand tu adalah berwarna putih semuanya (male) dan seekor lagi berwarna putih dan tompok2 hitam (female). Yg berwarna putih tu memang ada masalah usus sensitif..since I dapat dia 1st day dah cirit-birit..now both are 4 months old..

    Masa umur 1 bulan, I bagi dia alfalfa tapi cirit-birit. So stop giving him alfalfa..(brand mahal punye pun tak bleh) instead I bagi dia pellet briter je..pellet yg biasa tu yg kat kedai samada mahal atau murah punye akan menyebabkan dia cirit-birit.. sikit je perubahan makanan akan menyebabkan dia cirit-birit.. So kawan dia takde chance nak makan sedap2.. kena ikut tekak dia sorang je.. Buah2 memang diaorang tak pandang.. sayur tak pernah diberi sebab umur baru 4 bulan..

    But sometimes I try jugak bagi alfalfa hay (Bengy) dia okay. Kalau najis dia macam doh tepung tu kira okay lah janji jangan cair2.. cuma dia jadi comot lah.. tak hensem rabbit2 I…

    Tapi dia ni memang baik… kalau diangkat dia akan senyap dan jarang2 meronta..sebab tu I sanggup uruskan najis dia…

    I cuma takut dia mengalami apa2 masalah lain yang akan menyebabkan kematian dia untuk jangkamasa panjang baru menunjukkan tanda2 sakit..

    I more thing.. diaorang susah nak diajar untuk toilet train.. najis bersepah2..

    So, with your explanation tu ada sikit lega lah.. tapi kena jugak pegi check…

    Thank you.

  13. 14 bunny comei..
    April 7, 2010 at 1:51 am

    saya nk tnya,sya bru membeli arnab and then saya nk tau rabbit bolh dimndikn kn,dn brapa kli yea???btul ke rabbit ni busuk,,pe puncanya yea,,boleh terngkn tk??

  14. 15 nordin
    April 16, 2010 at 1:24 am

    tumpang tanya,napala dia punya time nk berak tu mmg bertaburan gila2
    smpi boring pun ada nk bela.nk bt masuk dlm umah pun mls.kencing n berak merata rata.ada pape tips tk?tolongla..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: