15
Mar
09

Kutu Telinga (Ear Mites) , KUTU (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites) pada arnab

Lb terpanggil untuk menulis berkenaan gejala gejala ringan yang sering dihadapi oleh arnab, yang mana jika tidak dapat dikesan dirawat lebih awal mungkin boleh meyebabkan masalah serius bukan saja kepada arnab tetapi juga kepada pemiliknya. Amatlah menyedihkan sekiranya masalah ringan seperti jangkitan kutu dan pijat dan kurap ini tidak dirawat dengan betul sehingga bertambah serius sehingga ke peringkat kritikal dan menyebabkan kematian berlaku kepada arnab.

Masalah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada peringkat awalnya. Dan apabila sudah dapat dilihat maka ia sudah keperingat yang berat. Jika dibawa kepada Veterinar kaedah “Skin Scraping” akan dilakukan untuk mendapatkan sampel sebelum dilihat dibawah mikroskop untuk melihat kewujudtan telur kutu atau pijat. Sample bulu juga boleh digunakan tetapi memerlukan sample dari setiap bahagian arnab yang mungkin dijangkiti. Jika ujian tersebut negetif, ujian biopsy adalah penyelesaian terbaik.

KUTU TELINGA (EAR MITES)

earmites-2 Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

 Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.

IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

KUTU HAMA( FUR MITES )

tfh_cheyletiella_miteKutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit  Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus

Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada arnab .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. KItaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.

Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal  : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.

KURAP ( Burrowing Mite)

Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.

 Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan :  Dapatkan rawatan  Veterinar dengan segera.  Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula,  ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

ivomec_generic

IVERMECTIN … rawatan yang paling berkesan, dapatkan nasihat dari veterinar

About these ads

6 Responses to “Kutu Telinga (Ear Mites) , KUTU (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites) pada arnab”


  1. March 15, 2009 at 3:03 pm

    Bagus jugak LB kongsikan berkenaan penyakit2 nih.. Sebab banyak orang nak sangat membela arnab, tapi tak tau penyakit2 biasa berlaku pd arnab. Mungkin LB patut masukkan sekali anggaran kos rawatan tu. Maklumlah.. soalan pertama yang biasa ditanya oleh kebanyakan pemilik arnab kalau arnab dijangkiti penyakit “Errrr… berapa kos tu ye? Mahal ke?” Pfffttt!!

    Oh ya LB, i penah terbaca dalam forum di overseas yang mengatakan bahawa Ivermectin boleh diambil dalam 2 cara:
    a) Injectable
    b) Topical (titikkan pada kulit di belakang leher atau di bahagian sukar dicapai oleh arnab tersebut
    c) Oral

    Dan setiap dose tu bergantung kepada saiz badan arnab tersebut. Bukan boleh diberi ikut sesuka hati sesedap rasa.

    Ini dia web untuk mengetahui dosage bagi arnab mengikut jenis drug : http://homepage.mac.com/mattocks/morfz/rx/drugcalc.html

  2. March 15, 2009 at 4:27 pm

    Good sharing. Hope some people may learn from it instead of cutting cost and be proud of it….malu lah…..tarak modal jangan start projek la….

  3. 3 lazybunnys
    March 15, 2009 at 4:37 pm

    hehehe… thanks Nico for the Link…
    Betul dose yang diberikan mestilah mengikut berat badan arnab.. dan bukan diberi sesuka hati, oleh sebab itu nasihat dari Veterinar adalah penting. Dan jika anda masih kurang pasti dengan dose yang disyorkan , anda.. bolehlah membuat rujukan di Link yang diberi oleh The Fluffies.

  4. March 16, 2009 at 3:47 pm

    Nak buat dose sendiri boleh kalau berani bagi jab. Jangan-jangan salah jab sendiri BEB!

  5. 5 nomie khan
    July 30, 2013 at 7:47 pm

    Boleh dapat anti vaksin itu utk saya coz di tempat saya tak ada vaksin itu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Posts

Award Receive From Lb Friends

Friendly Award Photobucket Photobucket

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: